F

SALAM AIDIL ADHA 1436H/2015


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Salam Aidiladha

Salam Hari Raya Aidiladha ikhlas dari saya dan keluarga buat sahabat dan tetamu blog ini. Bersama kita mempertingkatkan serta memperkasakan keimanan dan amalan agar menjadi umat Islam yang lebih baik dari semalam.

Selamat bercuti dan berbahagia disamping insan-insan tersayang. Eratkan silaturrahim sesama saudara mara dan sesama saudara seIslam...


Memahami Ibadah Qurban
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Aiduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT.

Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT.

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah." - (Surah al-Kauthar: Ayat 2)

Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah SUNAT Muakkad iaitu sunat yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Hukum MAKRUH pula jika tidak melakukan ibadah ini bagi orang yang mampu.

Hukum qurban ini boleh menjadikan WAJIB jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

Bersama kita hayati Hari Raya Aidiladha (Eid ul Adha) atau Hari Raya Qurban ini dengan memahami maksud sebenar ianya disambut. Semoga kita semua beroleh rahmat dan diberkati Allah SWT.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
0 Responses

Sahabat2ku.......