F

Amalan Ibu Bapa semasa anak menghadapi PEPERIKSAAN

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bila menjelang peperiksaan, banyak sekolah telah mengadakan solat hajat dengan tujuan semoga Allah memberikan kejayaan kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan.  Kita dapat lihat banyak kaedah-kaedah yang dilakukan.  Namun hanya satu tujuan yang diminta iaitu calon peperiksaan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. 

Doa adalah senjata mukmin, beruntunglah kita sebagai umat islam dan bersyukurlah kerana dikurniakan islam dan iman kepada kita.  Sebagai ibu bapa kita digalakan supaya berdoa untuk kejayaan anak-anak. Amalan yang boleh dilakukan oleh Ibu Bapa SEMASA anak sedang menghadapi peperiksaan. 

1. Ambil Wudhuk.

2. Sambil menghadap Kiblat, baca Kalimah Syadah (3x)

3. Baca Surah Al-Fatihah (10x)

4. Baca Surah 3 Qul (1x)

5. Baca Surah Insyirah (1x)

6. Baca Selawat (10x)

7. Baca Surah Yassin (1x)

8. Baca Surah Insyirah (100x)

9. Niat didalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.

Selain itu, boleh amalkan juga dengan Berpuasa Sunat dihari anak sedang mengambil peperiksaan.

Sekiranya waktu itu Si Ibu datang Haid, boleh amalkan amalan ini pula…

1. Beristigfar seberapa banyak yang boleh.

2. Banyakkan Zikir Kepada Allah SWT.

3. Baca Al-Mathurat.

4. Berselawat ke atas Nabi.

5. Berdoa apa saja untuk Si Anak. Cth; Doa agar anak mudah mengingat pelajaran.

Doa Daripada Ibu Bapa Untuk Anak Yang Menghadapi Peperiksaan

Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.

Ibu juga boleh bekalkan air minuman anak dengan dibaca :

1 ::Al-Fatihah (7 kali)

2 :: Selawat (7 kali)

3 ::Subhanallah (44 kali)

4 ::Alhamdulillah (44 kali)

5 :: Allahhu Akbar (44 kali)

6 :: YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)

7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-

Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya
Allah, permudahkanlah anakku (nama anak) di dalam urusannya menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hatinya untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…

Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat. Moga amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini ataupun peperiksaan-peperiksaan lain akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga akan dapat memberi ketenangan kepada anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan dan juga kepada ibubapa yang menunggu di luar.

Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aamiin.

Antara sebaik-baik doa ialah mendoakan orang lain di mana orang itu tidak mengetahuinya. Jadi, dlm doa kita utk anak, doakan juga kejayaan anak kawan2 kita yang juga mengambil peperiksaan. والله أعلم بالصواب

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

4 Responses
  1. terima kasih atas sharenya.


  2. Umi Omar Says:

    Alhamdulillah... terima kasih atas perkongsian ini... semoga diberkati Allah.. Aamiinnn...


  3. mama papa Says:

    Begitu sekali ya persediaan kita sebelum semasa dan sesudah exam dunia!
    Punyalah nak lulus exam dunia!
    Sesungguhnya semua ikhtiar ini sebenarnya adalah untuk melahirkan zuriat yang berjaya dalam exam akhirat kerana ruh doa tersebut memagar zuriat kita secara zahir batin serentak hingga berjayalah mereka dalam kedua-dua exam dunia dan akhirat secara serentak tanpa kita sedari dan mintak!
    Punyalah pengasihnya Allah.
    Powernya cinta Allah pada hambaNya yang ikhlas.
    Ilmu dunia akhirat wajib ikhlas kerana hidup mati kita adalah exam.
    Bila ikhlas jujur benar dalam exam barulah dapat anugerah power tadi tu.


  4. dekchah Says:

    Terima kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat


Sahabat2ku.......