F

Suami - Tiket ke Syurga Allah

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ini terpanggil pula untuk berkongsi tentang betapa mudahnya wanita yang bergelar ISTERI untuk masuk ke Syurga Allah SWT..... Saya berasa amat bangga kerana menjadi seorang wanita dan sekaligus menjadi ISTERI dan IBU. Terlalu banyak perkara yang boleh diraih untuk mencapai Syurga Allah SWT..... Kita sering mendengar ungkapan, "Syurga isteri di bawah telapak kaki suaminya". Adapun janji syurga di bawah tapak kaki suami belum ada saya temui di dalam mana2 dalil, namun cukuplah menjadikan seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian banyak di dalam Al Quran dan hadis2 Rasulullah SAW. Walaupun tidak ada dalil yang konkrit membuktikan bahawa syurga seseorang isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami, ketaatan seorang isteri terhadap suami merupakan satu tiket yang membolehkan seorang isteri masuk ke syurga. Apa sahaja yang perlu dilakukan oleh isteri biarpun untuk kebajikan ibu bapa sendiri atau ibu bapa mertua harus mendapat keizinan dan keredhaan suami. Mudah untuk mendapatkan tiket ke syurga, bukan?
Beating Heart Terima kasih buat SUAMIku tersayang kerana memahami isterimu ini yg serba kekurangan.... 

“CAPAILAH REDHA SUAMI, SESUNGGUHNYA REDHA SUAMI ADALAH REDHA ALLAH”.

Dan yang paling penting sekali dalam berumahtangga ini......Tunaikanlah hak, tanpa menuntut hak. Apabila isteri-isteri menunaikan hak-hak suami, melangsaikan semua kewajipan seorang isteri, dan suami menunaikan hak-hak isteri, melangsaikan semua kewajipan seorang suami, meletakkan redha Allah sebagai matlamat sebagai asas dalam kehidupan rumahtangga, insyaALLAH baitijannati yang diidamkan, bukanlah fantasi yang merupakan impian dan angan-angan semata-mata. Semoga isteri-isteri di luar sana akan bahgia sentiasa!
Namun buat SUAMI pula......  jadilah suami yang pemaaf dan sentiasa redha akan isteri. Takut isteri masuk neraka. Ajari isteri supaya takutkan neraka. Jangan sekadar menyalahkan isteri yang tidak ikhlas dan sebagainya, sebaliknya didiklah isteri supaya sentiasa muhasabah niat agar sentiasa ikhlas. Hargai keletihan dan kepenatan isteri dengan belaian kasih sayang. Pujuklah isteri yang mengadu keletihan dengan janji-janji Allah. Bersama-samalah dengan isteri meraih redha Allah, berdebarlah wahai suami tatkala menyebut redha Allah pada redha suami. Ingatlah bahawa isteri itu adalah amanah Allah yang perlu dididik agar hasil tarbiyah kalian mampu pula si isteri mendidik zuriat kalian menjadi soleh dan solehah.In Sha Allah.Flower

Di dalam sebuah hadis nabi SAW menyatakan,

Daripada Anas r.a, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. [HR: Ahmad]

Menurut hadis di atas, sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita Muslimah memasuki syurga iaitu :

MENUNAIKAN KEWAJIPAN KEPADA ALLAH SWT
Menunaikan kewajipannya kepada Allah SWT dalam makna melaksanakan badah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti solat, puasa dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan. Sebuah hadis menyebut bahawa solat adalah perkara pertama yang akan disoal di hari kiamat.

Dari Abu Hurairah r.a, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah solat, sekiranya solat itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia. Dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang. Allah berfirman, "Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain."  
-[ HR: At-Tirmizi ]-

BERPUASA
Berpuasa sepanjang bulan Ramadan adalah kewajipan yang akan memudahkannya untuk masuk ke syurga dari arah pintu mana sahaja yang dia sukai. Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh lelaki. Ini menunjukkan Allah SWT meninggikan martabat dan darjat wanita solehah selama mereka menunaikan perintah Allah SWT dan menjaga diri dari segala yang diharamkan ke atas mereka.

MENJAGA KEHORMATAN DIRI
Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan dalam hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh dikategorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Dan menjaga kehormatan diri adalah bermakna menjaga maruah diri iaitu termasuklah:
– Menutup aurat dengan sempurna.
(fully covered dengan pakaian yg longgar, tidak jarang dan tidak
menarik perhatian lelaki)
– Menjaga pandangan mata (tundukkan pandangan dri lelaki bkn
mahram), menjaga lisan (tidak bercakap perkara yg sia2 apatah lagi
mengumpat, mengeji & sbgnya), menghadkan pendengaran kpd
perkara2 berfaedah serta menjaga tingkah laku / perbuatan.
– Membataskan pergaulan dgn lelaki bukan mahram.
– Menjaga adab sebagai seorang muslimah sejati.
– Tidak melakukan perkara yg sia2.

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." -[HR:Baihaqi]-

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu.Maka sebagai isteri jagalah kehormatan diri erat2..... jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan kehormatan dan maruah diri sendiri dan suami.

MENUNAIKAN HAK SUAMI
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan di dalam hadis di atas. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib disempurnakan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bazzar, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." -[HR:Imam Al-Bazzar]-

Taat Pada Suami adalah termasuk:-
– Patuh pada setiap perintah suami selagi tidak bercanggah dgn
syariat Islam.
– Tidak meninggikan suara atau membantah perintahnya.
– Bersabar dengan bersungguh2 di atas kerenah suami
– Menghiburkan hati suami, melayan dengan baik & sesempurna
yang boleh.
– Tidak melakukan perkara yang dibenci suami.
– Menjaga makan, minum & pakaian suami sesempurna yg boleh.
– Menjaga anak-anak suami dengan sempurna.
– Memastikan tempat tinggal sentiasa terjaga.
– Membelanjakan harta suami dgn berjimat cermat, tidak membazir
& tidak mengikut hawa nafsu.
– Tidak merungut atau membebel kpd suami atas apa yg beliau tak
mampu sediakan (redha).

Isteri adalah pusat serta sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumah tangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumah tangga. Dalam hal ini, para isteri akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Sayidina Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Sayidina Ali r.a meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." -[ HR: Ibnu Majah dan An-Nasai ]-

Berdasarkan huraian di atas, para wanita semestinya mengamalkan sikap taat dan bertaqwa kepada Allah SWT, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT iaitu masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dia sukai. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagiaan hidupnya di dunia dan di akhirat. 

Berusahalah sedaya upaya kita selagi kita masih ada suami, turunkan ego kita, walaupun tak dpt buat semuanya dgn sempurna, sekurang²nya Allah melihat USAHA yg kita lakukan untuk memperbaiki diri. Segala usaha kita ini  akan menjadi TIKET untuk kita masuk ke Syurga Allah kelak.... in sha Allah.

Cara bimbing anak bersolat

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

amalkanlah doa ini....
Bila menyebut pasal solat memang sangat teruja dan menguji kesabaran juga terutama dalam mengajar anak2 kecil bersolat. Macam2 kerenah tetapi itu lah moments yg akan kita kenang sepanjang hidup kita.... tambahan pula telah berjaya mengajar dan mendidik untuk anak2  istiqomah dalam bersolat. Alhamdulillah along dan angah telah tahu dan faham akan kepentingan bersolat. Mereka dah boleh melakukan solat tanpa perlu diingat.... dan kini cabaran baru bermula mendidik dua lagi puteri2 kecil ku ini..... alhamdulillah Keysha dh boleh bersolat, cuma skrg hanya biarkan dia ikut2 aje dan beri pemahaman akn kepentingan solat. Skrg bila azan saje, dialah org pertama yg akan menyediakan sejadah....berbunga2 hati mamanye. Apa2 pun masih banyak yg perlu diajar dan dibimbing..... sebagai ibu bapa kita memang perlu terus membimbing mereka...tiada istilah berhenti..... dan yg penting sabar dan istiqamoh dlm membimbing anak2 bersolat.

Rasulullah SAW bersabda: "Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)

Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah SAW amat menekankan ibadat solat dan menyuruh ibu bapa mengajar anak bersolat seawal umur tujuh tahun. Maka, menjadi peranan ibu bapa untuk memperjelaskan perkara ini kepada anak-anak kecil mereka.

Sebelum umur tujuh tahun, anak-anak perlu didedahkan dengan kepentingan SOLAT melalui aktiviti atau permainan yang dapat menjinakkan mereka melakukan ibadat solat seperti memperdengarkan nasyid-nasyid berkaitan solat, menayangkan CD multimedia berkaitan solat, memperlihatkan animasi islamik berkaitan solat dan yang penting membiasakan anak-anak melihat ibu bapa sendiri mengerjakan solat secara berjemaah bersama ahli keluarga yang lain.

Di samping memberi pendedahan kepada anak-anak berkaitan solat, sebagau ibu bapa, perlu juga diajar tujuan kita bersolat dan mengajar anak-anak berkaitan sifat-sifat ALLAH yang sentiasa melihat hambaNya. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menarik minat anak2 BERSOLAT.

Sekarang ini dengan teknologi canggih yg begitu banyak memudahkan lagi ibu bapa memberi pendedahan dan mengajar anak-anak mengenai solat. Tinggal untuk memilih sahaja dan sedia kanlah duitnye .....Big cheesy grin

Kewujudan cakera padat dan multimedia yang semakin banyak di pasaran hari ini, sama ada secara percuma atau berbayar memudahkan ibu bapa memberikan pendedahan dan pembelajaran secara lebih interaktif dan mudah difahami. Kewujudan al-Quran digital dan maya juga dapat membantu anak-anak memahami dan mengetahui bacaan-bacaan dan doa dalam solat dengan lebih pantas.

Ibu bapa zaman sekarang memang sangat mengambil berat berkaitan pendidikan solat kepada anak-anak, namun ia perlu diseimbangkan dengan pendidikan akademik. Kecemerlangan akademik yang diperoleh melalui proses diredai ALLAH akan memberikan kehidupan yang baik, penuh rahmat dan berkat.

Sebagai galakan untuk anak- anak yang baru belajar solat, boleh sediakan CHECKLIST untuk mereka tanda setiap kali berjaya melaksanakan solat, In sya Allah berjaya. Bimbinglah anak sgn sabar dan istiqomah... moga anak2 kita akan menjadi anak penyejuk mata dan menjadi jambatan untuk kita ke syurga kelak....in sya Allah.

Checklist Solat untuk menggalakkan anak-anak bersolat


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Jom buat checklist untuk merangsangkan semangat anak-anak bersolat...




SIFAT DAN SIKAP ORANG BERTAQWA

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian tentang sifat dan sikap orang2 yg bertakwa..... moga mendapat manfaat....


Sebahagian dari sifat, sikap, akhlak dan pakaian orang mukmin dan lebih-lebih lagilah orang yang bertaqwa itu ada diceritakan oleh Allah SWT di dalam ayat Al Quran: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, yang telah percaya dengan Allah dan rasul-rasul dan yang tidak ada pada mereka itu keadaan ragu dan mereka berjuang dengan menggunakan harta-harta dan diri mereka di jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar.” (Al Hujurat: 15)

Di dalam ayat lain juga Allah berfirman yang bermaksud : “Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat, Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (Surah al-Baqarah ayat 2-5).

Berdasarkan ayat-ayat di atas terdapat sifat, sikap atau akhlak orang mukmin dan orang bertaqwa yang dapat difahami:-
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Rasul
3. Mendirikan solat.
4. Menafkahkan (sedekah/infak) sebahagian rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
5. Mereka yang beriman dengan kitab al-Quran dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya (Taurat , Zabur dan Injil)
6. Serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat.

Inilah enam ciri-ciri orang yang mendapat petunjuk daripada Allah SWT iaitu orang-orang yang bertakwa (orang yang mendapat kejayaan)

1. Percaya kepada Allah

Yakni percaya dengan Allah secara ‘ainul yakin dan bukan setakat ‘ilmul yakin. Orang mukmin dan orang bertaqwa yang percayakan Allah secara ‘ainul yakin ini, dia merasa hebat dengan Allah SWT. Dia juga rasa gerun kepada Allah manakala hatinya sentiasa rasa malu kepada Allah. Hatinya sentiasa cinta kepada Allah dan redha apa sahaja yang ditimpakan oleh Allah kepadanya.

Selain itu, dia bertawakal kepada Allah sahaja. Yang mana dia percaya hanya Allah sahaja yang boleh membela dirinya. Inilah kepercayaan orang yang percaya kepada Allah secara ‘ainul yakin. Orang ini sudah bertauhid kepada Allah dengan jiwanya, bukan setakat akal atau fikirannya sahaja. Orang yang percaya kepada Allah secara ‘ilmul yakin, itu sekadar imannya sah tetapi amat sukar baginya untuk memiliki sifat sabar dan redha kepada apa sahaja yang Allah timpakan kepadanya. Tidak mungkin dia dapat memiliki sifat tawakal, rasa hebat dan rasa cinta kepada Allah.

Seperti dalam firman Allah SWT: “Hanya sanya orang mukmin yang sebenar itu, apabila disebut sahaja nama Allah, gementarlah hatihati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah, bertambahlah mereka beriman dan mereka terus menyerah diri kepada Allah.” (Al Anfal: 2)

‘Ayat-ayat Allah’ dalam firman ini yang boleh menambah iman orang mukmin itu mempunyai dua maksud iaitu:

i. Ayat-ayat Al Quran yang sebenar.

ii. Ciptaan Allah yang dapat kita lihat dan dengar seperti langit, bumi, laut, gunung-ganang dan sebagainya. Itu adalah tanda kebesaran, kekuasaan dan bijaksana-Nya Tuhan. Itu juga tanda Tuhan itu Maha Mentadbir.

2. Percaya kepada Rasul
Ini bererti percaya dengan sifat-sifat yang wajib ada pada Rasulullah SAW yang diyakini dengan sepenuh keyakinan iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Siddiq bererti benar dan betul tentang apa yang dikhabarkan serta bersetuju dengan setiap apa yang disampaikannya adalah dari Allah sama ada pada perkataan mahupun perbuatan. Kemudian percaya bahawa pada Rasulullah itu ada sifat amanah, tabligh (menyampaikan) dan juga sifat fatonah (bijaksana).

Orang mukmin yang sebenar, lebih-lebih lagilah orang yang bertaqwa bukan percaya setakat itu sahaja tetapi dia juga mengikuti sunnah Rasul. Dia ikuti sunnah Rasul dalam apa aspek sekalipun termasuk dalam hal makan minum, ber-pakaian, rumah tangga, pergaulan, masyarakat, dalam berjuang dan berjihad, dalam pendidikan dan pelajaran, dalam ekonomi pentadbiran hinggalah kepada soal-soal negara dan alam sejagat.

Jadi orang mukmin dan orang bertaqwa itu, dia bukan sahaja percaya dengan adanya para rasul yang bermula dari Nabi Adam a.s. hinggalah kepada Rasulullah SAW tetapi dia juga ikut menegakkan sunnah Rasulullah SAW atau perjalanan Rasulullah atau cara hidup Rasulullah. Barulah dengan itu akan tertegak dan akan nampak syiar Islam. Dalam Al Quran, kita disuruh oleh Allah untuk mene-gakkan syiar.

Firman Allah SWT:  “Barangsiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itulah daripada hati yang bertaqwa.” (Al Hajj: 32)

Orang yang belum mukmin sukar untuk mengikut sunnah Rasulullah. Mereka setakat percaya Rasul itu ada sifat-sifat yang wajib padanya. Akal dapat percaya dan menerimanya tetapi belum sampai menghayati keyakinan itu di dalam hati. Sebab itu dia tidak mampu mengikut perjalanan hidup Rasulullah. Dia lebih mudah ikut cara hidup bintang filem, ahli sukan bahkan cara hidup orang Barat, Yahudi dan Amerika dari mengikut cara hidup Rasulullah.

3. Mendirikan Solat
Iaitu menjaga:

a. Waktu sembahyang

b. Syarat, rukun, sah dan batal sembahyang

c. Jaga bacaan dalam sembahyang

d. Jaga makna bacaan

e. Jaga penghayatannya

f. Kalau berjemaah, jaga saf dan barisannya.

Orang mukmin dan bertaqwa itu sangat merendah diri dengan Tuhan. Firman Allah SWT:

Maksudnya:“Dengan Tuhan mereka, mereka merendah diri.”

Mereka sangat takut dengan Tuhan, taat, patuh dan menyerah diri secara total kepada-Nya. Firman Allah Taala:  “Jawapan orang mukmin itu, apabila di-ajak kepada Allah dan Rasul agar menghukum di antara mereka, mereka berkata,‘Kami dengar dan kami patuh’.” (An Nur: 51)

Firman Allah SWT lagi:  “Di antara sifat orang mukmin lelaki dan perempuan, apabila diperintahkan sesuatu perkara sama ada perintah suruh atau larang, tidak ada dolak-dalik.”

Orang mukmin dan orang bertaqwa itu sentiasa terkenangkenangkan Tuhan. Firman Allah SWT:  “Iaitu mereka yang sentiasa mengingati Allah sewaktu berdiri, duduk dan berbaring.” (Ali Imran: 191)

Mereka selalu berbuat kerja-kerja amar makruf nahi mungkar, memberi tunjuk ajar, menjadi pendakwah dan penasihat dan terikat dengan jemaah.

4.  Menafkahkan (sedekah/infak) sebahagian rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Orang mukmin yang sebenar dan orang bertaqwa itu, dia mengorbankan hartanya, jiwanya, dirinya dan tenaganya di jalan Allah. Iaitu dia berkorban menegakkan hukum-hakam Allah yang lima iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus di dalam kehidupan. Sama ada dalam hal yang mengenai dirinya ataupun rumah tangganya, pergaulannya, kenduri-kendaranya, pendidikannya, ekonominya, politiknya dan seterusnya kepada persoalan negara dan hubungan sejagat.

Di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya mendapat kemenangan orang mukmin yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menghindari perkara-perkara yang sia-sia. Dan mereka menunaikan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatan kecuali pada isteri mereka dan hamba sahaya milik mereka, maka mereka itu tidaklah dicela. Dan mereka yang melakukan sebaliknya itu adalah melampaui batas. Mereka yang menunaikan amanah dan janji-janji mereka, mereka yang sentiasa memelihara sembahyang mereka. Mereka itulah yang mempusakai Syurga Firdaus dan mereka akan kekal di dalamnya.” (Al Mukminun: 1-11)


5. Mereka yang beriman dengan Al-Quran dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya.

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (Q.S Al Baqarah: 4). Iman terhadap kitab-kitab mengandung keimanan terhadap para Rasul serta apa-apa yang meliputinya.

Mereka beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi dalam Al-quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Mereka yakin akan adanya hari Akhirat dengan sepenuhnya. Mereka mempercayai hari kebangkitan iaitu manusia akan dibangkitkan dari kubur ruh dan jasad, dihisab, dihitung amal kebajikan, diberi balasan dan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk  dari tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya

6. Serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat.
وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (Q.S Al Baqarah: 4). Akhirat adalah sebutan untuk apa-apa yang terjadi setelah kematian. Allah menyebutkannya secara khusus setelah keumuman ayat karena iman terhadap hari akhir salah satu dari rukun iman, juga pembangkit paling besar untuk menimbulkan raghbah (berharap), rahbah (takut), dan amal shalih. Yakin adalah ilmu yang sempurna yang tidak ada sedikit pun keraguan dan mengharuskan amal.

Apakah kebaikan dan kelebihan orang yang bertakwa?
Kebaikannya orang yang bertakwa ketika di dunia akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT , di doakan oleh para malaikat dan di sukai oleh manusia kerana akhlak dan keperbadiannya yang mulia.

Kebaikan di hari akhirat pula orang-orang yang bertakwa telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Suatu kenikmatan yang besar kurniaan Allah SWT kepada orang-orang bertakwa adalah balasan syurga. Syurga yang dibangunkan hanya untuk orang-orang yang bertakwa, bukan yang lain. Tidak ada campuran antara penghuni-penghuninya. Ini khusus untuk orang-orang yang bertakwa semasa hidup di dunia, biarpun semasa berada di dunia mereka hidup bercampur dengan manusia-manusia yang ingkar.

Walaupun mereka hidup dalam masyarakat majmuk namun mereka memegang erat sifat takwa. Mereka tidak mengharapkan keduniaan sahaja. Mereka hidup menuntut kebaikan di akhirat dan dengan sebab mereka pegang teguh akan takwa maka Allah melimpahkan rahmat dan menempatkan mereka di syurga.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertakwa: 'Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?' Mereka menjawab: 'Kebaikan' orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah al-Nahl (16) ayat 30)
Segala sesuatu yang datang daripada Allah SWT untuk orang-orang yang bertakwa adalah hal-hal kebaikan. Tidak ada yang tidak baik. Mana ada tempat yang labih baik daripada syurga.

Jadi, marilah kita berlumba-lumba untuk menjadi orang yang bertakwa kerana banyak dugaan dan rintangannya hingga boleh melayakkan diri kita menjadi orang yang bertakwa. Orang yang bertakwa akan melaksanakan semua yang wajib dan meninggalkan semua yang haram dan syubahat. Dan berusaha untuk memperbanyakkan amalan sunat dan dia cukup berhati-hati di dunia ini supaya tidak tergelincir oleh tarikan hawa nafsu dan godaan syaitan.

Salam Ramadhan Al Mubarak 1435H

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah... dengan izinNya baru ada kesempatan update blog.... Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1435H, dan hari ini dah 11 Ramadhan umat Islam menjalani ibadah puasa ini.  Dan saya juga ingin mengambil peluang meminta maaf jika tanpa sengaja menyakitkan hati, atau tersentuh perkara2 yg sensitif buat sahabat semua.

Ramadhan adalah musim untuk beribadah, Ramadhan adalah musim untuk memburu dan mengejar ganjaran pahala. Di bulan Ramadhan ganjaran pahala ditawarkan sebanyak-banyaknya. Rebutlah semua ganjaran dan bonus2 yg Allah SWT berikan.... Ramadhan adalah peluang untuk mengumpulkan "mata ganjaran pahala". Ramadhan adalah masa dan peluang untuk meninggalkan dosa dan maksiat. Semoga kita semua dapat berpuasa dengan hati yang penuh ikhlas, rasa rendah diri dan penuh berserah kepada Allah.Valentine candy hearts


“Barangsiapa yang melakukan Ibadah sunat pada bulan Ramadhan nescaya ganjarannya menyamai melakukan Ibadah-ibadah fardhu dibulan-bulan yang lain dan barangsiapa melakukan ibadah fardhu di bulan Ramadhan, ganjarannya menyamai 70 kali ganda ia melakukan ibadah tersebut di dalam bulan-bulan yang lain” -
(Maksud Hadis Riwayat Muslim)

“Bentengkanlah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu (kepada Allah)"
(Maksud Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tabrani dan Al-Baihaqi)

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” Maksud: Surah Al-Baqarah – Ayat 261
“SEMPURNAKANLAH ZAKAT ANDA”


Ramadan adalah bulan pengampunan, bulan penyucian dan pembersihan jiwa dari dosa dan maksiat yang dilakukan pada 11 bulan sebelumnya. Bulan untuk menggilap semula iman dan taqwa yang kian pudar dek kemaksiatan dan dosa.

Sesungguhnya Ramadhan adalah tetamu yang hanya hadir sekali dalam setahun di mana hadirnya dengan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda. Ramadhan adalah bulan untuk menggilap dan meningkatkan iman dan taqwa..... Ramadhan adalah bulan para jemaah berpusu-pusu mengunjungi masjid untuk beribadah.


Ramadhan adalah bulan untuk berzikir, bertahmid, bertasbih, bertadarus, bertahajjud, berdoa, bertafakkur, bermunajat.......! Jom kita merebut segala ganjaran dalam Ramadhan pada kali ini untuk menyubur dan menguatkan iman, meningkatkan amal dan menanam rasa taqwa dan kehambaan terhadap Tuhan Rabbul Jalil.

Sahabat2ku.......