F

BETUL KE KOD WARNA PADA TIUB UBAT GIGI MEMPUNYAI Klu KANDUNGAN BAHAN????

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Saya baru saje dpt email dari kawan tentang kod warna ni, bila saya baca terkejut juga saya, tapi ada  keraguan juga di hati jadi saya surfing lah dan bertanya kepada beberapa orang teman yg lain.... alhamdulillah begini lah jawapannya.....


BETUL KE KOD WARNA DI TIUB UBAT GIGI MEMPUNYAI KLU KANDUNGAN UBAT GIGI, SAMA ADA IA SEMULAJADI, ADA UBATAN ATAU BAHAN KIMIA?

Jawapan : SALAH. Kod warna itu memberi maksud lain yang tiada kena-mengena dengan kandungan ubat gigi tersebut.

Mungkin ada di antara anda pernah terjumpa dengan artikel yang mendakwa bahawa "kod warna" di bahagian bawah tiub ubat gigi itu memberitahu kandungan di dalam ubat gigi. Mereka mendakwa bahawa jika tiub ubat gigi mempunyai warna :




MERAH : Bahan semula jadi + bahan kimia
BIRU : Bahan semula jadi + bahan ubatan
HIJAU : Bahan semula jadi sahaja
HITAM : Bahan kimia sahaja




TETAPI ADAKAH BENAR SEPERTI YANG DISEBARKAN?????

SALAH. Kod warna itu langsung tak memberi apa-apa maklumat tentang kandungan ubat gigi. Sebenarnya, warna-warna tersebut digunakan oleh mesin pemproses di kilang ubat gigi tersebut. Ia dipanggil "eye marks" atau "eye spots"

Eye marks ini digunakan oleh sistem kamera elektronik mesin pembungkusan yang moden. Ia memberi arahan untuk mesin tersebut supaya melakukan tugas-tugas spesifik seperti memotong, mengapit, membentuk tiub ubat gigi dan lain-lain. Selain itu, ia boleh juga memberi arahan untuk mencetak sesetengah warna pada pembungkus barang. Jika tiada tanda eye marks seperti ini, mesin mungkin tersalah memotong pembungkus kerana tiada 'tanda potong'.

Jika ada yang bertanya "kenapa setiap ubat gigi tu warnanya lain-lain?", ini kerana setiap pengilang mempunyai cara penandaan yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan jenama lain. Tambahan pula, warna yang berlainan mungkin memberi maksud arahan yang berlainan.
Banner1
Jika anda perasan, banyak lagi produk di sekeliling anda ada tanda-tanda seperti ini. Ia sangatlah digunakan secara meluas baik di tiub ubat gigi mahupun kotaknya. Jus oren yang 100% asli juga mungkin mempunyai kod berwarna lain, jika anda lihat kotaknya dengan teliti.
Tambahan lagi, mengapa pihak pengilang perlu bersusah-payah memberikan kod warna untuk memberitahu kandungan produk sedangkan mereka sudahpun menceritakan segala kandungannya di bahagian "isi kandungan" di kotak produk? Itu lebih bermaklumat bagi kita berbanding untuk meneka apakah kandungan "bahan semula jadi", "bahan kimia" atau "bahan ubat-ubatan" itu?

9 Responses
  1. Anonymous Says:

    Baru terjumpa..ty utk info ini..


  2. Boleh ke sy tahu teman2 awak yg bg info tu, kerja apa??


  3. Unknown Says:

    Jadi risau saya..ank guna ubat gg mukmin tp kaler hitam..katenya bahan kimia..padahal..adalah kelulusan jakim..


  4. Unknown Says:

    Jadi risau saya..ank guna ubat gg mukmin tp kaler hitam..katenya bahan kimia..padahal..adalah kelulusan jakim..


  5. saffa Says:

    Baru lega... lps viral isu kod tu cpt2 cari yg color hijau. Dan tekejut brand mukmin dn safi kod hitam


  6. saffa Says:

    Baru lega... lps viral isu kod tu cpt2 cari yg color hijau. Dan tekejut brand mukmin dn safi kod hitam


  7. Terima kasih info :)


  8. boleh saya tahu, sumber dapat dari mana ye ?


  9. enna enna Says:

    Kalu saya guna label hijau muka saya ok.. Kalu guna ada lebel hitam trus muka jadi cekang.. Kering. Saya yakin fakta awal tu betul. Masa beli saya lupa nk tgok warna label. Bnyk produk organic guardian warna hijau.. Jadi..??


Sahabat2ku.......