F

PERKONGSIAN: Hukuman Yang Tidak Terasa




Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Apakah kerana DOSA ku yang banyak hingga...*HUKUMAN YG TIDAK TERASA*...Pernah tak soalan seperti ini keluar dari fikiran kita?


Seorang murid mengadu kepada gurunya, "Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hak-Nya sebagaimana mestinya, tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita."

Sang guru menjawab dengan tenang, "betapa sering Allah menghukummu tapi engkau tidak terasa."

"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpamu wahai anakku ialah sedikitnya taufiq (kemudahan) untuk mengamalkan ketaatan dan amal-amal kebaikan."

Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari "kekerasan hatinya dan kematian hatinya". Sebagai contoh, sedarkah engkau bahawa Allah telah mencabut rasa bahagia dan senang dengan munajat kepada-Nya, merendahkan diri kepada-Nya, menyungkurkan diri di hadapan-Nya? Sedarkah engkau tidak diberikan khusyuk dalam solat? Sedarkah engkau beberapa hari-harimu telah berlalu dari hidupmu tanpa membaca al Quran, padahal engkau mengetahui firman Allah; "Sekiranya Kami turunkan al Quran ini ke gunung, nescaya engkau melihatnya tunduk, retak kerana takut kepada Allah." Tapi, engkau tidak tersentuh dengan ayat-ayat al Quran, seakan engkau tidak mendengarnya.

Sedarkah engkau telah berlalu beberapa malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiyamullail di hadapan Allah walaupun terkadang engkau begadang. Sedarkah engkau bahawa telah berlalu atasmu musim-musim kebaikan; Ramadhan, 6 hari di bulan Syawal, 10 hari pertama di bulan Dzulhijjah dsb, tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya sebagaimana mestinya. Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu???

Tidakkah engkau merasakan beratnya mengamalkan byk ketaatan (amal ibadah)? Tidakkah Allah menahan lidahmu utk berzikir, beristighfar dan berdoa kepadaNya? Tidakkah terkadang engkau merasakan lemah di hadapan hawa nafsu? Hukuman apa lagi yg lebih berat dari semua ini? Sedarkah engkau yg mudah bagimu mengumpat, mengadu domba, berdusta, memandang kpd yg haram? Sedarkah engkau, bahawa Allah membuatmu?


-Ustazah Fatimah Syarha-
Allahu Rabbi :'( :'(

PERKONGSIAN : Bagaimana Allah Menegur kita


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

*Tazkirah hari ini sempena Ramadhan...Bulan penyucian rohani.*

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen.. melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri kanan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dgnnya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya . Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan syiling (REZEKI) , rahmat  atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita..... Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

 Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Semoga memberi manfaat

PERKONGSIAN : Awas Pencuri Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Awas Pencuri Di Bulan Ramadhan

1⃣ TV

Ini merupakan pencuri yang merbahaya, yang boleh merosakkan puasa seseorang dan mengurangi pahalanya, seperti filem, drama dan iklan murahan yang mendedahkan aurat.

2⃣ Pasar

Ini juga merupakan pencuri istimewa dalam menghabiskan wang dan waktu tanpa batas. Oleh kerana itu, tentukan perbelanjaan kita mengikut keperluan ketika pergi ke pasar.

3⃣ Berjaga Malam Untuk Perkara Yang Lagha

Pencuri yang mengambil waktu yang paling berharga. Pencuri yang mengambil solat tahajud dari seseorang hamba di sepertiga malam terakhir dan mencuri kesempatan untuk istighfar serta taubat. Euro Cup sdh pasti akn menjadi ancaman yg nyata kpd peminat bolasepak khususnya...

4⃣ Dapur

Pencuri yang banyak mengambil waktu yang panjang untuk membuat berbagai jenis masakan, berupa makanan dan minuman. Hampir semuanya tidaklah masuk  ke mulut, kecuali sedikit sahaja.

5⃣ Handphone

Sebahagian orang hanya sekadar menjawab panggilan masuk namun ia boleh diserang dengan dosa berupa mengumpat, mengadu domba, dusta, memuji diri sendiri atau orang lain, menceritakan rahsia dan keaiban orang lain, berdebat tanpa ilmu, ikut campur urusan orang, dan sebagainya dari kesalahan-kesalaham mulut yang banyak yang juga merupakan majlis yang kosong dari zikir.

6⃣ Bakhil

Sedekah akan melindungi kita dari neraka, dan sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadhan; maka bersedekahlah secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

7⃣ Majlis yang kosong dari mengingati Allah

Pencuri ini adalah yang mempersiapkan bagi kita penyesalan di hari kiamat. Nabi SAW bersabda: "Tidaklah suatu kaum bermajlis, tidak mengingati Allah dan tidak juga berselawat kepada Nabi mereka kecuali mereka meninggalkan penyesalan. Jika Allah mahu maka Allah akan menyiksa mereka, jika  berkehendak, Allah mengampuninya."

Adapun pencuri terbesar adalah FACEBOOK dan/atau WHATAPPS apabila tidak digunakan dengan benar dalam kebaikan dalam menyambut tamu yang berharga ini (Ramadhan).

Marilah kita mewasiatkan kepada diri kita untuk bersiap sedia menyambut bulan yang mulia ini; jika kita mendapatinya pada tahun ini, maka belum tentu kita akan dapatkannya pada tahun-tahun yang akan datang.

*Muhasabahlah sebelum Ramadhan tiba kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.* 😌

Marhaban Ya Ramadhan✨🌙

PERKONGSIAN: Bangun Sahur

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

HARI KE DUA BELAS (12) Ramadhan

Rugi Jika anda Bangun Sahur tetapi Tidak melakukan Step-Step ini
kerana siapa yang melakukan langkah ini DOANYA AKAN MAKBUL
1) Bacalah bacaan seperti hadith ini

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam  bersabda: 
"Siapa yang bangun di malam hari lalu membaca....
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
"laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai-in qadiir. Alhamdulillahi wa subhaanallah wa laa ilaaha illallah wallahu akbar wa laa haula wa laa quwwata illa billah"
(Tidak ada ilah yang berhaq disembah kecuali Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagiNya. Dialah yang memiliki kerajaan dan baginNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah dan Maha Suci Allah dan tidak ada ilah kecuali Allah dan Allah Maha Besar dan tidak ada daya dan upaya kecuali dengan Dia")
Kemudian dilanjutkan dengan membaca "اللهم اغفرلي" ("Ya Allah ampunilah aku") atau berdo'a (apa² doa), maka akan dikabulkan baginya. Jika dia berwudhu' lalu solat maka solatnya diterima". [HR Bukhari 1086]
PU Rahmat

PERKONGSIAN : JAGA DAN BAJAI PUASA MU


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan pembinaan keperibadian yang mulia dalam kalangan semua kaum Muslimin. Semua sisi perlakuan perlu dikawal dengan penuh kesedaran. Sama ada pertuturan mahupun tingkahlaku hendaklah benar-benar dipelihara agar tidak jatuh dalam kekejian yang merosakkan ibadah dalam bulan Ramadhan.



Bazar Ramadhan ~

Kata Al-Fadhil Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man :
Tuan² nak pergi bazar Ramadhan pergilah, tetapi tuan² kena ingat beberapa perkara yang perlu dijaga :

1. Jangan beli makanan pada tangan orang yang Fasiq (Orang yang tidak solat, tidak puasa, tidak menutup AURAT, tidak jaga Halal Haram).
···> Sayang kita puasa lama, beberapa jam tahan makan dan minum, tiba² apabila nak berbuka kita beli makanan pada tangan orang yang fasiq, bila kita berbuka puasa kita baca doa "Ya Allah berkatilah rezki ku" bagaimana nak berkat kita beli makanan pun pada orang yang tidak diberkati oleh Allah.

2. Jaga Mata/Pandangan kita.
···> Perkara ini sangat penting, kita sedia maklum dibazar Ramadhan ramai manusia yang tidak menjaga pakaian/aurat, kita bimbang pahala puasa kita akan hilang begitu sahaja, apa yang kita dapat hanya lapar dan dahaga sahaja.

InsyaAllah sama² kita jaga ibadah puasa kita ini moga² Allah menerima ibadah kita ini Aamiin :-)

Nota : Seandainya kita sendiri ragu-ragu sama ada 2 perkara ini dapat dipenuhi atau tidak, ambil lah jalan selamat iaitu masak sendiri di rumah. In sha Allah...kita akan lebih rasa selamat dan aman...


KISAH ISTERI MAKAN KEPALA IKAN


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

KISAH SEDIH ISTERI MAKAN KEPALA IKAN - Saya tertarik dengan kisah ini, maka saya ingin sekalai berkongsi cerita ini. Walaupun ianya adalah sebuah kisah yang biasa-biasa, namun ada pengajaran dan teladan yang boleh kita (suami isteri) ambil sebagai ikhtibar. Berapa ramaikah di antara pasangan yang menghargai pasangan masing-masing. Dalam dunia yang serba canggih dan pelbagai perkara yang boleh dilihat hanya melalui maya sahaja, itu pun sudah memberi satu cabaran hebat untuk suami isteri. Apa-apa pun ambil perkara-perkara baik dari cerita ini dan mana-mana yang tidak perlu...buang saja jauh dari kotak fikiran anda.
Gambar hiasan

Sepasang suami isteri telah berkahwin hampir 10 tahun dan dikurniakan 4 orang anak. Hidup mereka sekeluarga bukanlah golongan yang senang ataupun golongan yang susah hanyalah sedang-sedang sahaja.

Sepanjang perkahwinan setiap kali makan sekeluarga, suami berasa hairan kerana isteri pasti makan kepala ikan sahaja. Lauk yang lain isterinya menolak dan alasan dia lebih selesa makan kepala ikan saja. Si suami fikir itu makanan kegemaran isterinya.

Semakin hampir tarikh kelahiran si isteri. Memikirkan si isteri bakal genap 10 tahun menjadi isterinya, si suami mula memikirkan hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada isteri dan suami mula terfikir untuk menghadiahkan sesuatu kegemaran isterinya.

Pada hari kelahiran si isteri, amat terkejutlah si isteri apabila suaminya menghadiahkan hadiah kerana ini kali pertama suaminya menghadiahkan sesuatu selepas hampir 10 tahun bergelar isteri.Isteri membuka bungkusan si suami dengan perasaan berkobar-kobar. Si suami hanya tersenyum tidak sabar melihat reaksi isteri dan makin terkejutlah si isteri kerana dalam bungkusan itu hanya ada kepala ikan. Si isteri terdiam dan tidak dapat menahan sebak terus menangis akan pemberian suaminya. Si suami mula cuak dan tak menyangka senyuman dan kegembiraan yang diharap dari isteri tersayangnya bertukar tangisan. 

Si suami mula bertanya kepada isteri..
Suami : Kenapa sayang menangis? tak gembirakah sayang dengan hadiah ini… Bukankah sayang minat akan kepala ikan… Setiap kali kita makan dengan anak-anak pun sayang akan makan kepala ikan sahaja.

Si isteri dengan pandangan sayu melihat wajah suaminya, lalu dengan perlahan isteri menjawab,.
Isteri : Abang… Sayang makan kepala ikan kerana sayang nak abang dan anak-anak mendapat lauk yang cukup. Cukuplah bagi sayang melihat sayang dan anak-anak kenyang.. Tapi, tidak bermakna kepala ikan ini lauk kegemaran sayang…

Alangkah terperanjat si suami..lalu si suami memeluk isterinya dan minta maaf kepada isterinya dengan penuh penyesalan.Dia sedar dirinya kurang prihatin akan isterinya…
Cerita ini simple sahaja tapi mempunyai makna yang tersirat. Si isteri selalunya akan berkorban lebih untuk anak-anak, suami dan orang tersayang. Kadang-kadang kehendak sendiri diketepikan untuk memuaskan hati orang tersayang…. 

Personal opinion saya...... zaman sekarang baik suami mahu pun isteri jarang sekali menghargai pasangan masing-masing. Pada mereka duduk serumah di bawah satu bumbung semuanya... dah okay. Apabila melihat isteri atau suami orang semua dirasakan sempurna, baik-baik sahaja, tetapi dengan pasangan ada saja cacat celanya. Namun masih ada pasangan suami isteri yang sangat-sangat menghargai pasangan mereka. Mereka saling membantu, bertolak ansur dan memahami isi hati pasangan masing-masing. Apa-apa pun selagi hayat dikandung badan belajar untuk memahami dan menghargai pasangan kita. Ungkapkan kata-kata indah untuk pasangan kita, jadikan mereka orang yang hebat dalam kehidupan kita. Lihatlah wajah pasangan di saat mata kita terbuka dan di saat mata pasangan kita tertutup (tidur). Mereka adalah insan yang akan bersama kita hingga akhir hayat kita...in sha Allah. 

Kemanisan di sebalik Kepahitan UJIAN dari Allah

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kadang-kadang kita sebagai manusia, adakala tertanya-tanya kenapa Allah sering memberi ujian demi ujian kepada hamba-hambanya. Tanpa kita sedari kita telah mempersoalkan Allah atas sesuatu sebab atau ujian yang kita alami. Dan yang paling teruknya ada yang berkeluh kesah, dan ada pula yang terus berputus asa dengan Allah.  ALLAH itu maha berkuasa .. DIA yang menentukan segala-galanya..sesuatu yang berlaku itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk hambanya.. kita sebagai hamba perlulah redha,sabar serta bertawakal dengan setiap ujian itu .. dan berserah kepadaNya..

Kenapa ALLAH berikan ujian kepada hambaNya ?

         Seandainya  kita berfikir dengan hati yang jernih, bahawa ALLAH yang mencipta hamba-hambaNya, maka tanya pada diri kita semuka...... adakah kita layak untuk diujui oleh Pencipta kita. Jawapannya sudah pasti, Allah SWT berhak untuk beri ujian kepada makhluk ciptaanNya itu.. Ujian itu rahsia ALLAH.. ujian yang diberikan mungkin tidak sama.. ada yang berat untuk dilalui danada yang mudah untuk ditangani ujian itu..

          Seberat-berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya itu.. Ujian yang diberi juga ,adalah tanda sayang dan kasih ALLAH pada hambanya..ALLAH itu maha penyayang.. :')


Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.

Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "insyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."

Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.

Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.

Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.

~ustaz pahrol~

PAEDOPHILIA


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Artikel ni sy terima daripad Group Whatsapp sy... terpanggil untuk share kepada semua.... moga ada manfaat.

🔴 *PERLU BACA* 🔴


*Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak*

Paedophilia atau paedophile, adalah satu spesis manusia yang rare. Diorang ni kalau tengok budak-budak akan timbul rasa SEXUALLY attracted!

Sebenarnya kat Malaysia, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud. Cuma, kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit. Cuba randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,

"Apa itu pedophilia?"
80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa. 

Most of us unaware pasal ni. Dan bila unaware, kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc. 

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM. Tak faham how can all this happen.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extreme sexual imagination towards kids. Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids, tak macam orang-orang normal yang lain. Don't say ini semua tak masuk akal. Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu. That's it. 

So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang. Ibu bapa kena main peranan PENTING. Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita? Pak guard tu punnnn pedophile. Cikgu kat sekolah? Pun boleh jadi pedophile. We wouldn't know...

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people. Kita tak mampu nak bagitau ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk  jadikan mangsa. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita. Contoh paling mudah, SOCIAL MEDIA.

FIKIR sebelum upload apa-apa gambar anak di social media. Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel. Semua anak pun comel, kan? Tapi jaga privasi mereka. Anak lelaki mahupun anak perempuan. Jaga, gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak, those photos are high-risk photos! Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids. Lagi comel lagi geram.. 

Ahhh lantak ahhh. Ni  kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!! Comel kott gambar anak aku tengah mandi. Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je." Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR, boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell. But to pedophiles. They get SEXUALLY AROUSED. Beza kan, comel dengan sexually attractive? Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan, ada jugak pedophiles yang senyap-senyap. Jenis yang save photos or videos of kids and having sexual imagination using the photos. Sounds insane kan? Tapi possible. Dan ingat, walau se-private mana pun social media kita, it still can be access by public in so many ways. Nothing is private when it is ONLINE. 

"Ahhh merepek! Selama ni aku upload gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!" So nak tunggu anak hilang dulu, kena culik dulu, kena bunuh dulu, baru nak stop publish?

Act now. Mencegah lebih baik dari merawat. 

These are 12 safety rules yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc. Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam, "Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni." NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje. Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua. But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki. Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID. Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan. There must be something yang ganggu fikiran dia. 

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa). Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum. Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.

11) Respect your kids privacy. Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile, atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, terus call ChildLine 15999. Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

We are currently living in an era yang langsung tada barrier. Langsung tada sekatan. Bila tada barrier takde sekatan, tada keselamatan. Pandai-pandai jaga anak sendiri.

INGAT...
Pedophiles are everywhere. Pedophiles can be anyone.
Don't say these people dont exist. They do. Dan RAMAI sebenarnya.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu. Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk, DELETE je.

*TOLONG VIRALKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG PERLU DIINGATKAN SUPAYA TIDAK BERLAKU KEPADA ANAK-ANAK KAWAN ATAU SAUDARA MARA KITA*

Marhaban Ya RAMADHAN!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah kita bakal bertemu di bulan mulia, bulan penuh keberkatan - Ramadhan kareem - Ramadhan al-Mubarak - pada tahun ini, 1437H/2016M. Dijangka puasa pada 6hb June 2016. Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan peluang....Masih panjang umur...untuk nikmati hidup ini....

Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya.  Diisi dengan amalan soleh - solat wajib 5 waktu + solat-solat sunat (Tarawih-Witir-Dhuha-dan lain-lain), zikrullah sepanjang saat, tilawah/tadabbur Al-Quran secara tartil (khatam 30 juzuk,insyaAllah), banyakkan sadaqah, ... dihentikan semua yang berdosa/mungkar - berkaitan anggota badan atau lisan atau hati - semua sekali,insyaAllah.

Selamat menunaikan ibadah puasa & segala amalan soleh lainnya & meninggalkan amalan dosa & mungkar. Kurangkan bincang-bincang pasal baju Raya, kuih Raya, juadah Raya, aktiviti Raya & shopping Raya sakan. Saban tahun dah kita asyik dok tumpu hal-hal keduniaan sebegini...ubah fokus sikit tahun ni. Tumpu & fokus kepada amalan baik & bagaimana nak meningkatkan kualitinya. Malu kepada Allah SWT & kepada baginda Rasulullah SAW - lain disuuh & ditunjukkan teladan, lain yang kita buat....tak gitu? Ubahlah perlahan-lahan ...... tapi jangan lah pelan sangat..sampai rasa macam tak bergerak......

Marhaban Ya Ramadhan.....

Bertuah dan syukur kita kepada ALLAH sebagai umat Islam kerana dapat menyambut dan melaksanakan ibadah Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita semua umat Islam dapat menunaikan puasa dan ibadah-ibadah lain dengan baik. 

Kedatangan Ramadhan bulan yang mulia sememangnya dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Ramadhan adalah bulan istimewa kerana ia satu-satunya bulan menuntut umat Islam berkewajipan menunaikan ibadah utama yang merupakan sebahagian daripada Rukun Islam dengan menahan lapar dan dahaga demi meraih cinta dan redha-Nya.

Inilah peluang terbaik untuk kita memperbaiki disiplin dari pelbagai aspek dan mendidik akhlak yang baik dengan akhlak terpuji dan murni. Muhasabah diri harus dilakukan agar kita dapat menjalani ibadah puasa tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun terdahulu. Kerana dengan bermuhasabah diri dapatlah kita perbaiki kelemahan yang telah kita lakukan pada tahun-tahun sebelumnya dan berazam untuk lakukan yang terbaik. Firman Allah SWT, bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kalian puasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian, mudah-mudahan kalian bertaqwa." (Al-Baqarah:183)

Puasa seharusnya mendidik manusia menjaga hati dan juga lidah serta pancaindera lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya seseorang yang berbicara dengan kalimat yang mendatangkan keredhaan Allah dan dia tidak mengira kalimatnya itu mampu mencapai apa yang aku capai, maka Allah akan menetapkan untuknya keredhaan hingga kelak datang hari kiamat." (Riwayat Imam Malik).
Oleh itu, jadikan puasa sebagai ibadah bagi mendekatkan diri kepada Allah, mendidik sifat kemanusiaan dan kesederhaan, melakukan perubahan ke arah kebaikan dan juga memahami dan menghayati kesyumulan Islam.

Jadikan Ramadhan yang datangnya setahun sekali ini, sebagai bulan ke arah menjana taqwa dan meningkatkan keimanan. Justeru ucapan dan perbuatan sia-sia, tohmahan, maki, keji dan seranah, berbicara bohong dan menyebar fitnah sama ada melalui tulisan dan lisan adalah perbuatan yang patut dijauhi. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud : "Demikianlah ajaran Allah dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati orang mukmin." (Al-Hajj:32)

In sha Allah...semua kita akan mendapat ibadah yang diberkahi dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Sahabat2ku.......