F

Serba sedikit tentang Peti Sejuk Anda


Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ  
Nak buat entri pasal peti sejuk pulak...petang smlm baru cuci peti sejuk. Sekadar berkongsi, mungkin ada manfaatnya...


Peti sejuk biasa digunakan di bidang Restoren, Katering atau pun di kantin mempunyai tiga jenis: 
1. Peti Sejuk Domestik (Rumah) 
2. Peti Sejuk  Komersial yang punyai satu pintu hingga 4 pintu
3. Bilik sejuk digunakan dalam bidang katering sekala besar seperti hotel, Chain Restoren atau pun kantin kilang yang mempunyai ramai pekerja. 

Peti sejuk mainkan peranan besar dalam bidang makanan atau pun di rumah. Fungsi peti sejuk secara rambang boleh mencegah pembaziran  dan juga memaksimumkan hayat sesuatu bahan makanan. Peti sejuk biasanya mempunyai dua ruangan yang berbeza suhu. Dibahagian atas peti sejuk dirumah adalah bahagian suhu yang paling rendah diantara 0 hingga -18 darjah centigrade digelar penyejuk pembekuan(cold). Bahagian bawah peti sejuk pula berfungsi sebagai bahagian suhu dingin(cool), ia itu suhu di antara 0 darjah centigrade hingga +5 darjah centigrade. Ia berbeza pula dengan peti sejuk komersial yang bahagian atas ruang suhu dingin dan sebelah bahagian bawah pula ruang untuk suhu pembekuan. Peti sejuk komersial perlu dipasang dan dilengkapi dengan jangasuhu untuk menentukan bahan makanan anda sentiasa berada dalam suhu yang selamat. Sekiranya peti sejuk anda tidak dilengkapi dengan jangka suhu dapatkan sebuah jangka suhu dapur yang bersekil +15 hingga -30 centigrade.
1. Tentukan semua bahan makanan yang telah dimasak ditutup kemas. Makanan yang telah masak sekiranya tidak ditutup akan menyebabkan ia cepat menjadi kering. Perlu ingat udara dalam peti sejuk anda adalah  sangat kering, ini akan menjejaskan kualiti makanan, rasa dan aroma makanan tersebut akan berubah disebabkan aroma makanan lain yang tersimpan bercampur aduk.
2. Perlu ingat, Suhu sejuk yang terdapat dalam peti sejuk anda tidak akan menambahkan kualiti makanan yang disimpan dan juga tidak akan membunuh sebarang bakteria bahaya yang terdapat dalam bahan makanan tetapi suhu yang sejuk (rendah) hanya boleh membantu memperlambatkan proses enzim bahan makanan yang membantu memperlambatkan pembiakan bacteria didalam bahan makanan tersebut. Proses ini juga boleh membantu mengekalkan rasa, kualiti, tektur tidak ubah dan secara ‘amnya membantu makanan itu selamat untuk dimakan walau pun dalam jangka waktu yang panjang.
3. Jangan ragu-ragu masukan masakan yang sedang panas terus ke dalam peti sejuk anda. Fungsi utama peti sejuk ialah menyejukan makanan untuk berada dalam suhu selamat dari pembiakan bakteria merbahaya. Sekiranya penyejukan cepat dilakukan dalam peti sejuk, kita boleh melambatkan pembiakan bakteria dalam makanan itu. Bakteria akan membiak cepat dalam zon suhu +5 darjah hingga 60 darjah centigrade.  Zon suhu ini amat bahaya kepada bahan makanan dan ia digelar “Zon Suhu Bahaya“. Sekiranya anda membiarkan hidangan yang telah dimasak dalam zon suhu ini, selepas 2 jam, kemungkinan bakteria telah membiak begitu cepat dalam makanan anda. Syarat 2 jam ini paling penting. Sekiranya Zon Suhu Biasa ini diabaikan, risikonya mat tinggi. Kita kerap kali dengar keracunan makanan di Kantin-kantin sekolah tetapi pengetahuan tentang “Zon Suhu Bahaya” tidak dipedulikan. Kantin Sekolah jarang dibekalkan dengan “BinMerry” (pemanas hidangan )untuk menhindarkan Zon suhu bahaya ini. Imunusasi kanak-kanak terhadap bakteria bahaya rendah dari orang dewasa. Semua pengendali kantin sekolah perlu beri perhatian yang berat tentang perkara “Zon Suhu Bahaya”.
4. Sekiranya anda perlu simpan bahan makanan yang telah masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan diasingkan dalam bekas kecil dan kedalaman (tinggi) bekas itu perlu kurang dari 3 inci. Pastikan usaha berterusan untuk menjadikan peti sejuk anda sentiasa boleh menawan segala pembiakan bakteria bahaya dalam bahan makanan anda.
5. Jangan “over-loading” atau sesakan ruang peti sejuk anda. Peti sejuk perlu ada ruang udara yang baik untuk pengudaraan. Pengudaran baik boleh menentukan ruang peti sejuk anda punyai suhu yang sekata dalam setiap ruangan. Bahan makanan yang sudah dimasak dan bahan makanan yan belum dimasak perlu asingkan. Tentukan rak yang paling sejuk digunakan untuk bahan makanan yang memerlukan suhu yang rendah. Sayuran dedaun perlu diberi perhatian kerana suhu yang rendah akan menyerap kelembabpan sayur-sayuran dan menjadi sayur cepat layu dan lecur. Untuk mengelakan ini adalah perlu sayur-sayur dedaun perlu disimpan dengan dibungkus kertas atau pembalut plastik supaya kelembapan tidak mudah diserap dan menjadi kering.
6. Makanan yang telah masak yang perlu disimpan dalam peti sejuk, segera disimpan dalam peti sejuk secepat mungkin, sekurang-kurangnya selepas 2 jam terdedah pada suhu bilik untuk melambatkan pembiakan bakteria.Sekiranya suhu bilik tinggi dari 27 darjah centigrade perlu masukan sebelum 1 jam.
7. Peti sejuk perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Keluarkan semua isi peti sejuk tapi perlu ingat, syarat 2 jam yang disebutkan di atas perlu dipatuhi. Tentukan keadaan peti sejuk anda sentiasa bersih diluar dan didalam. Segala pertumpahan yang berlaku perlu dilap dan dibersihkan segera. Tentukan suhu di bahagian dingin sentiasa berada dalam +5 darjah centigrade. Pelaras suhu atau dipanggil “thermostat” berfungsi dalam keadaan baik. Pelaras suhu selain dari mengawal suhu,  ia juga penting untuk penjimatan tenaga letrik.  Bahagian bawah dalam peti sejuk komersial tidak boleh membiarkan ais terbentuk tebal. Ais akan menjadi penebat (penghalang kepada penyerapan haba dalam ruangan) untuk mendapatkan suhu yang rendah. Suhu ais tepu ialah cuma sifar darjah centigrade. Ais terbentuk kerana kerap kali membuka peti sejuk (udara luar yang wap air tinggi) dan juga getah pintu sejuk anda telah rosak dan perlu diganti. Kekunci pintu peti sejuk perlu laraskan untuk menentukan pintu peti sejuk sentiasa kedap dari udara luar yang mempunyai kelembapan tinggi.

Lawatan Ke Pusat Sains Negara

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ  


View Larger Map

Semalam, kami sekeluarga pergi Pusat Sains Negara....Pergi hari biasa aje..... minta suami "off", malas nak pergi weekends....pastinya ramai orang, dah tu "jammed" lagi....ermmm....bercinta kalau pergi tempat padat2 ni....Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...Anak2 pun enjoy...at least ada juga pergi melawat masa cuti2 sklh ni... Di sana boleh lah alami sendiri pengalaman interaktif sains dan teknologi bersama seisi keluarga...santai...Kemudahan2 lain seperti kafetari, tempat solat dan toilet ada....memang mudah dan selesa. Bagi anak kecil pun boleh bawa stroller masuk dan explore lah sepuas-puasnya. Boleh tahan besarnya tempat tu, penat dibuatnya. Semalam tak bawak stroller Khadijah, so papanya yang mendukung gunakan beg galas baby tu....mujur Khadijah duduk diam aje...tak meragam... tapi bila dah lama dok kat beg tu bosan jugak dia....so bergilir2lah dukung....
Ayway, satu pengalaman yang menarik dan berilmu untuk anak2....Jom lah ke sana!


Abg...kuat2 tarik... bole ke tu?
Caiyokkkkk....along boleh!


     
Angah boleh ke?

Usia PUBERTI.... dan kanser???

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ  

Baru sekejapa tadi kawan saya menalipon bertanya khabar seperti biasa.....
Kawan    :  Tie, aku nak tanya ni....kalau anak dtg "period" awal, ok ke? Tak ada risiko apa2 ke?
Saya   :   Brape umur anak kau tu? 
Kawan :   8 thn....cepat sgt...okay ke? Risau aku...
Saya :  Laaaa....terima aje, Allah dah beri macam tu...tapi insyaAllah tak ada apa2...
Kawan  :   Aku sendiri pun dtg masa darjah 6.... pelik betul aku....
Saya:  Haiiii....dulu lain skrg lain, mcm2 faktor, pemakanan misalnya....
Kawan  :   Entahlah....aku risau dibuatnya....
Saya   :   Kalau kau risau pergi jumpa doktor dptkan nasihat pakar.....
(Saya menyarankan.....)

USIA PUBERTI..... Secara normal dan menjadi kebiasaan dalam tabii alam, seseorang gadis itu akan mencapai akil baligh pada purata usia 9 – 12 tahun. Inilah yang dijadikan sebagai umur rujukan dan standard di seluruh dunia berdasarkan purata umur gadis-gadis mencapai akil baligh. Umur purata 9 tahun ini hanyalah umur purata dan ianya tidak menafikan wujudnya gadis yang mencapai akil baligh pada usia 6 tahun. Ianya juga tidak menafikan terdapatnya gadis  yang mencapai usia akil baligh pada usia 12 tahun. Tidak dapat dinafikan juga terdapat banyaknya kes-kes gadis yang mencapai akil baligh pada usia yang lebih awal dari ukuran purata tersebut. Namun, skrg ini telah wujudnya satu fenomena dunia yang semakin ketara yg mana menyaksikan kecenderungan gadis-gadis remaja dari masa ke semasa mencapai akil baligh pada usia yang semakin lebih muda. Pendapat saya kita tidak perlulah terlalu risau, terima sahaja pemberian Allah SWT dgn redha...dan yang penting kita mesti memberi pencerahan kepada anak-anak perempuan kita agar mereka lebih memahami tentang diri mereka. Cari seberapa banyak ilmu pengetahuan dalam hal ini, agar semua kerisauan kita akan berakhir. Sebagai ibu kita perlu sentiasa dekat dgn ank-ank ini, jadilah pendengar dan penasihat yg baik kepada mereka.

Saya pernah terbaca bahawa.....Fenomena ini dinamakan sebagai Precocious Puberty oleh para penyelidiknya. Precocious puberty ini berlaku apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan memasuki fasa akil baligh lebih awal dari purata kebanyakan rakan-rakan sebaya mereka. Menurut satu laporan yang dinamakan sebagai Population Reports yang diterbitkan oleh Population Information Program, Center for Communication Programs, The Johns Hopkins School of Public Health, keadaan dunia pada ketika ini semakin membimbangkan dengan pemerhatian yang dibuat menunjukkan kadar umur di mana kanak-kanak perempuan dan lelaki mencapai akil baligh semakin menunjukkan trend penurunan.

Ada kajian2 yg menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami precocious puberty akan mengalami proses kematangan seksual yang lebih awal dari rakan sebaya mereka. Susuk fizikal mereka ini, menunjukkan mereka ini tidak jauh beza dari seorang dewasa. Malah terdapat ibubapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami precocious puberty ini, berasa risau akan keselamatan anak-anak mereka kerana susuk fizikal dewasa yang dimiliki mereka sedangkan mereka pada usia tersebut masih lagi dalam usia sangat muda (6-9 tahun). Terdapat banyak rungutan dari para ibubapa yang mempunyai anak-anak perempuan yang mengalami precocious puberty ini menyatakan bahawa anak-anak mereka sering dirapati oleh golongan lelaki-lelaki dewasa yang berusia disebabkan penampilan fizikal mereka yang tidak menampakkan diri mereka sebagai kanak-kanak atau remaja perempuan yang seusia dengan mereka. 

Utusan Pengguna, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga ada menyentuh isu precocious puberty dalam terbitan terbarunya bagi April 2008. Semua ini jelas menunjukkan kini berlaku satu fenomena di mana semakin ramai gadis-gadis mencapai akil baligh pada usia yang semakin lebih awal. Ada yang mencatatkan pencapaian akil baligh seawal usia 5 tahun, malah terdapat juga kes-kes terpencil dimana kanak-kanak dalam usia 2 – 3 tahun mengalami menarche.
***************
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat berhubung perkara ini kerana penemuan lebih baru menunjukkan banyak faktor buatan manusia lain seperti pengeluaran racun makhluk perosak, bahan kimia dan hormon di dalam makanan, produk beracun, pencemaran alam sekitar dan faktor-faktor gaya hidup seperti pertambahan berat badan, kegemukan, kurang bersenam dan terlalu banyak menonton televisyen boleh mengubah masa mencapai akil baligh. Dalam perkataan lain, kadar kematangan seksual yang dipercepatkan dalam kalangan kanak-kanak hari ini mungkin merupakan maklum balas kepada alam sekitar yang luar biasa. 

Para penyelidik menggelar fenomena ini sebagai 'baligh begitu muda' (precocious puberty), satu keadaan baligh yang bermula pada usia muda yang luar biasa, yang sesetengah kajian menyatakan ia sedang meningkat. 


Kematangan seksual awal menimbulkan risiko kesihatan serius, terutama kanser payudara, terhadap kanak-kanak perempuan di kemudian hari. Hubungan di antara baligh awal dan kanser payu dara adalah estrogen - hormon seks utama dalam kalangan wanita dan perlu bagi pusingan haid. 

Estrogen adalah faktor risiko terbukti bagi kanser payu dara ? ia bertindak ke atas payu dara untuk menjadikannya mudah mengalami pembentukan tumor. 

Kanak-kanak perempuan yang mengalami haid awal terdedah kepada lebih banyak estrogen berbanding kanak-kanak perempuan yang matang secara normal. Oleh itu mereka mengalami pendedahan kepada estrogen sepanjang hayat, yang telah ditunjukkan dalam kajian meningkatkan risiko kanser payu dara. 

Kegemukan, tidak aktif, tekanan keluarga, imejan media, pendedahan kepada bahan kimia di rumah dan pendedahan kanak-kanak perempuan kepada bahan kimia secara tidak sengaja yang boleh mengubah masa kematangan seksual telah dihipotesiskan sebagai pencetus bagi baligh awal di kalangan kanak-kanak. 

Menurut kajian, antara faktor yang mempercepat proses baligh termasuklah yang berikut: 

* Paras lemak tubuh lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak. 

* Hormon dalam makanan. 

* Racun makhluk perosak dalam pengeluaran. 

* Ftalat dalam plastik dan kosmetik. 

* Tekanan meningkat dalam keluarga akibat perceraian dan ibu bapa tunggal. 

* Terlalu banyak menonton televisyen. 

Baligh awal dalam kalangan lelaki juga boleh meningkatkan kejadian kanser testis, mengurangkan kesuburan dan melemahkan pertumbuhan, yang menyebabkan ketinggian lebih rendah. 

Seorang penyelidik baligh begitu awal, Dr Marcia Herman-Giddens, Profesor Kesihatan Ibu dan Anak di Universiti Carolina Utara berkata: "Ia mungkin tidak sihat memandangkan kajian lebih awal telah menunjukkan lebih cepat seorang budak lelaki mula baligh, lebih tinggi risiko menghidap kanser testis, begitu juga kanak-kanak perempuan yang matang awal mengalami risiko lebih tinggi menghidap kanser payu dara." 

Sehubungan penemuan kajian ini, CAP menggesa Kementerian Kesihatan serta semua pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani masalah ini. 

Penulis adalah Presiden CAP. 

Detox Patch Foot



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Minggu lepas suami ada beli "D'tox foot patch"...tapi baru semalam cuba.... pagi tadi bila bangun tido masyaAllah hitam betul....melekit dan agak berair skit.....Tiba-tiba terfikir pulak macam mana D"Tox foot patch ni berfungsi? Betul ke yang hitam tu toksin dlm badan kita yang keluar? Banyak pula soalan yg bermain di fikiran, orang kata kalau banyak soal, macam tak yakin aje, so apa pun tak menjadi atau berhasil... Betul jugak kalau kita buat tetapi kita tak yakin...mana mau nyer nak berhasil...ye tak???


Bukan apa, cuma terfikir aje....kalau tapak kaki kita ditampal dgn bahan pelekat selama 6 - 8 jam, tak ke kaki kita akan berpeluh dan sekaligus menjadikan detox patch tu basah dan akhirnya bahan dalam "foot detox" tu akan terkeluar tak kira lah warna ke bau ke....sebab kita pun tak tahu kn apa yg dimasukkan ke dalamnya? Itulah antara soalan yg bermain2 di fikiran. Logik ke? Entah, tapi foot detox ni memang popular skrg.....

Pas tu saya cari info pasal foot detox ni, sebelum pakai saya tak buat proper study tentang penggunaan detox patch ni, bila tahu info hari ni rupanya IBU MENYUSU tidak boleh menggunakannya. Ya Allah....dah pakai baru cari info....ermmm...dah buat tak dapek nak tolong!!!! 

Detox patch mengandungi beberapa campuran herba antaranya:
Bahan2:
++ Bamboo Vinegar
++ Wood Vinegar
++  Chitosan
++ Dokudami
++ Loquat Leaf
++ Vitamin C
++ Vegetable fiber
++ Tourmaline
++ Cornstarch

CHITOSAN ini lah yang tidak boleh diambil oleh ibu yang menyusu/pregnant kerana ianya boleh mengurang jumlah Calcium dan vitamin D dalam badan. Ibu menyusu dan pregnant amat2 memerlukan dua vitamin ini. Wallahu 'Alam bissawab...

 Baca selanjutnya tentang chitosan

Telingaku masuk air??? Tolong


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ya Allah....hari ni entah mcm mana, masa mandi sebelum solat Subuh tadi, air boleh masuk ke telinga. Pertama kali dalam sejarah hidup saya....seingat sayalah....Berdegung aje telinga.....macam2 cara saya buat...ermmm dah tak larat nak ketuk kepala...hehehehe....akhirnya saya biarkan aje, saya buat kerja macam biasa...walaupun berdengung-dengung sana sini......pendek kata memang tak selesa lah. Angah menegur....
Angah : Kenapa ma?
Mama  : Air masuk telinga tadi....
Angah tersenyum....
Mama  :  Hai....knpe senyum2 tu? (bila telinga mcm tu, ada aje x kena)
Angah : Ma, dah masukkan air dlm telinga ke? (x menjwp soalan sy)
Mama : Dah mcm2 mama buat, tak okay jugak....
Angah : Ma, mcm tu lah yg angah rasa hari tu....Allah aje yg tahu....(tersenyum lagi)

Saya teringat akan peristiwa di mana, telinga angah dimasukki air semasa berenang di Pedas Wet World. Masa tu saya ingat lagi, mcm2 yg papanya suruh buat tapi tak terkesan juga. Hingga saya berkata, " Ermmmm.....tak payah nak fikir sgt, nanti elok sendiri tu....". Angah beredar terus ke kolam renang bermain bersama along, dn adik2nya. Selang beberapa minit kemudian, 
Angah  : Ma, dah elok dah telinga angah....
Mama  : Haaa....kan dah elok sendiri kan?
Angah  : Tak lah.....angah menyelam, pas tu terus rasa panas dan alhamdulillah okay...
Saya tersenyum.....

Berbalik kepada situasi saya pagi tadi, seberapa kuat pun nak mengalih perhatian ke telinga, semakin kuat tangan ketuk2 kepala. Nasib baik kepala tak bersepai...hehhehe..... Akhirnya selang beberapa jam, saya menemui cara mengeluarkan air yang termasuk ke dalam telinga. Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang perlu dilakukan apabila situasi begini terjadi pada kita, sebagai pedoman/pengetahuan:- Moga bermanfaat!
  • Air masuk ke telinga sering terjadi tanpa disangka2, masa mandi di rumah, kolam, berenang dan sebagainya. Senario itu adalah normal saje, cuma pendengaran kita kurang jelas, berdengung dan memang rasa agak tidak selesa...memang tidak selesa!
  • Air yang masuk ke telinga dan tidak dibersihkan dengan segera boleh menyebabkan masalah. Jika saluran telinga basah, maka perlindungan pada saluran telinga akan hilang dan berisiko mengalami infeksi jangkitan telinga bernanah dan sebagainya.
  • Sebaiknya ketika air ada didalam rongga telinga kita, jangan panik dan bertenang. Berhati-hati jangan dikorek-korek dengan cotton pengorek telinga atau benda-benda yang lainnya.
Berikut ada berbagai Petua/cadangan/cara...anda boleh mencubanya. Ini sebagai ikhtiar kita sahaja, kalau tak berhasil jawapannya pergi lah ke klinik.....ini adalah dari pengalaman saya yg telah melakukan cara ini.....alhamdulillah....berhasil!
  1. Pusingkan kepala ke arah yang bertentangan. Kalau telinga kiri masuk air, kepala kena teleng ke arah kanan. Yang penting adalah supaya telinga yg bermasalah tadi menghadap ke langit.
  2. Titiskan air ke dalam telinga tersebut. Mungkin cara ini agak pelik, Air dah lah  masuk telinga, pas tu nak ditambah lagi.. (boleh percaya ke???)
  3. Dengan masih berkeadaan telinga tadi menghadap ke langit, ketuk kepala perlahan-lahan (sebab kalau kuat nanti sakit pulak). Biarkan air tadi masuk selama 10 – 12 saat.
  4. Dengan pantasnya, pusing kepala dengan cepat supaya telinga yg bermasalah tadi menghadap ke bumi. Ketuk kepala perlahan-lahan sehingga ke semua air keluar (air yg "termasuk" + air yg dititiskn tadi). Anda akan merasakn air yg panas keluar dari telinga itu.
  5. Uji samada kesemua air telah keluar atau masih ada yang terperangkap. Jika ada, ulang kaedah di atas sehingga kesemua air tersebut hilang. Selamat mencuba!!
Nampak macam tak masuk akal aje kaedah ini kan? Mari kita belajar sains jap! Dari segi sainsnya, kaedah ini berjaya kerana wujudnya daya lekatan antara molekul2 air (walaupun dari sumber yg berbeza..tapi tetap air). Terdapat dua jenis daya yg ada pada air tersebut iaitu  daya lekatan, dan daya lekitan. Daya lekatan adalah daya tarikan antara molekul2 sejenis..dalam konteks ni antara sesama molekul air (Gay force!). Manakala daya lekitan pula adalah daya tarikan antara molekul yg berlainan jenis..dalam konteks ni antara molekul air dan dinding telinga.
Jadi apabila air baru dititiskan ke dalam telinga, molekul air ini akan bergabung dengan molekul air yg terperangkap tadi (Gay reaction) untuk menjadi satu gumpalan air yg lebih besar kerana daya lekatan adalah lebih kuat berbanding daya lekitan antara air dan dinding telinga (sebab tu kena biarkan 10-12 saat tadi supaya tindakbalas sejenis ini dapat berlaku). Apabila kepala dipusingkn dengan cepat, gumpalan air tersebut akan ditarik oleh graviti untuk meluru keluar dari telinga anda. Begitulah adanya......wallahu alam bissawab.

Tertipu dek MADU!!!!



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Masa menaip posting ni, niat hati hanyalah untuk memperingatkan sahabat2 yg mungkin akan ke Cameron Highland.......begitu lah detik hati saya....dari hari Khamis lepas saya nak type posting ni tapi masa tak mengizinkan... Di samping tu bolehlah kita menambah sedikit ilmu berkenaan MADU...ops bukan madu ermmm ermmmm ermmmm tu yer....MADU TUALANG.....

Nak dijadikan cerita...saya dan keluarga  baru balik dari Cameron Highland, bercutilah katanya.....saya dan suami pegi pasar malam di Brinchang, berdekatan dengan hotel kami KAVY Hotel....so jalan2 cari makan lah gamaknyer...and then terpandang orang jual Madu Tualang Tiga opsss...Madu Tualang, jadi saya dan suami memang peminum setia madu, kat rumah ada lagi sebenarnya tapi dah terlanjur berada kat sana, dan yang bagus sgt tu harganya memang murah. Tanpa berfikir panjang saya dan suami beli aje madu tu, tengok madu memang "power", hitam, pekat, likat dan mcm2lah.....kami pun belilah 3 btl, just imagine 3 btl= RM75/= discount lg, dia bagi RM50/=, so kami pun beli lah....tanpa fikir panjang lagi. Memang ramai yg beli pada ketika itu, mgkn kerana harga murah kot.... jadi kami tak da lah rasa sangsi kerana org2 kat situ kata dia memang selalu jual madu, madu dia memang asli. Then ends the story.





Inilah tiga botol madu tualang yang kami beli......hitam, pekat, likat bak kata AR Tompel....
Dah separuh botol masuk ke dalam perut kami....




Di rumah, saya dan keluarga menikmati Madu Tualang yang dibeli....memang ada rasa lain skit, agak manis dari madu biasa yang kami minum, tapi kami buat tak kisah aje..... Selang beberapa hari, masa suami nak pergi keje, entah kenapa suami bgtau tak payahlah minum madu tu lagi kerana dia rasa musykil dlm hati, madu tu rasa agak manis, dan entah kenapa dia merasakan bahawa madu tu murah sgt...Ermmmm...pulak.....si suami baru terfikir kot....





Maka bermulalah pencarian saya tentang madu yang kami beli ni....nak buktikan ianya asli atau tak.......nak tahu macam mana nak bezakan madu yg asli dan palsu Bacalah yer!.
Jadi saya pun, ambil setengah sudu madu tu, panaskan dgn menggunakan lilin. Pas tu saya biarkan sejuk:
Pemerhatian:
  • Madu tu mendidih tetapi tidak banyak buihnya
  • Buihnya halus2 aje
  • Apabila disejuk, masa yang diambil sekejap aje dah sejuk, and then bila saya gunakan pencungkil, saya dapati madu tersebut menjadi benang2 halus yang keras.
  • Baunya seperti bau gula merah yang dimasak hangit.
Jadi kesimpulannya memang madu yang dibeli tu PALSU.....huhuhuhu.....
Saya membuat ujian yg sama pada madu yg kami selalu minum....
Pemerhatian:
  • Buihnya melimpah keluar
  • Teksture buih kasar2
  • Mengambil masa yg lama utk sejuk dan terdapat benang halus yg putus2 tetapi tidak keras.
  • Baunya memang menyengat
Alhamdulillah selama ni kami minum madu asli......

Jadi kepada sesiapa yg pergi ke Cameron Highland, di pasar malam Brinchang, jgn lah beli madu di situ.Tapi kalau nak beli juga...terserah...saya hanya menceritakan sebahagian dari pengalaman saya.
Madunya siap dgn nama dan hp no. lagi.
Saya juga sempat menalipon nombor hp yg tertera di pelekat dan bercakap sendiri dengan Encik Fahri Bahtiar Bin Yusuf. Dia mengakui sendiri bahawa dia memang pernah membekalkan madu2nya kepada penjual di Cameron Highland. Tetapi dah lama dia tidak membekalkan kepada penjual2 di CH tu......Dan dia tidak menjual madu dengan harga yg sebegitu murah, katanya. Dia menjual harga sebotol RM60. Memang dah ramai org yg complaint padanya, tapi dia tak boleh buat apa2...cuma nasihatnya jgn beli kalau harganya terlalu murah dan seperkara lagi dia dah lama tidak membekalkan madu2nya kepada penjual2 di Cameron Highland. Jadi beringat sebelum kena....saya sekadar berkongsi apa adanyer....

Perbezaan Madu Asli dan Palsu


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Lihat video ini....cara mengenal keasliaan madu....
Ujian yang dicadangkan:
 1.   Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.
 2.   Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan cirri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
 3.   Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
4.    Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan > 1 minggu).
5.    Menggunakan api: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

Petua umum yang digunakan namun masih boleh dipertikaikan secara saintifik...

Ujian yang dipertikaikan secara saintifik, 
  • Semut: Ini kerana madu asli/lebah (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Peti Sejuk: Madu asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Pembentukan mendakan kristal: Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!
  • Sudu besi: tiada kajian ilmiah di dalam memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat dari besi. Seandainya, terdapat tindakbalas yang kritikal pastinya akan terus mengubah warna sudu tersebut apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dan sebagainya. Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama menyebabkan ramai pengguna hanya menerima sahaja pandangan dari penjual madu yang kurang maklumat. Begitu juga banyak hadis-hadis palsu yang bertebaran mengenai khasiat madu walaupun tidak kurang banyaknya dengan yang sahih. Di negara maju, analisa yang dibuat menunjukkan penggunaan kaedah penyimpanan yang paling selamat bagi madu adalah dengan menggunakan kaca dan 'stainless steel'.
  • Madu yang diletakkan di piring putih bersama air kemudian air digerakkan dengan arah pusingan, maka akan terhasil seolah-olah sarang lebah: wallahu'aklam, menurut pemerhatian kami bentuk yang kelihatan bersegi seperti sarang lebah tersebut adalah disebabkan pengaruh kelikatan/kepekatan madu yang terkena pusingan air lalu menjadikannya bersegi seperti hexagon dan pentagon. Ini kerana jika madu tersebut digantikan dengan cecair yang pekatnya sama seperti madu contohnya dalam percubaan kami shampoo ianya juga menunjukkan keadaan bersegi yang sama.
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu supaya berhati-hati terhadap madu yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU rupanya RACUN yang sangat berbahaya. Jelasnya, kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu sekiranya anda mampu!

MADU ASLI VS MADU PALSU

Madu asli atau madu palsu, bagaimana cara membezakannya? Berdasarkan kajian termasuk di Malaysia, Indonesia dan USA menunjukkan bahawa hampir 80% madu yang beredar dipasaran adalah madu palsu. Jadi bagaimanakah cara sebagai orang awam, kita dapat mengetahui madu itu Asli?
Madu asli sebenarnya sangat mudah diketahui dengan melihat dari sifat dan karakteristik fiziknya yang khas. Sayangnya, dapat juga si penipu madu palsu untuk meniru sebagian dari sifat atau karakter fizik madu asli. Sehingga bagi kebanyakan orang sangat susah untuk mengetahui keaslian madu dengan melihat aspek fizikal atau luaran madu tersebut.
Walaubagaimanapun, MADU ASLI mempunyai beberapa karakteristik fizik yang tidak dapat dipalsukan:
  1. Pesongan Optik: Madu asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi.
  2. Higroskopik: madu asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembaban udara tinggi (high humidity) maka madu akan bertambah cair.
  3. Madu asli jika dituangkan ke dalam air suam tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh.
  4. Sifat-sifat madu yang umumnya dipalsukan adalah: sifat madu yang dapat  membuat telur masak,tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digoncang mengeluarkan gas.
  5. Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Karena enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air liur lebah. Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut. JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!!! Pastikan produk madu di pasaran yang anda beli melalui ujian ketulenan dari institusi yang diikitiraf.  

Jadual di bawah adalah piawaian antarabangsa bagi Analisis Madu asli.

International Honey Commission
Type of Analysis
Unit
Index
Glucose Oxidase Activity/ Aktiviti Enzim Diatase
All pure natural honey show positive activity
Hidroxy Methyl Furfural (HMF)
Pure natural honey comb will contain less than 10mg/kg HMF
Mg/kg
Maks. 80 (for honey from tropical countries)
Water Content/Kadar air
%
<20%
Total Reducing Sugar
a)    Fructose (F)
b)    Glucose (G)
c)    Maltose (M)
Ratio F/G for pure Tropika Honey is more than 1.00
%
Min. 60
Sucrose
%
Maks. 5






Credit : blogmadu2u.blogspot.com 

Anak perempuan mencapai usia baligh!



Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Bagi ibu-ibu yang memiliki anak perempuan, perhatikan bagaimana anak perempuan anda membesar setiap hari, memandang mereka ibarat melihat  pembesaran diri kita sendiri kan? Anak perempuan apabila tiba masanya mereka akan berubah dari segi dalaman dan juga luaran. Corak pemikiran mereka juga turut berubah. Kalau dulu suka main anak2 patung tapi kini tidak lagi, mereka lebih suka berbual dengan teman-teman sebaya mereka, berbual sesuatu yang lebih matang, dah pandai tengok sesuatu yang "handsome" dan "cute". Dah pandai berdandan.... Ibu-ibu perlulah berborak dengan mereka, berikan juga pencerahan kepada mereka akan baligh ini, agar mereka lebih bersedia lagi......Buallah dgn anak!

Perubahan seksual sekunder (akil baligh) mungkin tidak berlaku secara serentak untuk semua gadis. Adalah normal sekiranya perubahan ini berlaku pada umur seawal lapan tahun ataupun mungkin lewat sekitar umur 14 tahun.Walaupun tidak nampak perubahan luaran yang ketara, sebenarnya anak perempuan anda sedang menjalani perubahan fisiologi, endokrin serta anatomi dalaman lain.

Maka ibu-ibu perlu ada pengetahuan dan memahami akan hal ini.....

1. Bagaimana perubahan ini berlaku?

2. Mengapa berlakunya perubahan ini?

3. Bila kedatangan haid dijangka tiba?

Dalam perubahan pada anak gadis semasa akil baligh, satu bahagian pada otaknya akan menghantar isyarat pada kelenjar seks iaitu ovari supaya mula berfungsi. Kelenjar seks ini pula akan menghantar isyarat pada organ-organ lain supaya mula berubah mengikut keperluan perkembangan seksual sekunder. Isyarat-isyarat ini dihantar melalui hormon-hormon yang dijanakan oleh badan anak gadis berkenaan untuk mengawal tumbesaran badan sebagai seorang gadis yang bertambah dewasa serta kematangan sistem seksual.

Ibu-ibu boleh melihat perubahan pada anak gadis seperti;

* Payudara makin membesar

* Penambahan berat badan dan juga penambahan ketinggian

* Ukuran di bahagian punggung semakin lebar

* Tumbuhnya bulu ketiak dan juga di kawasan genitalia (kemaluan)

* Perubahan bau badan

* Kehadiran jerawat di muka.

Mungkin perubahan pertama yang dilihat bermula pada kawasan payudara yang semakin membesar. Kawasan yang gelap di sekeliling puting akan membengkak, jisim payudara akan lebih membulat serta menjadi padat dan berat. Terdapat juga kemungkinan tumbesaran payudara di kedua-dua belah dada tidak seiras dan serupa. Mungkin juga anak anda merasai tidak selesa pada kedua-dua ataupun sebelah payudara.Namun tidak perlu runsing kerana ini mungkin normal untuk peringkat awal perkembangan anak-anak anda. Jika waswas, bawa anak perempuan anda berjumpa dengan doktor untuk kepastian. Jelaskan dan beri pemahaman kepada mereka agar mereka boleh melalui situasi itu dengan baik. Perubahan emosi adakala menjadikan anak-anak kita tidak keruan dan mereka akan berasa tidak dapat mengawal emosi mereka. Jadi kita sebagai ibu mestilah sentiasa dekat dgn mereka. 

Kematangan hormon juga menyebabkan kematangan sistem reproduksi anak gadis dengan ovari kini berupaya mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Dengan kata lain, ovulasi sudah berlaku dan sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan dalam rahim iaitu endometrium yang pada mulanya menebal akan gugur sebagai darah haid.

Darah Haid

Sukar untuk mengetahui dengan tepat bila seorang anak gadis akan mengalami haid pertamanya. Kebanyakan anak gadis akan mendapat haid pertama sekitar umur 12 tahun. Haid pertama biasanya sedikit sahaja dan berlangsung untuk tiga hingga tujuh hari dengan kekerapan sekali setiap bulan. Berkemungkinan juga darah haid anak gadis tidak teratur dan datang sekali setiap dua bulan atau mungkin dalam jumlah darah lebih sedikit. Bagaimanapun, anak gadis ini mungkin perlu mendapatkan rujukan doktor jika kedatangan haid masih tidak teratur, tidak tenteram dan juga selalu menyakitkan selepas 2 tahun.

Buat Perancangan Nota Kehadiran Haid

Seorang ibu perlu memberi tunjuk ajar kepada anak gadisnya supaya menanda kehadiran haid di dalam diari ataupun kalendar dan catatkan sebarang masalah ataupun kesakitan semasa datangnya haid. Dengan cara sebegini, anak gadis dapat meramalkan bila haid berikutnya akan datang dan juga julat di antara dua peristiwa haid berdekatan.

Lazimnya julat darah haid adalah di antara 21 hari hingga 45 hari. Adalah biasa bagi julat haid berbeza-beza dan hari pertama haid pun mungkin pada hari awal dan juga mungkin lewat berbanding dengan bulan lampau. Untuk mereka yang sudah berkahwin pula, biasanya kelewatan haid dikaitkan dengan kemungkinan mengandung, bergantung kepada tempoh lewat datang haid.

Persediaan

Adalah lebih baik sekiranya perancangan awal disediakan sebelum datangnya haid seperti menyimpan tuala wanita di dalam beg dan dibawa ke sekolah. Tuala ini dipakai di bahagian dalam seluar dalam dan bertujuan menyerap darah yang keluar. Perlu diingat bahawa tuala wanita ini perlu ditukar setiap empat jam kerana darah haid yang terkumpul mungkin menjadi tempat pembesaran yang baik untuk bakteria.

Biasanya untuk beberapa hari pertama, tuala wanita perlu ditukar dengan lebih kerap disebabkan jumlah darah yang keluar terlalu banyak. Penggunaan tuala wanita yang diletakkan bau haruman juga tidak digalakkan kerana mungkin menyebabkan berlakunya keradangan pada kulit sekitar kemaluan.

Tidak Selesa Dan Sakit

Ramai gadis mengalami kekejangan di bahagian bawah abdomen semasa kehadiran haid. Mungkin juga kesakitan tersebut merebak ke bahagian belakang (seperti mereka yang sakit bersalin). Ada juga keluhan seperti sakit kepala, pening-pening, kekerapan buang air besar dan juga loya-loya muntah. Jangan runsing kerana ini adalah normal untuk pengalaman awal kehadiran haid.

Untuk menghilang masalah serta rungutan ini, anak gadis ini boleh mengambil;

* Pil penahan sakit seperti NSAIDs, contohnya ibubrofen ataupun naproxen sodium.

* Bersenam

* Meletakkan pemanas seperti bertungku di bahagian bawah abdomen.

Rujuk kepada doktor sekiranya: Bacalah! Baligh tak normal

1. Anak anda sudah pun berusia 15 tahun tetapi masih belum datang haid.

2. Kehadiran haid yang sebelum ini teratur, tetapi sekarang tidak lagi teratur.

3. Julat di antara sebelum dan selepas haid kurang dari 21 hari ataupun melebihi 45 hari.

4. Julat haid berlaku selama 90 hari (3 bulan) walaupun hanya untuk baru satu kitaran (bukan mengandung).

5. Kehadiran darah haid melebihi tujuh hari.

6. Sekiranya jumlah pendarahan terlampau sehinggakan tuala-tuala wanita perlu ditukar setiap satu hingga dua jam.

Banyak perubahan dari segi emosi dan juga fizikal akan berlaku pada anak gadis anda. Nasihatkan mereka supaya menjaga pemakanan supaya berat badan ideal dapat dikekalkan.

Bersenam serta beriadah mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan serta kesakitan ketika datang haid. Amalkan senaman untuk mengukuhkan tulang-tulang, menguatkan otot-otot dan juga mengurangkan kekejangan semasa datang haid. Akil baligh juga menyebabkan kelenjar di bawah kulit mengeluarkan sebum dan dengan kehadiran sebum yang banyak boleh menyekat lubang-lubang halus, menyebabkan berlakunya jerawat.Membasuh muka dengan air ataupun bahan pencuci muka dengan kerap dapat mengurangkan kehadiran sebum di muka dan seterusnya dapat mengurangkan kehadiran jerawat di muka.Jangan biarkan jerawat berlarutan di muka kerana penyembuhan jerawat mungkin meninggalkan parut yang berkekalan.

Akil baligh yang tidak normal


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Perkongsian ilmu moga ada manfaatnya......
Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.

Definisi
Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.
Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Untuk lelaki :
Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut 
serta suara yang lebih garau
Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

Untuk perempuan :
Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar
Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda 
akil baligh

Bilakah saya akan mencapai akil baligh?
Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :
Nutrisi yang lebih baik
Stres
Bahan kimia di dalam makanan

Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya?
Ia bukanlah buruk mahupun baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, mengandung dan lumba haram.

Apakah peringkat akil baligh saya?
Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali 
sebagai Peringkat Tanner.

Tahap Tanner :
Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)
Lelaki - Bulu kemaluan
Perempuan - Payudara
Perempuan - Bulu kemaluan

Adakah saya mempunyai masalah tentang akil baligh? 
Persoalan ini timbul apabila anda atau anak anda belum menunjukkan petanda fizikal yang dimaksudkan.

Akil baligh dikatakan tidak normal seandainya akil baligh bermula terlalu awal mahupun terlalu lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain.

Akil baligh yang awal dan lewat
Akil baligh yang awal
Kelewatan akil baligh
Definisi
  • Perkembangan seksual berlaku sebelum umur 8 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki
  • Tidak ada tanda perkembangan seksual pada umur 13 tahun bagi perempuan dan 14 tahun bagi lelaki
Penyebab
  • Penyakit otak seperti tumor atau kesan masalah penyakit otak yang lalu
  • Keturunan
    (berlaku dalam keluarga)
  • Keabnormalan kromosom (genetik)
  • Penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, hati dan darah
Tanda - tanda dan gejala
Kanak-kanak Perempuan:
  • Pembentukan payudara berlaku sebelum umur 8 tahun
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak dan kemaluan.
  • Kitaran haid bermula awal
Kanak-kanak Perempuan:
  • Tiada/ kurang pembentukan payudara pada umur 13 tahun
  • Jarak antara pembentukan payudara dan kitaran haid bermula lebih dari 5 tahun
  • Kurang bulu kemaluan pada umur 14 tahun
  • Ketiadaan permulaan kitaran haid pada umur 16 tahun
Kanak-kanak Lelaki:
  • Pembesaran awal pada zakar dan testis
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak, kawasan kemaluan, misai dan janggut
  • Perubahan suara yang awal: lebih garau dan dalam
Kanak-kanak Lelaki:
  • Kurang perkembangan pada testis pada umur 14 tahun
  • Kurangnya pertumbuhan bulu pada umur 15 tahun
  • Perkembangan pembesaran alat genital (kelamin) melebihi 5 tahun

Diagnosis
Apakah yang boleh doktor lakukan?
  • Doktor anda akan mengambil sejarah perubatan dari anda dan/atau ibu bapa anda.
  • Pemeriksaan fizikal akan dijalankan.Siasatan akan dibuat seperti melakukan ujian darah, x-ray dan ujian yang berkaitan bagi mencari sebarang punca.
Rawatan
Bagaimana perubahan ini boleh dihentikan?
Terdapat 2 pilihan:
  • Merawat penyakit dasar/sebenar (seperti tumor pada ovari dan otak)
  • Terapi hormon untuk merawat hormon yang tak seimbang
Bagaimanakah saya boleh kembali setanding atau sama dengan rakan-rakan yang lain?
Rawatan hormon yang khusus bagi kelewatan akil baligh akan ditentukan oleh doktor anda bergantung pada:
  • Umur, keseluruhan sejarah kesihatan dan perubatan anda
  • Tahap keadaan penyakit
  • Pendapat dan kehendak anda

Keputusan / kesan
Pengesanan dan rawatan awal akan menghasilkan keputusan yang baik.

Sahabat2ku.......