F

RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

TERFIKIRKAH kita setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT ? 

Dengan menyelami, memahami, menjiwai, menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan, barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa atau noda. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian, maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT.  

**************
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu:

-Sujud fizikal seperti ketika bersolat

-Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.

Oleh itu, mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

HIKMAH SUJUD

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

-Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

-Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

-Melegakan sakit hernia. (burut)

-Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

-Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

-Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

-Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

-Meringankan bahagian pelvis.

-Memberi dorongan supaya mudah tidur.

-Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

-Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

-Mengurangkan kegemukan.

-Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

-Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

-Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

-Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

KESAN PSIKOLOGI

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

PERUBATAN

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W, Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut:

Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan

Sumber | penmerahdotcom
0 Responses

Sahabat2ku.......