Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui,
praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya
simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk
mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.
Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera akan
menimbulkan banyak kesan negatif kepada tubuh oleh kerana kandungan bahan
pengawet atau penyedap rasanya. Selain kandungan karbohidrat,
mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat,
yang bermanfaat bagi tubuh. Pada dasarnya mi segera, tidak
cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia. Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG
(monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi
segera.
Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses
pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara
menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan
minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit
berminyak ketika direbus. Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus
dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak
akan hilang.
Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan
kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan
pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah
lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang
sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.
Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan
tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa
peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya
membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti
standard yang selamat dikawalselia oleh Codex Alimentarius Commission (CAC). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk
menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya
gangguan pencernaan, konstipasi, kanser pencernaan, dan
lain-lain. Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya
bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak
akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera
juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi.
Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya
tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan
utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil
makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan
makan malam.
Saya sangat geram jika ada ibubapa bertanya pada saya, bolehkah anaknya yang berusia 5 tahun dan sedang demam memakan mi segera. Saya faham niat ibubapa yang cuba memberikan sesuatu pada anak yang menghadapi kelesuan dan tidak selera makan akibat demam. Namun itu bukanlah langkah yang bijak.
Masih ingat tentang khabar angin mengenai kerajaan Taiwan telah mengharamkan mi segera yang dikeluarkan oleh satu syarikat dari Indonesia? Walaupun ia setakat khabar angin, ada iktibar yang dapat kita pelajari oleh mayarakat kita. Adakah mi segera kita selamat?
Pengharaman itu disebabkan kadar bahan pengawet yang terdapat pada mi segera itu melebihi daripada kadar yang dibenarkan. Walaupun bahan pengawet itu (methyl p-hydroxybenzoate dan benzoic acid) dikatakan selamat, namun jika digunakan pada kadar yang terlalu tinggi dikhuatiri akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan.
Sebenarnya produk mi segera dikawal ketat oleh satu badan dunia Codex Alimentarius Commission (CAC) yang menetapkan syarat penggunaan semua bahan awet. CAC mengawal penggunaan pengawet dalam industri makanan di mana hampir 90% produk makanan menggunakan bahan itu.
Bahan ini penting untuk menjadikan produk makanan menjadi tahan lama. Ia juga mencegah makanan itu dari dicemari bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan penyakit keracunan makanan.
Oleh itu, bahan pengawet adalah selamat jika digunakan dalam kadar tertentu. Tetapi kadar yang dibenarkan ini berbeza antara satu negara dengan satu negara yang lain. Sebagai contoh pengawet methyl p-hydroxybenzoate yang dibenarkan oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Singapura adalah 1.000 mg per kg, sementara di Hongkong pula 550 mg per kg.
Ini disebabkan cara pemakanan di setiap negara adalah berlainan. Sebagai contoh di Amerika, rakyatnya hanya makan mi segera seminggu atau dua kali seminggu. Di Hong Kong pula rakyatnya memakan mi segera setiap hari. Sudah tentu mereka akan terdedah kepada kesan buruk bahan pengawet itu lebih daripada rakyat Amerika.
Pengumpulan bahan pengawet ini dengan begitu banyak dalam masa yang pendek akan memberikan kesan yang tidak baik dalam jangka masa panjang terutamanya kepada sistem fisiologi seseorang.
Oleh kerana sistem ini agak sempurna, kebanyakan bahan pengawet ini dapat dikeluarkan dari tubuh kita melalui rembesan air peluh, air kencing dan najis. Sebagai contoh pengawet makanan, Methylparaben bersifat mudah larut air. Ketika proses pencernaan, ia mudah diuraikan. Ia mudah diserap dan dikeluarkan melalui kulit atau najis.
Namun kuantiti bukanlah faktor tunggal yang mempengaruhi badan. Ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang kemudharatan seperti jenis pengawet yang diambil dan keadaan si pengambil (orang yang memakannya).
US Food and Drug Administration (FDA), sebuah badan yang mengawal pemakanan dan ubat-ubatan di Amerika Syarikat telah mengkategorikan pengawet methyl p-hydroxybenzoate dan benzoic acid sebagai kategori Generally Recognized as Safe (GRAS), iaitu pengawet ini selamat digunakan pada kadar yang dibenarkan dalam produk makanan.
Sungguh pun setakat ini belum ada lagi kajian ilmiah dan saintifik yang menunjukkan kesan buruk pengawet jika diambil pada kadar yang minima, namun kita harus berjaga-jaga terhadap kesan-kesan yang tersembunyi.
Ada beberapa perkhabaran (yang belum dibuktikan) mengatakan pengawet-pengawet ini boleh menyebabkan kerosakan sistem penghadaman terutamanya usus kecil dan besar. Ia menyebabkan pendarahan dalam usus malah ada yang mengatakan ada kemungkinan boleh mendatangkan kanser colon.
Tiada bukti sainstifik (buat masa sekarang) tidak bermakna ianya selamat untuk dimakan tanpa diawasi. Oleh itu pemakanan mi segera haruslah diminimakan. Jumlah yang berlebihan pasti akan mengganggu fisiologi tubuh manusia.
Bayangkan jika mi segera dimakan setiap hari oleh kanak-kanak atau orang tua yang mempunyai sistem pencernaan yang tidak baik. Apabila sistem fisiologinya tidak berjalan sempurna, perkumuhan bahan pengawet ini tidak dapat dibuang dari tubuh dan akan tersimpan dalam tubuh lalu mengganggu fungsi organ yang lain.
Pendedahan-pendedahan yang dilakukan seharusnya memberikan peringatan kepada masyarakat supaya berhati-hati terhadap pemakanan kita.
Bukan setakat mi segera, mi kuning dan kway tiow yang dijual di pasar-pasar juga harus diawasi. Penggunaan bahan pengawet yang digunakan harus mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Kita tidak mahu generasi akan datang bakal mengalami pelbagai perubahan genetik dan memberikan pelbagai kecacatan sejak lahir (congenital defect) akibat kesan pemakanan yang tidak sihat ini.
Wallahu a’lam
sumber