اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dah lama saya tertanya-tertanya tentang hadis yang selalu meniti dari bibir ke bibir apabila berbicara tentang perniagaan. Pendapat : Hadis “sembilan persepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan”
adalah hadis yang cukup popular apabila bicara tentang perniagaan. Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum - , kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular...tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.
Apabila kita mengetahui hakikat bahawa populariti tidak menjamin kesahihan, (kaedah ini juga diakui dalam kajian lain) maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidiki kesahihan sesuatu hadith dan tidak hanya bergantung kepada kemasyhuran atau popularitinya sahaja.
*******************************
Berikut adalah teks arabnya:
تسعة أعشار الرزق في التجارة
Namun, berdasarkan semakan para ulama hadis ini adalah tidak shahih,
bahkan ianya mursal – salah satu bentuk hadis dhaif. Terdapat perawi
yang gugur dalam sanadnya.Saya hanya menyatakan hadis di atas adalah tidak shahih. Ada pun
daripada segi makna dan realiti, saya tidak menolak bahawa perniagaan
sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan. Meski begitu, itu bukan
lesen untuk menyebarkan hadis dhaif dan palsu atas Rasulullah s.a.w
tanpa mematuhi syaratnya.
Tidak tepat jika ada yang mengatakan ia hadis palsu kerana hadith
tersebut sama ada dhaif atau hasan sepertimana menurut al Hafiz as
Suyuti. Maka tidak salah jika ia diamalkan, terutama dalam bab motivasi.
Agama Islam memang menggalakkan perniagaan. Bahkan Nabi sallaLlahu
'alaihi wasallam sendiri pernah berniaga semasa mudanya dan para Sahabat
juga ramai yang menceburi bidang ini (lihat misalnya, buku Fadhilat
Tijarah oleh Maulana Syeikh Muhammad Zakariyya al Kandahlawi).
Alhamdulillah, ramai yang telah termotivasi dengan hadith tersebut sehingga berjaya dalam perniagaan mereka.
Maksudnya juga benar kerana banyak rezeki yang diperoleh dengan
perniagaan dan ia mampu menjana kekuatan ekonomi umat Islam. Malah jika
difikirkan, kebanyakan bidang pekerjaan seperti penternakan, pertanian,
pertukangan dan sebagainya akan berakhir dengan urusan jual beli juga
bagi mendapatkan hasil keuntungan. Wallahua'lam.
Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan
oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan.
Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum - , kesahihan atau
kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata.
Memang ada hadith yang sahih dan popular...tetapi dalam masa yang sama
juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan
sering digunakan di mana-mana.
Apabila kita mengetahui hakikat bahawa populariti tidak menjamin
kesahihan, (kaedah ini juga diakui dalam kajian lain) maka menjadi
tanggungjawab kita untuk menyelidiki kesahihan sesuatu hadith dan tidak
hanya bergantung kepada kemasyhuran atau popularitinya sahaja.
Maka dari manakah asal datangnya hadith ini? Di antara disiplin dalam
menyebutkan hadith -sebagaimana diketahui dalam kajian hadith- ialah
menyatakan sumber atau asal sesebuah hadith. Ia membantu dalam proses
seterusnya iaitu menilai sama ada ia sahih atau tidak.
SUMBER ASAL HADITH '9/10 REZEKI'
Berdasarkan pencarian dan dibantu oleh kajian-kajian terdahulu, hadith
ini disebutkan dalam beberapa lafaz berbeza tetapi membawa maksud yang
sama iaitu 9/10 rezeki ada dalam perniagaan. Didapati hadith ini disebut
oleh Imam al-Ghazali (wafat 505H) di dalam bukunya yang terkenal iaitu
Ihya' Ulumiddin. Menurut cetakan yang ada pada saya iaitu cetakan Darul
Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, tahun 2001, ia disebut dalam jilid 2, muka
surat 59 dalam Kitab Aadaab al-Kasb wa al-Ma'asy, Bab pertama 'Fadhl
al-Kasb wa al-Hatth 'Alaih (Kitab adab-adab mencari rezeki dan
pendapatan, bab kelebihan mencari rezeki dan galakkan ke atasnya).
Tetapi ini tidak bermaksud Imam al-Ghazali 'meriwayatkannya' kerana
beliau tidak menyebutkan sanad (rantaian periwayat) terhadap hadith ini.
Maka yang lebih tepat ialah Imam al-Ghazali 'menyebutkannya' di dalam
buku Ihya' Ulumiddin. (saya menasihatkan sahabat-sahabat yang menulis
tentang hadith agar berhati-hati dengan perbezaan antara 'menyebutkan'
da 'meriwayatkan' atau 'mengeluarkan' - ذكره, رواه, أخرجه )
Bagi yang pernah membaca buku Ihya' Ulumiddin, mereka pasti akan tahu
bahawa terdapat seorang ahli hadith yang digelar al-Iraqi (wafat 806H)
yang telah menyemak dan memberikan ulasan terhadap hadith-hadith yang
ada di dalam buku Ihya' Ulumiddin. Apa yang beliau lakukan ialah atas
permintaan pencinta ilmu untuk mengetahui kedudukan dan sumber asal
hadith-hadith di dalam buku tersebut. Malah kebanyakan cetakan Ihya'
Ulumiddin dimuatkan bersama komentar dan ulasan al-Iraqi ini dalam
bentuk nota kaki di bawah teks asal Ihya' Ulumiddin.
KOMENTAR AL-IRAQI TERHADAP HADITH '9/10'
Apa kata al-Iraqi? Beliau telah menyatakan bahawa hadith ini telah
diriwayatkan oleh: Ibrahim al-Harbi dalam bukunya Gharib al-Hadith
melalui jalan Nu'aim Bin Abd. Rahman dan kesemua periwayatnya thiqat
(dipercayai). Seterusnya beliau menyatakan kata-kata dari tiga imam
hadith iaitu: Abu Hatim, Ibnu Hibban dan Ibn Mandah menyatakan bahawa
Nu'aim Bin Abd. Rahman bukanlah seorang sahabat tetapi seorang tabi'i
(sempat bertemu sahabat dan tidak sempat bertemu Rasulullah s.a.w.),
maka kata al-Iraqi: Hadith ini mursal.
Maksud al-Iraqi dengan kata-katanya: 'mursal' ialah hadith ini
dinyatakan oleh Nu'aim Bin Abd. Rahman sebagai 'Nabi s.a.w. bersabda'
sedangkan beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. bahkan
beliau merupakan seorang tabi'i. Hadith dalam kategori sebegini
diistilahkan sebagai mursal dan ia adalah antara kategori hadith yang
belum dipastikan sahih atau dhaif. Untuk lebih lanjut, sila rujuk
mana-mana buku ilmu hadith dan cari perbincangan tentang kategori hadith
yang diistilahkan sebagai 'mursal'.
KESIMPULAN DARIPADA KATA-KATA AL-IRAQI
Apa yang dapat kita fahami daripada ulasan al-Iraqi - bagi
sahabat-sahabat yang memahami bahasa Arab, boleh baca ulasan beliau
dalam jilid dan muka surat yang telah disebut di atas - ialah:
- Hadith ini sumber asalnya ialah buku Gharib al-Hadith hasil susunan Ibrahim al-Harbi.
- Di dalam hadith ini, didapati Nu'aim Bin Abd. Rahman telah menyebut bahawa ia berasal daripada Rasulullah s.a.w.
- Namun dalam periwayatan hadith, hanya seorang sahabat (sempat bertemu Rasulullah s.a.w.) yang boleh menyatakan demikian.
- Setelah dikaji oleh al-Iraqi, didapati Nu'aim bukan seorang sahabat, tetapi seorang tabi'i.
- Ini menjadikan hadith tersebut terputus. Dalam hal ini, ia
diistilahkan sebagai 'mursal'. Seluruh ulama hadith sepakat bahawa
hadith 'mursal' bukanlah salah satu kategori 'hadith sahih' . Ia
perlukan kepada banyak syarat dan keadaan untuk menaikkan kedudukannya
ke tahap 'sahih'. Bukalah mana-mana buku Mustolah al-Hadith, pasti akan
ada perbincangan panjang tentang kategori hadith yang diistilahkan
sebagai 'mursal'. Kebanyakan pengkaji juga menyebutkan bahawa 'mursal'
pada penggunaan ulama awal ialah lebih luas dan ia membawa maksud
kedhaifan.
SUMBER LAIN
Namun begitu, hadith ini juga ditemui dalam sumber yang lain. Mari kita lihat bersama. Hadith ini ditemui antaranya di dalam :
a) Buku Sunan Sa'id Bin Mansur - Ia dinyatakan oleh Markaz Fatwa dari
laman web islamweb.net (fatwa no.61297), namun saya tidak dapat menemui
ia dalam buku tersebut untuk mengesahkan kedudukannya dan nombor serta
kedudukannya yang lebih terperinci. Namun Markaz Fatwa menyatakan ia
berasal dari riwayat Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Tooi.
b) Buku Islah al-Mal, Ibnu Abi al-Dunya (wfat 281H) (cetakan Muassasah
al-Kutub al-Thaqafiyyah, tahun 1993) - ia meriwayatkan hadith ini yang
bersumberkan Nu'aim Bin Abd. Rahman (hadith no.213) . Maka ia sama juga
seperti yang disebutkan di atas tadi. Ia hanya pengulangan rantaian
periwayatan yang sama.
c) Buku al-Jami' al-Shaghir, al-Suyuti (wafat 911H)- dalam buku ini,
hadith tersebut disebutkan (bukan diriwayatkan) dan seterusnya kita
dapati al-Suyuti membuat ulasan yang amat ringkas iaitu - daripada
Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Too'i secara 'mursal'.
Kita dapati al-Suyuti menambah seorang lagi tabi'i yang meriwayatkan
hadith tersebut. Tetapi beliau masih menyatakan ianya 'mursal' dan ia
kembali kepada perbincangan panjang tentang kedudukan hadith 'mursal'
dalam ilmu kajian hadith atau mustolah al-hadith.
d) Buku Gharib al-Hadith karya Abu Ubaid al-Qaasim Bin Sallaam (wafat
224H) (cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, tahun2003) - di dalam jilid
pertama, muka surat 80, didapati Abu Ubaid telah menyebut hadith ini dan
didapati jalannya juga melalui jalan periwayatan Nu'aim Bin Abd.
Rahman.
KESIMPULAN PENTING
1- Hadith ini walaupun popular, ia tidak disebutkan atau diriwayatkan di
dalam buku-buku hadith utama seperti: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim,
buku-buku Sunan, Musnad-musnad dan lain-lain lagi. Ini merupakan di
antara (salah satu) petunjuk tentang kedhaifan sesebuah hadith.
2- Di dalam semua buku utama hadith seperti di atas, terdapat bab-bab
dan hadith-hadith tentang perniagaan. Sekiranya ia sahih dan penting -
berdasarkan maksudnya - pasti ia akan berada di dalam buku-buku utama
tersebut dan dijadikan dalil utama dalam menggalakkan perniagaan.
3- Tidak kita temui kenyataan dari mana-mana ahli hadith utama yang
menyatakan kesahihan hadith ini. Apa yang ada hanyalah sebahagian ulama
menyebutnya di dalam buku mereka dengan rantaian periwayat yang mana ia
(rantaian periwayat itu) difahami - oleh pengkaji hadith - bahawa ia
merupakan petunjuk kepada kedhaifannya. Ahli hadith moden juga didapati
menilainya sebagai dhaif.
4- Untuk menyatakan bahawa perniagaan adalah baik dan Islam
menggalakkannya, sudah memadai dengan ayat-ayat Al-Quran - contohnya
ayat 275 surah Al-Baqarah - dan hadith-hadith yang penuh dengan panduan
dalam perniagaan. Lagipun, hakikat bahawa Nabi s.a.w. pernah berniaga
semasa mudanya dan para sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini
juga sudah cukup menggalakkan kita untuk melakukannya. Kita tidak
perlukan lagi hadith yang dhaif atau tidak pasti sebagai dalil. Begitu
juga kita boleh mengetengahkan fakta-fakta sahih tentang para Nabi
selain Rasulullah s.a.w. yang juga berniaga dan bekerja sendiri.
5- Hendaklah kita berhati-hati dengan populariti sesuatu hadith atau kata-kata, kerana ia mungkin tidak sahih atau tidak tepat.
6- Bagi mereka yang tetap ingin menyebut hadith ini sekadar menggunakan
maknanya, adalah dinasihatkan mengikuti saranan imam-imam hadith seperti
al-Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain yang mana mereka menyarankan agar
membezakan antara 'cara menyebut' sesuatu hadith yang sahih atau dhaif.
Seeloknya hendaklah digunakan ayat-ayat seperti - terdapat sebuah
riwayat menyatakan bahawa..., sebagaimana di dalam sebuah hadith
dhaif..., agar masyarakat tidak terkeliru.
7- Pandangan ini hanyalah sekadar kemampuan saya dan artikel ringkas ini
diharapkan dapat dinilai dan diterima dengan adil. Jika berlaku
kesilapan dan kekurangan, harap dapat diberi maklum balas secepat
mungkin kepada penulis - sama ada dengan pm kepada nickname alitantawi
di laman web al-ahkam.net atau dengan alamat e mail pemudaiman@yahoo.com
This e-mail address is being protected from spambots. You need
JavaScript enabled to view it , alitantawi@yahoo.com This e-mail address
is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view
it dan juga dalam facebook - adlan abd. aziz.
wallahu a'lam
sumber : alitantawi