Petua Mudah merawat SENGGUGUT
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ramai di kalangan para wanita yang pernah mengalami senggugut. Ada yang mengalami senggugut tahap kronik sehingga tidak boleh bangun. Ini tentunya sangat menyusahkan.
Walaupun terdapat ubat untuk menghilangkan sakit ketika haid ini, tetapi ia hanya berkesan setiap kali kita menelan ubat sahaja. Bukankah lebih elok jika kita dapat menghilangkan senggugut itu selama-lamanya, tanpa perlu bergantung kepada ubat?
Anda juga boleh mengamalkan pengambilan JUS DELIMA
Berikut adalah petua bagaimana menghilangkan sengugut yang dapat saya kongsikan buat tatapan anda semua.
1- Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
2- Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.
3- Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
4- Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Jangan tambah gula kerana ini akan mengurangkan keberkesanannya.
5- Berlari atau berjalan dengan laju juga dipercayai boleh mengurangkan kesakitan sakit sengugut. Kebanyakan kesakitan sengugut adalah bermula dengan kurangnya bersenam. Berjalan laju atau beriadah dapat membebaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan.
6- Bantal panas atau "heat pad" boleh membantu dengan peradangan dan mengurangkan penumpukan cairan di dalam rangkaian. Ia juga memudahkan kejang otot. Para pakar mendorong kita untuk berbaring pada perut kami sambil melaksanakan panas atau di kedudukan yang paling selesa yang mungkin.
7- Tidur. Perlu alasan untuk tidur? Tidak ada waktu seperti sekarang yang menyakitkan. Ini akan membawa fikiran anda dari rasa sakit dan biarkan anda mendapatkan rehat yang sangat diperlukan.
8- Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran anda. Untuk usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.
9- Pertimbangkan vitamin dan suplemen. Pertimbangkan untuk mengambil Evening Primrose Oil dalam dos 500-1000mg sekali sehari dalam bentuk kapsul (terdapat di kedai-kedai vitamin dan kedai makanan kesihatan) bersama-sama dengan 200-400mg 100-200mg magnesium dan vitamin B6 untuk empat sampai tujuh hari sebelum bermulanya tempoh anda.
10- Minum secawan teh. Pertimbangkan secawan TEH HIJAU. Menurut para ahli, teh hijau tinggi dengan fenolat, yang boleh menghalang senggugut. Tidak ingin kafein? Fikirkan tentang secawan teh chamomile. Lebih baik lagi, meminumnya apabila anda sedang di tab mandi.
11- Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minumlah air campuran tersebut.
12- Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.
13- Ambil kulit kayu manis kira-kira 40gram, lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid.
14- Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung dikhabarkan juga baik untuk mengurangkan kesakitan sengugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola tersebut. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.
pernah sekali dulu masa kat asrama kawan saya sampai merangkak2 jalan dalam dorm akibat senggugut.kalau nak ke toilet, berpaut kat tiang2 spjng koridor.so memang boleh imagine la betapa sakitnya senggugut ni...
jalan2 di blog saya juga untuk info & solution berkaitan senggugut..
http://bit.ly/1pIwwCz
Wah baru tahu yang berlari pun boleh menghilangkan senggugut. Terima kasih untuk info ini :)
info yang sangat menarik untuk dicuba.
jemput lawat blog saya http://akmalrusyd.blogspot.com untuk mengetahui produk terbaik mengatasi masalah senggugut.
Memang seksa kalau kena senggugut. Terima kasih atas info
tiap kali senggugut..sy mmg tak boleh nak berjalan apatah lagi brdiri sebab ianya akan buatkan perut saya krem...tea hijau memang mengurangkan rasa sakit dan terima kasih untuk petua ni sebab kebanyakkan saya belum cuba...
Senggugut..sakit..saya antara insan yang mengalami senggugut sampai tiap kali datang bulan siapambil cuti...setahun lepas saya disahkan ada ketumbuhan di luar rahim...sedih....tapi pembedahan dibuat hanya untuk mengurangkan sakit buat sementara....bagi saya...cara hidup aktif dan diet seimbang adalah pilihan terbaik...semoga wanita di luar sana dan diri saya juga bebas dari senggugut dengan gaya hidup aktif dan diet seimbang. .InsyaAllah. .
Kawan saya bagitau, makan telur separuh masak sebelum period pun boleh hilangkan senggugut.
Rupanya ada sebab kenapa telur boleh elakkan senggugut ni:
Cara hilangkan senggugut dengan telur, apa sebabnya?
baru kena senggugut last month. azab ye rupanya..memang sakit sangat.
nasiblah saya jumpa solution terbaik dalam pada saya sakit tu...
Sakit Senggugut Rupanya Sakit Seperti Contraction Bersalin!! | Diari Mama
saya ambik b complex..ostematrix dan gla. terbaik!!
Betul tu.. senggugut memang menyakitkan..
Ada banyak cara semulajadi yang selamat untuk diamalkan.
Sama jugak seperti
6 cara menghilangkan senggugut teruk tanpa painkiller yang saya kongsikan ni.
sengugut sy sangatlah teruk.. pengsan2 muntah sakit belakang... kdg2 xdpt kerja....stress betul dah lame sakit...
pengalaman 'senggugut' ni membuatkan sy serik utk mengalaminya lagi...sakitnya hanya ALLAH yg tau..tp alhamdulillah sejak sy mengamalkan satu produk ni masalah senggugut sy hilang..alhadulillah bersyukur sangat
Pernah tengok betapa teruknya roommate kena senggugut sampai muntah-muntah.
kawan skola dlu kena senggugut sampai xleh nk bercakap.muka jd pucat lesi.. seram lak tgk..