F

Belajarlah untuk berkata "Cukup"!

060924_muslim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.

Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh…

Dalam kehiudpan ini kita sebenarnya tidak berhak untuk terlalu 'demanding'....yang perlu hanyalah bersyukur...secara totalnya pun kita ini sebenarnya hanya sebagai 'peminjam' yang mana kita perlu untuk 'membayar/memulangkan' kepada yang berhak iaitu ALLAH swt...... Adakala sebagai manusia kita tidak pernah berasa cukup atas apa yang diberi oleh Allah swt kepada kita.....ada saje yg tak cukup ada saje yg tak kena....kita selalu berharap sesuatu yg baik saje terjadi kepada kita....apabila ada musibah melanda kita jarang sekali mengucapkan alhamdullillah......malah yg biasa terjadi mengeluh atau berdukacita...ya mgkn tidak semua begitu kn????  

Kadangkala, sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya ‘just nice’. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?

Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

 Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on the other side’. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang tak nak gaji besar, kan?

Ada di antara kita yg ingin bergaji besar, kereta besar dan pendek kata semuanya besar. Bila dh diberikan semua itu mereka ingin lagi yang lebih besar...kalau dulu kereta Kancil lepas tu gaji naik sikit tukar kereta Waja pulak  dan seterusnya....masa berdoa dulu kalau dapat kereta kancil jadilah....bila Allah bagi lagi lebih....eh kalau dapat kereta Waja best jugak ni.....begitulah seterusnya.....manusia...manusia....Akhirnya hidup tetap juga di takuk tu kerana sentiasa bergelut dengan hutang....tak habis-habis...kesimpulannya tetap jugak tak cukup dan berdoa lagi pada Allah agar diberikan rezeki yang banyak......

Kalau dah macam tu caranya memang takkan cukup, kan???? Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Beljarlah untuk berkata cukup...... Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman kita menghadapi dugaan mendatang. Yang penting, apa yang perolehi ini halal dan diberkati. 

Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-ngira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap-tiap hari. Ini benar-benar terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
 
Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak sahabat semua terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
 
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu’alam…

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup…..

Hubungan Baik antara sesama Manusia

Artikel yg perlu dikongsi bersama.... sedangkan sesama haiwan pun kita sebagai insan mesti menjaga dan tidak menyakiti...inikan pula sesama manusia.... 


Di samping perhubungan manusia dengan Allah, Islam menitikberatkan juga perhubungan antara manusia dengan manusia. Allah s.w.t berfirman, maksudnya, “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”. (Ali ‘Imran : 112). 
 
Apabila disebut, perhubungan baik dengan manusia, maka skop perhungan itu bukan di kalangan manusia semata, tetapi meliputi alam_makhluk yang bernyawa dan yang tidak bernyawa_yang ternyata merupakan komponan atau mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan manusia. 
 
Sudah menjadi kenyataan, apabila tidak ada perhubungan baik antara manusia dengan alam, misalnya sekelompok manusia melakukan kerosakan di mana-mana di atas muka bumi ini, maka berlakukah gejala alam yang bukan saja mejejaskan kehidupan kelompok manusia itu sendiri malah kelompok-kelompok manusia yang lain. 
 
Pemeliharaan alam ini jelas menjadi kewajipan dan tanggungjawab manusia, kerana Allah menjadikan manuisa sebagai khlifah di muka bumi ini (Maksud ayat 30, surah al-Baqarah). 
 
Dalam konteks perhubungan baik antara sesama manusia, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, “Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kalian daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawa), dan Kami jadikan kalian berbagai bangsa dan suku agar kalian saling kenal-mengenali (antara satu sama lain)”. (al-Hujurat : 13). 
 
Perhubungan manusia dengan Allah pula merupakan tujuan pokok manusia didiciptakan- Nya. Allah berfirman, bermaksud, “Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada-Ku”. (al-Dzariat : 56). 
 
Tentang perhubungan baik yang khusus antara sesama manusia di kalangan ummah, iaitu persaudaraan seagama (ukhuwah Islamiyyah), Islam memperuntukkan peraturan atau undang-undang dalam sistem kehidupan sosial yang adil dan harmoni yang disebut sebagai Syari'at Islamiyyah. Semua perkara dalam hal ini terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis. Dan, semuanya adalah untuk kebaikan, kebajikan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia seluruhnya, di dunia dan akhirat. 
 
Untuk kesejahteraan ummah, Islam menganjurkan penganutnya agar saling menjalinkan kasih sayang (mahabbah), hormat-menghormati, bekerjasama, bertimbangrasa, tolong-menolong, nasihat-menasihati, berbaik-baik sangka antara satu sama lain. 
 
Antara firman-firman Allah yang berkaitan ialah: ”Hai orang-orang beriman, janganlah berolok-olok satu kaum kepada kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diprolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan itu), jangan juga wanita-wanita kepada wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan itu) lebih baik daripada wanita-wanita (yang mengolok-olokkan itu), janganlah kalian mencela diri kalian sendiri dan janganlah kalian panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk.… Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian memakan daging saudaranya yang mati?". (al-Hujurat : 11 dan 12). 
 
Demikianlah, larangan Allah. Umat islam, bukan sahaja dilarang daripada melakukan perlakuan atau tindakan yang boleh mencederakan fizakal atau mengorbankan nyawa orang lain, tetapi juga ditegah daripada melakukan apa sahaja perbuatan yang boleh menyinggung atau menyakiti hati atau boleh memutuskan tali perhubungan. 
 
Sebaliknya, Islam menekankan galakan agar manusia melakukan apa sahaja perbuatan yang akan menyenangkan hati dan membahagiakan kehidupan manusia yang lain. Sehinggakan senyuman kepada seseorang itu dikira sebagai satu sedekah (Maksud Hadis). 
 
Islam menggalakkan perpaduan ummah. Allah berfirman, mafhumnya : "Sesungguhnya segala orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan antara dua saudara yang bersengketa". (al-Hujurat : 10). 
 
Rasulullah bersabda, "mukmin dengan mukmin itu umpama bangunan, sebahagiannya saling berkaitan dengan bahagian yang lain"; dan "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri". 
 
Untuk mengekalkan perpaduan ummah, Islam melarang sebarang perbuatan yang merupakan penindasan, penipuan atau penganiyaan antara satu sama lain, seperti rasuah, menyorok barang jualan, menabur fitnah, menghadu-dumba, makan riba, makan harta anak yatim dan sebagainya. Dilarang juga umat Islam melayani nafsu dan membiarkan hati dijangikiti penyakit mazmumah seperti hasad, tamak, riyak, 'ujub, takabbur dan sebagainya. 
 
Di samping mendatangkan manfaat duniawi, jalinan persaudaraan sesama penganut Islam itu juga akan menghasilkan manfaat ukhrawi. Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Barangsiapa menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga". 
 
Mu'az bin Jabal meriwayatkan: Rasulullah bersabda (maksudnya): "Suatu kelompok manusia pada hari kiamat kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arasy. Wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul-qadar. Waktu itu manusia panik sedangkan mereka tidak berasa panik dan manusia takut padahal mereka tidak berasa takut. Mereka itu adalah aulia Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir". 
 
Lalu Mu'az bertanya: "Siapakah aulia itu, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah". (Riwayat Ahmad dan Hakim) 
 
Abu Hurairah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Allah berfirmaan pada hari kiamat: 'Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku'". 
 
Maksud persaudaraan kerana Allah itu ialah persaudaraan yang berasakan matlamat menegakkan kalimah Allah, mempertahnkan kebenaran (hak) dan menentang kebatilan. Mereka yang terlibat menjalinkan cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah (Maksud Hadis, riwayat Ibnu Hibban dan Hakim daripada Anas bin Malik). 

Meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Allah berfirmaan pada hari kiamat: 'Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku'". Maksud persaudaraan kerana Allah itu ialah persaudaraan yang berasakan matlamat menegakkan kalimah Allah, mempertahankan kebenaran (hak) dan menentang kebatilan. Mereka yang terlibat menjalinkan cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah (Maksud Hadis, riwayat Ibnu Hibban dan Hakim daripada Anas bin Malik).

Mengubah cara berfikir

1031
 
KEJAYAAN seseorang itu sebenarnya dicipta bergantung bagaimana cara kita berfikir dan melakukan apa yang terbaik. Minda (akal) perlu dibuka untuk perkara baru dan bersedia melakukan perkara luar biasa untuk kejayaan luar biasa.

Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita.
Kata seorang pujangga: “Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan.”

Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain. Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu ‘penat’ berfikir. Biarlah orang lain fikirkan.

Sikap berminda kecil menjadi punca kepada kegagalan. Mereka tidak menggunakan potensi diri yang ada pada setiap orang. Mereka tidak memahami ‘modal diri’ yang dimiliki untuk meraih keuntungan hidup.

Sesungguhnya, harga kehidupan tidak akan berubah lebih baik jika tidak mahu menggunakan minda. Keinginan melakukan sesuatu lebih baik tercetus sekiranya minda digunakan.

Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah kerana manusia mempunyai minda. Manusia yang tidak menggunakan minda mempersia-siakan anugerah paling besar itu. Mereka tidak layak untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan hidup sebenar.

Minda yang jumud dan beku mengurangkan fungsi minda. Hal itu samalah seperti kita menentukan had sempadan penggunaan minda. Sedangkan minda sebenarnya mampu berfikir tanpa had sempadan. Pergerakan berfikir berbentuk rawak yang tidak ada satu garisan khusus.

Kemampuan minda seseorang berbeza antara satu sama lain. Inilah memberi kelebihan apabila dilakukan percambahan minda melibatkan banyak individu. Gagasan minda yang digabungkan membawa kepada satu kekuatan minda yang terbaik.

Belajarlah berfikir secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak ke arah lebih baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang kritis.

Umumnya semua orang mahu menikmati kehidupan lebih baik, meneroka bakat dan potensi diri. Tetapi, disebabkan mengamalkan cara berfikir yang negatif, menyebabkan banyak sempadan diri wujud. Kita sendiri mengatakan ini tidak boleh dan itu tidak mungkin.

Sesungguhnya, permulaan kejayaan ialah apabila kita berfikir tentang kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Sebab itu pentingnya mengamalkan pemikiran berasaskan intelektual.

Teknik bantu kuatkan daya ingatan

Assalamualaikum.... dh lama tak update blog ni....harapan sahabat2  semua sentiasa  di dalam perlindungan Allah swt dan artikel ini ingin saya kongsikan bersama.....njoy reading yer...semoga ada sesuatu yg boleh dimanfaatkan.  
                                                                   
p2cm
 
SETIAP manusia memiliki alat di dalam otak yang bertugas mengingat secara automatik dan cepat, sesuatu yang terjadi. Tetapi tahukah bagaimana cara menggunakan alat itu dengan baik dan berkesan? 

Jika kita tahu cara menggunakannya dengan baik, maka kita akan menggunakan dengan baik dan memiliki ingatan kuat dan tidak mudah lupa atau lemah daya ingatan. Kita tidak perlu risau kerana perkara ini tidak sukar. Kita hanya perlu berusaha untuk melatih dan menguasai alat itu dengan sebaiknya. Apabila menerima sesuatu maklumat penting, tidak kita sedari atau duga sebelumnya dan tidak mempunyai alat untuk mencatatnya selain ingatan, maka mula menggunakannya dengan sebaiknya. 

Langkah awal ialah memberi tumpuan pada maklumat itu dan perhatikan dengan sebaik-baiknya. Yakinlah bahawa kita pasti akan mengingatinya dan kuatkan azam untuk mengingatinya. Baca maklumat itu dengan jelas dalam fikiran dan ulangi sekali lagi. Kemudian katakan pada diri bahawa berniat mengingatnya, kemudian pada hari selanjutnya sebutkan apa yang kita ingat mengenai maklumat kelmarin dan seterusnya, dengan cara itu kita akan dapat melatih ingatan kawalan dengan baik. 

Dalam usaha menggunakan alat ingatan kawalan ini dengan berjaya, dicadangkan menggunakan perantara alat deria bunyi-bunyian, gambar, bau, sentuhan dan lain-lain yang dapat membantu menguatkan maklumat dalam ingatan. Ingatlah selalu ingatan kawalan ini terjadi sesaat saja dan sekiranya ia berlangsung lebih lama daripada itu, ia menunjukkan ada kerosakan di dalamnya. Hendaklah kita yakin permasalahan yang dihadapi oleh seseorang memainkan peranan penting dan memberi pengaruh besar dalam gangguan proses penyimpanan maklumat dalam otak dan proses mengingatnya. 

Seperti permasalahan kejiwaan atau tekanan jiwa ia adalah penghambat atau gangguan yang merosakkan proses penyimpanan maklumat secara jelas dan terang dalam ingatan. Oleh itu, dalam memanggil kembali maklumat itu daripada ingatan secara kawalan maka proses ini akan sukar dilakukan bagi orang yang mengalami tekanan jiwa dan gangguan lain. Yakinlah bahawa pemantapan maklumat dalam ingatan dapat menjadikan proses ingatan kawalan ini berjalan dengan mudah dan lancar ketika kita memerlukannya dan ia akan sukar sekali untuk dilupakan. 

Percubaan untuk mengawal ingatan memerlukan latihan yang panjang dan ikhlas. Segala data di dalam otak memerlukan penafsiran rapi. Kesimpulannya, kita mungkin menggunakan alat ingatan kawalan ini dengan mengikut langkah berikut: # Perhatikan dengan baik maklumat yang ingin kita ingat dan kemudian di simpan dengan baik dan seterusnya memanggilnya kembali dari otak # Kaitkan atau ikat maklumat itu dengan sesuatu yang tidak mudah kita lupakan # Baca kembali dan ulangi maklumat itu dalam di fikiran # Pada hari berikutnya ulangi mengingati maklumat itu. 

Petikan dari buku Teknik Ingatan – Kaedah Mengatasi Lupa dan Lemah Ingatan

Sahabat2ku.......