F

Boleh ke SOLAT dengan Telekung Lycra????

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Isu telekung Lycra ni menjadi viral di media2 sosial....... jd saya pun terpanggil juga utk berkongsi dlm blog sy yg x seberapa ini.... ingatan dan pedoman buat diri saya sendiri....
secara jujurnya memang saya suka sgt melihat telekung2 yg ada di pasaran yg sedia ada skrg ini, pelbagai corak, design, dan warna. Pendek kata...rambang bijik mata. Tetapi bila saya beli telekung, cuma yg saya beli telekung kain cotton dengan corak bunga2 di sekelilingnya yg simple sgt. Warna putih. Itu aje telekung yg ada dlm simpanan saya.....  
Entahlah tak pernah terlintas nak membeli tetapi suka tgk....Circle Of Hearts 2
Inilah telekung Lycra...ianya sejenis kain lembut dan berat.
Mmg cantik tapi berhati2lah.... Cari yg tebal agar tidak menampakkan warna kulit kita.
WallahuAlam.
Diharap dgn sedikit informasi ini, kita sama2 muhasabah diri dan buat yg terbaik dlm kehidupan kita sehari-hari. Apa2 pun yg kita lakukan REDHA Allah SWT yg sgt2 kita harapkan. Kadang2 bila kita dengar sesuatu cerita, orang kata Ya, kita pun iya kan jgk, bila org kata sebalikya, kita pun begitu. Sebaik2nya kita dapatkan sesuatu pencerahan dari orang yg selayaknya, yang memang arif, kerana ada sesuatu yg mmg sukar utk dijelaskan melainkan kita pergi keluar berguru secara talaqqi. WallahuALam.


Telekung Lycra ( USTAZAH ANI)



Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dikasihi sekalian. Sebagaimana yang kita tahu kebelakangan ini terlalu banyak post-post tentang telekung lycra, samada si pemakai sah atau batal bersolat dengan memakai telekung lycra? Ramai yang call, wattapp, we chat ustazah dan bertanya tentang hukum menggunakan telekung lycra di dalam solat.Ustazah sendiri tak perasan tentang hal ini sehingga ustazah menerima berbagai-bagai persoalan tentangnya. Jadi ustazah tergerak untuk membantu setakat yang ustazah mampu bagi mengeluarkan segala kekusutan yang dihadapi oleh ramai kaum wanita tentang telekung lycra. Ustazah mohon maaf jika ini sahaja kemampuan yang ada.

Lycra adalah sejenis kain yang agak berat dan mempunyai pelbagai jenis ketebalan dan warna. Ada yang jenis tebal dan ada yang jenis nipis. Dan kain jenis lycra agak sejuk dan sedap di pakai. Lycra bukan sahaja dijadikan telekung malah jugak dijadikan tudung, kain, blouse dan jubah. Keadaan kain yang agak berat akan menjadikan sipemakai boleh menonjolkan susuk tubuh dan bunjulan-bunjulan rahsia di tubuhnya. Untuk menjadikan ia sebagai pakaian luar yang dipakai di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram) kaum wanita wajib berhati-hati kerana boleh menggundang kepada hukum haram dan berdosa kerana ciri-ciri menutup aurat yakni tidak menampakkan bentuk tubuh mungkin tidak dapat dipenuhi . Jadi hati-hati dalam memilih jenis kain untuk dijadikan tudung atau pakaian luaran. Pastikan tudung itu bukan jenis yang melekap pada tubuh dan orang boleh meneka saiz badan kita.

Berbalik pada telekung, ini yang menjadikan isu hangat sekarang ini. Pertamanya, Kita harus tahu di mana kita hendak mendirikan solat??Kalau kita solat hanya di rumah dimana hanya ada semua mahram-mahram kita, maka ianya tidaklah menjadi satu kesalahan yang mana tidak memenuhi syarat sah sembahyang.

Misalnya kita solat di rumah atau di ruang solat wanita maka tidak lah sampai membawa kepada hukum batal solat jika menggunakan telekung lycra. Ini kerana 'menutup aurat' di dalam salah satu syarat sah sembahyang membawa maksud:

1. Menutup aurat antara pusat dan lutut bagi lelaki.
2. Menutup keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan DENGAN SUATU YANG MENUTUP DAN MENEGAH DARIPADA DILIHAT WARNA KULITNYA PADA PIHAK ATAS DAN KELILINGNYA WALAUPUN DILUMUR LUMPUR SEKALIPUN.

Mengikut syarat kedua itu sudah jelas solat kita sudah sah walaupun dilumur lumpur sekalipun. Apa yang kita faham kalau lumur lumpur pastinya bentuk tubuh boleh kelihatan. Ada pulak yang kata kalau macam tu boleh lah pakai legging dan baju ketat. Masya Allah! Ini cerita bab solat ya bukan pakaian luar solat yang ketika kita keluar jumpa manusia. Jadi belajar dulu bukan terus melatah. Cuma warna kulit sahaja yang tidak kelihatan.

Ringkasnya di sini jika kita bersama ( lelaki bukan mahram). Sabar dulu ya. Ilmu ni bukan setakat baca sahaja, kena belajar dan berguru. 

Sembahyang di ruang solat wanita atau di hadapan mahram kita , tidak jadi isu atau soal tentang menampakkan bentuk tubuh. Boleh sahaja bersolat dengan pakai seluar panjang, baju kurung atau TELEKUNG LYCRA yang mana kita tahu telekung lycra tidak jarang hanya nampak bentuk sahaja. Ustazah kira sahabat semua dah faham tentang ' bentuk tubuh' atas penerangan sebelum ini kan. Sebenarnya bukan lycra sahaja malah apa-apa jenis kain pun yang jarang atau nampak kulit memang tak sah solat. Sebab isunya ialah " nampak kulit". 

TETAPI!!!!!!!!! Awas jika solatnya di ruang terbuka atau di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram) maka anda semua kena jaga ciri-ciri menutup aurat. Hati-hati dengan telekung lycra yang nipis ya..cari kain yang lebih tebal untuk dijadikan telekung atau boleh sahaja solat tanpa telekung dengan jubah dan baju kurung yang longgar.Solat seorang itu tetap sah walau pun ketat tetapi HARAM jika ada lelaki bukan mahram dikeliling kita. Itu saja yang ustazah nak terangkan. Warna apa pun boleh cuma jaga bentuk badan ketika solat di hadapan lelaki bukan mahram sebab takut jatuh HARAM. Kalau ada yang tak nak pakai lycra ke nak pakai putih ke, silakan tapi kena faham syarat-syarat sah solat yakni aurat seperti keterangan di atas ya.


 Marilah kita cuba tinggalkan sebentar telekung kita dirumah. Jadikan amalan untuk sentiasa menutup aurat di luar solat sehingga pakaian tersebut boleh bawa kepada solat kita bila-bila masa.

Terlanjur ustazah cakap pasal telekung lycra sehingga menjadi keresahan kepada kita semua, ustazah nak mengajak sahabat-sahabat tengok ke bawah iaitu kaki saudari-saudari atau para suami check kaki-kaki para isteri ADAKAH SUDAH MENUTUP AURAT sepenuhnya. Berstokin atau tidak???? Alang-alang risau tentang telekung marilah kita ubah penampilan kita, jangan isu telekung lycra sahaja nak dirisaukan.

Tudung kita semasa keluar rumah adakah sudah menutup sehingga ke bawah dada, tangan baju yang labuh, kaki berstokin. Marilah kita bertaubat dan kembali kepada Allah.Insya Allah di bawah sini ustazah copy nota dari sahabat fb ustazah Akhie Sharulzaman Mohd Zahar Tentang ciri-ciri menutup aurat mengikut pandangan Islam. Jazakallah atas perkongsian ilmu.

BEBERAPA KUTIPAN:

1. Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat).

2. Hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. "

3. Jika nampak warna kulit dari luar telekung/pakaian wanita, tidak sah solatnya. wajib diulang semula solat yg telah dilakukan. tapi jika nampak bayang sahaja, makruh hukumnya, tapi solatnya sah. 

4. Kalau telekung jarang, adalah perlu untuk DI cover sepenuhnya dulu sebelum menyarung telekung. tak kiralah dengan memakai inner, berlengan panjang atau apa juga, asalkan dapat menutup aurat. 

4. Marilah sama2 kita perbaiki. sebelum solat check dulu aurat. bimbang nanti yang dapat hanyalah penat. biar susah didunia jangan susah diakhirat.

5. "Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”

6. Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih.
"BACAAN BUAT MENAMBAH ILMU....WALLAHU A'LAM..


sumber

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
0 Responses

Sahabat2ku.......