F

Suami - Tiket ke Syurga Allah

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ini terpanggil pula untuk berkongsi tentang betapa mudahnya wanita yang bergelar ISTERI untuk masuk ke Syurga Allah SWT..... Saya berasa amat bangga kerana menjadi seorang wanita dan sekaligus menjadi ISTERI dan IBU. Terlalu banyak perkara yang boleh diraih untuk mencapai Syurga Allah SWT..... Kita sering mendengar ungkapan, "Syurga isteri di bawah telapak kaki suaminya". Adapun janji syurga di bawah tapak kaki suami belum ada saya temui di dalam mana2 dalil, namun cukuplah menjadikan seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian banyak di dalam Al Quran dan hadis2 Rasulullah SAW. Walaupun tidak ada dalil yang konkrit membuktikan bahawa syurga seseorang isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami, ketaatan seorang isteri terhadap suami merupakan satu tiket yang membolehkan seorang isteri masuk ke syurga. Apa sahaja yang perlu dilakukan oleh isteri biarpun untuk kebajikan ibu bapa sendiri atau ibu bapa mertua harus mendapat keizinan dan keredhaan suami. Mudah untuk mendapatkan tiket ke syurga, bukan?
Beating Heart Terima kasih buat SUAMIku tersayang kerana memahami isterimu ini yg serba kekurangan.... 

“CAPAILAH REDHA SUAMI, SESUNGGUHNYA REDHA SUAMI ADALAH REDHA ALLAH”.

Dan yang paling penting sekali dalam berumahtangga ini......Tunaikanlah hak, tanpa menuntut hak. Apabila isteri-isteri menunaikan hak-hak suami, melangsaikan semua kewajipan seorang isteri, dan suami menunaikan hak-hak isteri, melangsaikan semua kewajipan seorang suami, meletakkan redha Allah sebagai matlamat sebagai asas dalam kehidupan rumahtangga, insyaALLAH baitijannati yang diidamkan, bukanlah fantasi yang merupakan impian dan angan-angan semata-mata. Semoga isteri-isteri di luar sana akan bahgia sentiasa!
Namun buat SUAMI pula......  jadilah suami yang pemaaf dan sentiasa redha akan isteri. Takut isteri masuk neraka. Ajari isteri supaya takutkan neraka. Jangan sekadar menyalahkan isteri yang tidak ikhlas dan sebagainya, sebaliknya didiklah isteri supaya sentiasa muhasabah niat agar sentiasa ikhlas. Hargai keletihan dan kepenatan isteri dengan belaian kasih sayang. Pujuklah isteri yang mengadu keletihan dengan janji-janji Allah. Bersama-samalah dengan isteri meraih redha Allah, berdebarlah wahai suami tatkala menyebut redha Allah pada redha suami. Ingatlah bahawa isteri itu adalah amanah Allah yang perlu dididik agar hasil tarbiyah kalian mampu pula si isteri mendidik zuriat kalian menjadi soleh dan solehah.In Sha Allah.Flower

Di dalam sebuah hadis nabi SAW menyatakan,

Daripada Anas r.a, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. [HR: Ahmad]

Menurut hadis di atas, sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita Muslimah memasuki syurga iaitu :

MENUNAIKAN KEWAJIPAN KEPADA ALLAH SWT
Menunaikan kewajipannya kepada Allah SWT dalam makna melaksanakan badah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti solat, puasa dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan. Sebuah hadis menyebut bahawa solat adalah perkara pertama yang akan disoal di hari kiamat.

Dari Abu Hurairah r.a, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah solat, sekiranya solat itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia. Dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang. Allah berfirman, "Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain."  
-[ HR: At-Tirmizi ]-

BERPUASA
Berpuasa sepanjang bulan Ramadan adalah kewajipan yang akan memudahkannya untuk masuk ke syurga dari arah pintu mana sahaja yang dia sukai. Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh lelaki. Ini menunjukkan Allah SWT meninggikan martabat dan darjat wanita solehah selama mereka menunaikan perintah Allah SWT dan menjaga diri dari segala yang diharamkan ke atas mereka.

MENJAGA KEHORMATAN DIRI
Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan dalam hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh dikategorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Dan menjaga kehormatan diri adalah bermakna menjaga maruah diri iaitu termasuklah:
– Menutup aurat dengan sempurna.
(fully covered dengan pakaian yg longgar, tidak jarang dan tidak
menarik perhatian lelaki)
– Menjaga pandangan mata (tundukkan pandangan dri lelaki bkn
mahram), menjaga lisan (tidak bercakap perkara yg sia2 apatah lagi
mengumpat, mengeji & sbgnya), menghadkan pendengaran kpd
perkara2 berfaedah serta menjaga tingkah laku / perbuatan.
– Membataskan pergaulan dgn lelaki bukan mahram.
– Menjaga adab sebagai seorang muslimah sejati.
– Tidak melakukan perkara yg sia2.

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." -[HR:Baihaqi]-

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu.Maka sebagai isteri jagalah kehormatan diri erat2..... jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan kehormatan dan maruah diri sendiri dan suami.

MENUNAIKAN HAK SUAMI
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan di dalam hadis di atas. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib disempurnakan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bazzar, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." -[HR:Imam Al-Bazzar]-

Taat Pada Suami adalah termasuk:-
– Patuh pada setiap perintah suami selagi tidak bercanggah dgn
syariat Islam.
– Tidak meninggikan suara atau membantah perintahnya.
– Bersabar dengan bersungguh2 di atas kerenah suami
– Menghiburkan hati suami, melayan dengan baik & sesempurna
yang boleh.
– Tidak melakukan perkara yang dibenci suami.
– Menjaga makan, minum & pakaian suami sesempurna yg boleh.
– Menjaga anak-anak suami dengan sempurna.
– Memastikan tempat tinggal sentiasa terjaga.
– Membelanjakan harta suami dgn berjimat cermat, tidak membazir
& tidak mengikut hawa nafsu.
– Tidak merungut atau membebel kpd suami atas apa yg beliau tak
mampu sediakan (redha).

Isteri adalah pusat serta sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumah tangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumah tangga. Dalam hal ini, para isteri akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Sayidina Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Sayidina Ali r.a meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." -[ HR: Ibnu Majah dan An-Nasai ]-

Berdasarkan huraian di atas, para wanita semestinya mengamalkan sikap taat dan bertaqwa kepada Allah SWT, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT iaitu masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dia sukai. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagiaan hidupnya di dunia dan di akhirat. 

Berusahalah sedaya upaya kita selagi kita masih ada suami, turunkan ego kita, walaupun tak dpt buat semuanya dgn sempurna, sekurang²nya Allah melihat USAHA yg kita lakukan untuk memperbaiki diri. Segala usaha kita ini  akan menjadi TIKET untuk kita masuk ke Syurga Allah kelak.... in sha Allah.
1 Response
  1. Alhamdulillah ada ilmunya


Sahabat2ku.......