F

KISAH ISTERI MAKAN KEPALA IKAN


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

KISAH SEDIH ISTERI MAKAN KEPALA IKAN - Saya tertarik dengan kisah ini, maka saya ingin sekalai berkongsi cerita ini. Walaupun ianya adalah sebuah kisah yang biasa-biasa, namun ada pengajaran dan teladan yang boleh kita (suami isteri) ambil sebagai ikhtibar. Berapa ramaikah di antara pasangan yang menghargai pasangan masing-masing. Dalam dunia yang serba canggih dan pelbagai perkara yang boleh dilihat hanya melalui maya sahaja, itu pun sudah memberi satu cabaran hebat untuk suami isteri. Apa-apa pun ambil perkara-perkara baik dari cerita ini dan mana-mana yang tidak perlu...buang saja jauh dari kotak fikiran anda.
Gambar hiasan

Sepasang suami isteri telah berkahwin hampir 10 tahun dan dikurniakan 4 orang anak. Hidup mereka sekeluarga bukanlah golongan yang senang ataupun golongan yang susah hanyalah sedang-sedang sahaja.

Sepanjang perkahwinan setiap kali makan sekeluarga, suami berasa hairan kerana isteri pasti makan kepala ikan sahaja. Lauk yang lain isterinya menolak dan alasan dia lebih selesa makan kepala ikan saja. Si suami fikir itu makanan kegemaran isterinya.

Semakin hampir tarikh kelahiran si isteri. Memikirkan si isteri bakal genap 10 tahun menjadi isterinya, si suami mula memikirkan hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada isteri dan suami mula terfikir untuk menghadiahkan sesuatu kegemaran isterinya.

Pada hari kelahiran si isteri, amat terkejutlah si isteri apabila suaminya menghadiahkan hadiah kerana ini kali pertama suaminya menghadiahkan sesuatu selepas hampir 10 tahun bergelar isteri.Isteri membuka bungkusan si suami dengan perasaan berkobar-kobar. Si suami hanya tersenyum tidak sabar melihat reaksi isteri dan makin terkejutlah si isteri kerana dalam bungkusan itu hanya ada kepala ikan. Si isteri terdiam dan tidak dapat menahan sebak terus menangis akan pemberian suaminya. Si suami mula cuak dan tak menyangka senyuman dan kegembiraan yang diharap dari isteri tersayangnya bertukar tangisan. 

Si suami mula bertanya kepada isteri..
Suami : Kenapa sayang menangis? tak gembirakah sayang dengan hadiah ini… Bukankah sayang minat akan kepala ikan… Setiap kali kita makan dengan anak-anak pun sayang akan makan kepala ikan sahaja.

Si isteri dengan pandangan sayu melihat wajah suaminya, lalu dengan perlahan isteri menjawab,.
Isteri : Abang… Sayang makan kepala ikan kerana sayang nak abang dan anak-anak mendapat lauk yang cukup. Cukuplah bagi sayang melihat sayang dan anak-anak kenyang.. Tapi, tidak bermakna kepala ikan ini lauk kegemaran sayang…

Alangkah terperanjat si suami..lalu si suami memeluk isterinya dan minta maaf kepada isterinya dengan penuh penyesalan.Dia sedar dirinya kurang prihatin akan isterinya…
Cerita ini simple sahaja tapi mempunyai makna yang tersirat. Si isteri selalunya akan berkorban lebih untuk anak-anak, suami dan orang tersayang. Kadang-kadang kehendak sendiri diketepikan untuk memuaskan hati orang tersayang…. 

Personal opinion saya...... zaman sekarang baik suami mahu pun isteri jarang sekali menghargai pasangan masing-masing. Pada mereka duduk serumah di bawah satu bumbung semuanya... dah okay. Apabila melihat isteri atau suami orang semua dirasakan sempurna, baik-baik sahaja, tetapi dengan pasangan ada saja cacat celanya. Namun masih ada pasangan suami isteri yang sangat-sangat menghargai pasangan mereka. Mereka saling membantu, bertolak ansur dan memahami isi hati pasangan masing-masing. Apa-apa pun selagi hayat dikandung badan belajar untuk memahami dan menghargai pasangan kita. Ungkapkan kata-kata indah untuk pasangan kita, jadikan mereka orang yang hebat dalam kehidupan kita. Lihatlah wajah pasangan di saat mata kita terbuka dan di saat mata pasangan kita tertutup (tidur). Mereka adalah insan yang akan bersama kita hingga akhir hayat kita...in sha Allah. 
0 Responses

Sahabat2ku.......