F

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN @pkp/mco


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

KENYATAAN MEDIA SECARA RASMI OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA 
PKP FASA 1
PADA 16HB MARCH 2020
Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

KENYATAAN MEDIA SECARA RASMI OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA 
PKP FASA 2
PADA 25HB MARCH 2020

Usaha-usaha akan terus dibuat untuk mencegah penularan COVID 19 sehinggalah benar-benar dapat membendung wabak ini dengan cara memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya.

Pergerakan orang ramai mesti terus dikawal. Strategi kerajaan ialah untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit COVID-19. Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala yang lebih besar. Ini termasuk melakukan mass testing khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

Dengan kata lain, kita ingin mencegah jangkitan. Strategi ini akan berjaya sekiranya orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus ini menerusi pergaulan harian. Justeru, saudara-saudari mesti bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam di rumah bagi tempoh yang agak lebih lama. Just be mentally and physically prepared to stay at home for a reasonably longer period of time.

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. PM memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya semua rakyat lebih bersedia.

Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya.

Please stay calm and don’t panic. Even though we have extended the Movement Control Order, you don’t have to unnecessarily stock up on food because the supply is sufficient. I assure you that food is enough for everybody.

Kita sudah dan sedang melalui dua-dua FASA PKP/MCO, diharap semua rakyat bertabah dan bersabar dalam melalui saat getir ni. Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai pakej ransangan untuk rakyat. Ambil lah sekiranya perlu demi kelangsungan kehidupan untuk masa-masa kritikal seperti ini.

Sahabat2ku.......