F

Kebaikan EPO (Evening Primrose)


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dah lama nak masukkan enti pasal EPO ni, tapi belum ada kesempatan, hari ni baru ada masa skit.... Saya sendiri mengamalkannya, saya menggunakan EPO ni.....

Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Habitat bagi tumbuhan ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia tumbuh di tepi-tepi jalan, tebing landasan, tanah terbuka yang kering, padang rumput dan padang lama. Pokok primrose biasanya hidup selama dua tahun dan tumbuh dengan sendiri.

Primrose mudah hidup di tanah yang disaliri air selain memerlukan sinaran matahari yang banyak untuk hidup. Tumbuhan tersebut agak tinggi iaitu kira-kira 4 hingga 5 kaki. Batang pokok ini sentiasa berdiri tegak, bersaiz gempal, berbulu lembut, kemerahan dan bercabang.

Saiz daunnya pula adalah sebesar 3 hingga 6 inci manakala permukaannya yang kasar dan berbulu mengeluarkan bau limau. Akar tunjang primrose biasanya panjang, bergentian, kekuningan di bahagian luar dan keputihan di tengah-tengah.

Bunganya pula mempunyai duri setinggi 21/2 inci di bahagian cabang, berwarna kuning dan mempunyai empat kelopak. Kelopak bunga primrose akan mekar pada sebelah malam dan kuncup pada sebelah siang. Bunga tersebut yang mengeluarkan bauan yang wangi seperti haruman manis yang sering menarik rama-rama melakukan pendebungaan.

Daun pokok primrose boleh direbus dan dimakan seperti sayur manakala akarnya pula mengeluarkan air manis yang enak seperti kentang apabila direbus. Sementara itu, bunga primrose pula boleh dijadikan manisan tambahan untuk salad manakala lenggainya boleh dikukus. Selain akarnya yang mempunyai pelbagai khasiat, teh yang diperbuat daripada akar primrose pula digunakan untuk merawat masalah kegemukan. Bagi wanita yang ingin kulit muka kelihatan merah dan cantik, serbuk yang diadun daripada batang berbunga primrose dapat memenuhi impian tersebut. Bagaimanapun, serbuk tersebut hanya boleh diperoleh di pasaran sebagai salah satu daripada produk kosmetik.  Evening Primrose Oil adalah minyak yang diekstrak dari bijian tumbuhan Evening Primrose (Oenothera biennis) yang berasal dari benua Amerika Utara serta tumbuh sekitar Eropah dan hemisfera selatan. Minyak yang terhasil daripada biji primrose dikatakan mengandungi sejenis asid lemak yang sangat berguna. Bijian dari tumbuhan ini kaya dengan asid gamma linolenik (GLA) iaitu sejenis asid lemak perlu (essential fatty acid). GLA diperlukan oleh tubuh kita untuk proses pertumbuhan dan pengembangan dan perlu diperolehi daripada pemakanan seharian.

Gamma-linolenik asid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang banyak terdapat di dalam minyak berasaskan tumbuhan. Ianya tergolong di dalam asid lepak perlu (essential fatty asid) kerana GLA tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita, jadi bekalan GLA perlu diperolehi dari pemakanan seharian kita.

Bersama-sama dengan asid lemak Omega-3, Omega- memainkan peranan penting di dalam fungsi otak serta untuk proses pertumbuhan dan pengembangan tubuh kita. Juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty acid (PUFAs), ia membantu meransang pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat, mengawal metabolisma badan, dan mengekalkan kesihatan sistem peranakan/pembiakkan.

Asid jenis itu dikatakan jarang dijumpai dalam mana-mana tumbuhan dan mempunyai pelbagai kegunaan utama dalam tubuh manusia. Asid tersebut yang dikenali sebagai asid GLA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Asid lemak ini dikatakan dapat mengelakkan pembekuan arteri, penyakit jantung, ekzema, sirosis, artritis reumatoid, menopaus, PMS, sklerosis dan tekanan darah tinggi.

Ia juga dikatakan memberi kesan baik terhadap hormon seks termasuk estrogen dan testosteron selain membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Penyelidikan yang dilakukan turut mengesahkan bahawa minyak primrose boleh membantu mengurangkan kesakitan dan penyakit radang.

Selain itu, minyak tersebut juga memberi kesan yang positif kepada otot uterine, sistem saraf dan metabolisme. Kulit kayu dan dedaun primrose pula amat berguna untuk merawat masalah usus, batuk dan lelah.

Kenapa GLA yang terdapat dalam EPO berbeza dengan Omega-6 yang lain?

Terdapat banyak jenis asid lemak yang tergolong dalam asid lemak Omega -6 seperti linoneik asid (LA) arachidonic asid (AA), gamma-linolenik asid (GLA) dan banyak lagi. GLA berbeza dengan Omega-6 yang lain kerana GLA berperanan mengurangkan kadar keradangan (inflamation) manakala LA dan AA menaikan kadar keradangan.
Apabila anda mengambil makanan tambahan GLA terutama daripada EPO, di dalam tubuh kita, GLA tersebut akan ditukarkan kepada bahan yang dipanggil DGLA yangberfungsi mengurangkan keradangan. Mempunyai cukup nutrient seperti magnesium, zinc, vitamin C, B3 dan B6 dalam tubuh kita membantu pertukaran GLA kepada DGLA.

Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)

** Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit
Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

** Kebaikan EPO Melegakan Symptom Pra-haid (Pre Menstrual Syndrom)
Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .

** Diabetic Neuropathy
Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

** Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol
Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

** Osteoporosis
Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO

Mengurangkan radang dan sakit sendi
Melegakan sclerosis
Kanser terutama kanser payudara
Mengurangkan tekanan darah

**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.

Maklumat Pengambilan

Secara umumnya kita perlu memastikan mendapat nutrient yang seimbang antara omega-6 dan omega-3. Ratio/julat yang seimbang antara omega-6 kepada omega-3 adalah 2:1 sehingga 4:1.

Kanak-kanak:
Untuk masalah kulit atau ruam, dos disarankan adalah 2000-4000mg EPO (dalam bentuk kapsul)sehari . Pengambilan EPO tiak digalakkan kepada kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah. Telah dilaporkan pengambilan maksima EPO tidak boleh melebihi 0.5 gram/kg berat badan sehari. Oleh itu disarankan berbincang dengan pengamal perubatan sebelum memberi makanan tambahan kepada anak anda.

Dewasa:
Eczema atau atopic dermatitis : Evening primrose (EPO) 4,000 - 8,000 mg sehari.
Rheumatoid arthritis: Evening primrose oil (EPO), 3,000 mg sehari.
Diabetes: Evening primrose oil (EPO), 5,000 mg sehari.

Mastalgia (ketidakselesaan, sensitive dan kesakitan payudara) atau simpton pra haid (PMS): Evening primrose oil (EPO), 3,000 - 4,000 mg sehari.

*dos yang dicadangkan disini adalah untuk individu yang mempunyai masalah tertentu. Bagi anda yang mengambil sebagai makanan tambahan sila rujuk dos yang disyorkan oleh pengeluar seperti yang tertera pada label produk tersebut.

**Perlu dipastikan bahawa pengambilan makanan tambahan berasaskan herba perlu diambil dengan berhati-hati dan dibawah pengawasan dan nasihat doktor. Apabila mendapatkan rawatan, pastikan anda menerangkan pengambilan makanan tambahan yang anda amalkan kerana makanan tambahan berasaskan herba mungkin (jika ada) mempunyai tindakbalas dengan sesetangah ubat-ubatan serta mungkin mempunyai kesan sampingan. Kepada individu yang akan menjalani pembedahan disarankan untuk berhenti mengambil EPO 2 minggu sebelum pembedahan dijalankan.

Kesan Sampingan/kontraindikasi/langkah berjaga-jaga:
Evening Primrose Oil (EPO) secara keseluruhannya adalah selamat untuk diamalkan pada kadar yang disyorkan. Kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila diambil dalam kadar berlebihan adalah seperti rasa loya, sakit perut dan sakit kepala.

Elakkan mengambil GLA melebihi 3000 mg sehari iaitu bersamaan 30 gram EPO sehari. Paras GLA yang terlalu tinggi akan menigkatkan kadar keradangan/inflammation.

Semasa mengandung/menyusu:
Sehingga kini maklumat perubatan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan pengambilan EPO terhadap pembentukan janin dalam kandungan ataupun kepada bayi yang disusukan. Walau bagaimanapun masih kekurangan kajian saintifik terhadap kesan pengambilan EPO semasa mengandung dan menyusu. Oleh itu sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil EPO semasa mengandung atau menyusu.

Makanan tambahan Omega-6, termasuk GLA dan EPO tidak digalakkan terhadap individu yang mempunyai penyakit sawan (seizure) atau epilepsi. Telah dilaporkan Omega-6 boleh mencetuskan sawan (seizure) pada individu yang mempunyai penyakit sawan.

EPO tidak digalakkan diambil oleh individu yang mempunyai masalah pembekuan darah.

EPO tidak seharusnya diambil bersama-sama ubat-batan seperti;
warfarin, heparin, dalteparin, tinzaparin, enoxaparin, danaparoid sodium, antithrombin III, lipirudin, argatroban, bivalirudin,aspirin
18 Responses
  1. Siti Natrah Says:

    As salam sis..artikel mengenai EPO ni lengkap sangat..apa yang saya cari semua sis terangkan..mohon copy sis boleh?


  2. Thanks for the info. amat memahaminya ..


  3. Sis, sya baru mkn epo 4 hari yg lalu. Muka sya d penuhi dgn jerawat besar & ruam2 d muka:
    1. Apakah tindakan yg perlu sya ambil teruskan pengambilan @ stop shj?
    2. Adakah ini alahan/ kesan awal pemakanan epo?
    Minta tolang sis jelaskan. T.kasih


  4. Unknown Says:

    Salam... sy ade ambil epo sebulan yg lps, tp mslhnye skrg haid sy dh lmbt 2 mggu. Epo ade effect kitaran haid ke?


  5. Cik Senah Says:

    Epo mmg akan affect hormon dan kitaran haid. Tapi lepas 1-2 bulan kitaran haid akan normal n mmg xde period pain. Cuma bila berhenti makan epo, kitaran haid akan berubah semula.


  6. Unknown Says:

    K ita mmg mgamlkn epo utk kitaran haid yg normal..mgelakn rekhn pd tumit kaki n utk kulit.amt brkesan..x perlu sapu apa2 krim pd tumit..rkgn cpt hilg..ahk remaja k ita juga mgambilnya utk melegakn simpton pra headnya yg sgt teruk sblm ini...


  7. Farah2502 Says:

    Saya henti mengambil epo 4 bulan lepas.dan sekarang pwriod saya tak datang selama 2 bulan dah..adakah henti pengambilan epo boleh sebabkan period ta datang??


  8. Unknown Says:

    Sis..sy baru mkn epo..darah period sy bertukar warna hitam..kenapa ye..


  9. Unknown Says:

    Sis..sy baru mkn epo..darah period sy bertukar warna hitam..kenapa ye..


  10. Anonymous Says:

    Salam tumpang tanya. EPO ni bagus untuk rahim tak?


  11. Unknown Says:

    Alhamdulillah. Sy mula mgambil epo 4bln yg lepas., yg telah disarankan oleh doc, kerna sy didapati pnya tahap kolestrol jahat yg agak tinggi. Slepas 3bln. Tahap kolestrol normal. Disamping itu, prtumbuhan rambut smkin bnyk. Tumit kaki yg pecah, dh hilang, kulit yg kering dh xperlu sntiasa nk guna losyen.


  12. Unknown Says:

    Sy mkn pil perancang stiap hari. Jd, bolehkan sy amalkan epo sama? Ada effect ke sis?


  13. Unknown Says:

    Dan sy nk tahu. Epo+fish oil better then epo shj ke? Dan apa brand yg bagus? Terima kasih.


  14. Unknown Says:

    Saya makan ok je....lawa jaa kaki kulit badn...mungkin korang sakit lain nk salah kan ubat je....,ermmm


  15. Unknown Says:

    Kalau consume vitamin C boleh consume EPO juga kah sebab saya takut ada kesan sampingan kepada badan. Saya ragu2😅


  16. Baiduri Says:

    Sy pon mkn kedua2 nya.. Vit c n epo.. So far ok, xde rasa yg pelik2 kt bdn..


  17. Ros Says:

    Thank you utk infonya. Sy pun bru jmpa doctor sbb mslh period yg tdj tratur. Dia bgi sy mkn nie EPO.. Tpi kalau lepas nie period sy kembali stabil, ble ka sy truskn ja mkn EPO nie?


  18. Unknown Says:

    Sa makan epo selama 3 bln dgn tujuan untuk memperbaiki rambut yg gugur, tumit kaki yg pecah2, kuku yg rapuh cpt koyak smpai kna isi, slepas 5 bln sa dapati sa mengandung, rupanya epo ni kasi subur rahim jga, untuk pengetahuan semua, anak bongsu sa time tu umur 12 tahun, kebetulan jga mmamg sa mau anak lgi, hampir give up sa berusaha untuk ada anak lg, skrng anak sa yg trhasil dri epo sda berumur 10 tahun, klu mo tambah lgi mungkin mo continue mkn epo lg😂😂 tp umur tdk mengizin kan sda😂😂😂


Sahabat2ku.......