F

When should a Muslim start fasting six days of Shawwaal?

You can start fasting six days of Shawwaal from the second day of Shawwaal, because it is haraam to fast on the day of Eid.

You can fast the six days at any time during Shawwaal, although the best of good deeds are those which are done soonest.

The standing committee received the following question:


Should fasting the six days be done immediately after Ramadaan, following the day of Eid or is it permissible to do it a few days after Eid in the month of Shawwaal or not?

They replied as follows:

These days do not have to be fasted immediately after Eid al-Fitr; it is permissible to start fasting them one or more days after Eid, and they may be done consecutively or separately during the month of Shawwaal, according to what is easier for a person. There is plenty of room for maneuver in this matter, and this is not obligatory, it is Sunnah.
Fataawa al-Lajnah al-Daaimah, 10/391
Can a person start fasting six days of Shawwaal when he still has days to make up from Ramadaan ?
If a person fasts six days of Shawwaal after Ramadaan when he has not yet completed the Ramadaan fast because he did not fast ten days of Ramadaan for a legitimate reason will he have the same reward as a person who fasted all of Ramadaan and followed it with six days of Shawwaal, i.e. will he be like a person who fasted for a lifetime? Please explain to us, may Allaah reward you with good.



The precise rewards for the deeds which people do for the sake of Allaah is something which is known only to Allaah. If a person seeks the reward from Allaah and strives to obey Him, his reward will not be lost, as Allaah says (interpretation of the meaning):


"We shall not make the reward of anyone who does his (righteous) deeds in the most perfect manner to be lost."

[al-Kahf 18:30].


If someone has missed some of the days of Ramadaan, he should fast them first, then fast six days of Shawwaal, because he cannot follow the fast of Ramadaan with six days of Shawwaal unless he has completed his Ramadaan fast.
Fataawa al-Lajnah al-Daaimah, 10/392




Should a woman start with making up missed fasts from Ramadaan or with the six days of Shawwaal ?
What should a woman do first: fast the six recommended days of Shawwal ( Alayam Alsetta Albeed) or fast equivalent to the days she missed in Ramadan due to her monthly period?


If she wants to earn the reward mentioned in the hadeeth of the Prophet  sallallaahu  `alayhi  wa  sallam ( may  Allaah exalt his mention ) (peace and blessings of Allaah be upon him),



"Whoever fasts Ramadaan then follows it  with six days of Shawwaal, it will be as if he fasted for a lifetime"


 (reported by Muslim, no. 1984), then she should complete her Ramadaan fasts first, then follow it with six days of Shawwaal, so that the hadeeth with be applicable to her too, and she will gain the reward mentioned in it.


As regards the matter of permissibility, it is permissible for her to delay making up her Ramadaan fasts, provided that she makes them up before the next Ramadaan comes along.
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid






Salam AidilFitri

Sahabat semua.....
Mata kadang tersilap memandang;
Telinga kadang tersalah mendengar;
Mulut kadang terlepas berucap,
Hati kadang terlajak menduga,
Mohon maaf segala khilaf yang ada,

Dalam kerendahan hati,
Ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta,
Ada kekayaan jiwa,
Dalam gurau senda,
Ada khilaf dosa
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
 
Jika ada siang, pasti ada malam
Jika ada hitam, pasti ada putih

Jika ada kesalahan, pasti ada maaf


Dalam perjalanan hidup ini kita sempat bertemu

Kemudian berpisah seiring dengan waktu

Bila selama kita seiring jalan ada seteru

Saya hulur maaf dan keredhaan untuk itu


Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena mena

TERumpat bila bila
TERmacam macam lagi yang kena mengena
Semoga dimaafkan

 

 Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
  
Daripada :   
     Atie SEKELUARGA,

  

Teladani 10 akhir Ramadan Nabi


Kita disuruh melipat gandakan ibadat pada 10 hari terakhir Ramadan.


RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya. 
Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW. 

Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kupasan ringkas hadis
Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.
Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (riwayat Muslim)
Mengikat kainnya
Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah 'mengikat kainnya'.
Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah 'mengikat kainnya'.
Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)
Menghidupkan malam harinya
Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.
Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)
Membangunkan Ahli Keluarganya
Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.
Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.
Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta' menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: "Solat! solat!"
Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan
lMandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman. Ibn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak". (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini) Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi'en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi'en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.
Mencari lailatul qadr Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari) Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu". (Riwayat Abu Dawud).Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. Melewatkan sahur Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakua n ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari) 
lMelakukan iktikafIktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan).Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5) Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari". (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)
lMembanyakkan doaUlama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak". (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

Merdeka???

“Biarkan anjing anjing itu bercakaran sesama sendiri.Supaya di atas kehancuran mereka kita akan bertahta kembali


Ini lah kata kata seorang paderi kristian terhadap kekecohan yang berlaku di kalangan umat Islam setelah kristian di Barat kalah di tangan Islam suatu masa dulu.Sejarah pahit yang tidak bolih di lupakan kedua dua pihak.
Kini ternyata kristian memang telah bangkit dan menguasai Dunia hari ini.

Senario Politik di Malaysia mirip kepada peristiwa ini.Sekiranya umat Islam masih mahu bercakaran dan tidak mahu bersatu, tidak mustahil MUSUH dan kuncu kuncu nya akan berjaya menguasai Malaysia dan merealisasikan impian mereka untuk menjadikan Malaysia negara sekular dan seterusnya Islam pasti terpinggir. 


JANGAN BIARKAN MALAYSIA DI JAJAH SEMULA.

Tazkirah : Islam TEGAS bukan KERAS

ISLAM KUASA ALAM
 Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum.Tegas menyampaikannya atau memperkatakan dan gigih memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekali pun.Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas. 


Kebanyakkan umat Islam terutama orang politik, para pejuang dan pendakwah pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya, sama saja dengan orang lain.Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum hukumnya.Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan cuai.

Di dalam menyampaikan Islam dia mengata, mengumpat dan menuduh kepada golongan golongan yang tertentu,Ada kalanya hingga sampai maki hamun, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak di jaga,Mereka menyangka cara itu dikatakan tegas.

Sebenarnya sikap mereka bukan tegas tapi keras.Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam.Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri.Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta Keluarga.Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum hakam.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.

Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramai jadi benci dengan Islam.Lebih lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam.Melihat peribadi para pejuang dan para da’i serta Keluarga mereka, Islam itu tidak ada didalam diri mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran.Keindahan Islam tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.


"Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

Sahabat2ku.......