F

MENYUSU di mana-mana saje!



Assalamualaikum....


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah....ank sy kini dh berusia 3 bulan....masih diberi susu ibu secara eksklusif.... 

 Inilah SITI KHADIJAH MAISARAH..... Alhamdulillah dpt sy susuinya hingga kini....


Inilah KEYSHA DAMIA ZAHIRAH..... (ank ke3) klu mengenang puteri ku ini pasti hati akan terasa pilu aje..... (nnt sy ceritakan yer....)

Berikut sy nk kongsi artikel tentang menyusui bayi di khalayak ramai.....pasti anda mengalami pelbagai perasaan ketika  ingin menyusukan bayi di khalayak ramai kn....sy pun dulu masa ank pertama dan kedua sehingga usia ank 6 bln sy x g umah kwn2 ke saudara-mara ke....bukan apa kerana sy segan bila nk menyusu di khalayak ramai..... ntahlah mcm perasaan bercampur baur.....tp bila dh ank ke 3 dan ke 4 ni, alhamdulillah dh pandai menyesuaikan diri ketika menyusu di khalayak ramai....insyaallah artikel ini dpt memberi manfaat kepada semua ibu......

++++++++++++++++

Menyusu Di Khalayak Ramai
Kebanyakan wanita yang baru menjadi ibu merasa gelisah untuk menyusukan bayi dikhalayak ramai. Jika anda pun sedemikian, berikut adalah beberapa tip yang bolehmembantu anda menyusukan si manja di tempat awam dengan lebih selesa.

Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Paediatrik dan Penasihat Penyusuan Susu Ibu

Di Malaysia dan di banyak negara lain di seluruh dunia, menyusu susu ibu di khalayak ramai bukanlah satu fenomena yang ganjil atau dilarang. Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu-ibu untuk menyusukan bayi secara eksklusif sehingga bayi berumur 6 bulan. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan sehingga umur 2 tahun atau lebih dengan tambahan makanan pelengkap.
Menyusu Di Khalayak Ramai
Walaupun dengan galakkan yang kuat bagi pengalaman yang begitu indah dan memuaskan ini, ramai ibu-ibu di Malaysia masih merasa gelisah atau kurang selesa untuk menyusukan bayi di khalayak ramai atau dalam kehadiran ahli keluarga lain. Sebagai masyarakat yang konservatif, ramai yang masih memandang amalan menyusukan bayi di khalayak ramai sebagai sesuatu yang tidak dilakukan.
Tambahan pula, menyusukan bayi dengan selesa di khalayak ramai bukanlah satu kemahiran yang boleh disesuaikan dengan cepat oleh kebanyakan ibu. Ramai wanita terkial-kial dengan cara untuk menyusukan bayi di rumah, apatah lagi di tempat awam. Tetapi, jangan bimbang; dengan pengetahuan dan sedikit persediaan, anda pun boleh menyusukan bayi di khalayak ramai dengan yakin dan selesa.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu apabila bayi anda rasa lapar di tengah-tengah tempat membeli-belah yang sibuk atau semasa anda sedang membuat kerja-kerja di luar:
  • Buat persediaan awal!
    Apabila meninggalkan rumah dan jika anda tahu destinasi anda, buat perancangan awal seperti di mana tempat yang sesuai untuk berhenti dan menyusukan bayi apabila dia lapar. Dengan begitu, anda tidak perlu panik apabila bayi perlu disusukan.
  • Pakai pakaian sesuai
    Terdapat pelbagai jenis pakaian dan coli yang sesuai untuk menyusukan bayi yang boleh membantu anda seperti yang ada kelepet, berbutang atau berbelah. Pakaian-pakaian tersebut dapat mendedahkan payudara secukupnya untuk bayi menyusu dan pada masa yang sama menutupnya daripada pandangan orang ramai. Anda juga boleh membawa sehelai selendang berwarna gelap atau cuba gunakan penyandang bayi sebagai penutup agar tiada sesiapa pun yang perasan anda sedang menyusukan bayi.
  • Bawa peralatan bersama anda
    Anda patut sentiasa bawa semua peralatan seperti kain selendang, selimut atau kain lap untuk menyusukan bayi ke mana-mana anda pergi bagi memudahkan anda apabila ia diperlukan.
  • Cari sudut yang sesuai
    Anda perlu bijak memilih tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi di khalayak ramai kerana ada sesetengah tempat yang mungkin tidak berapa sesuai. Jika anda berada di gedung besar atau tempat membeli-belah, ambil kesempatan untuk menggunakan bilik penyusuan yang selalunya ditempatkan bersebelahan dengan tandas. Jika anda berada di restoran, cari meja di sudut atau di belakang sebatang pokok atau tiang. Anda juga harus menyerongkan tubuh jauh daripada khalayak ramai atau gunakan kad menu untuk menyelindung diri anda. Jika tiada tempat yang sesuai bagi membolehkan anda menyusukan bayi, pertimbangkan untuk menyusukan bayi di dalam kereta.
  • Berlatih, berlatih, berlatih!
    Berlatih akan membuat anda mahir, oleh itu berlatihlah menyusukan bayi secara berselindung di rumah sahabat anda atau di tempat yang lebih terbuka. Anda juga boleh berlatih di hadapan cermin untuk melihat bagaimana rupa anda apabila menyusukan bayi anda.
  • Ketahui hak anda
    Ketahuilah bahawa anda mempunyai hak untuk menyusukan bayi anda pada bila-bila masa yang diperlukan. Ia adalah satu proses semulajadi; oleh itu janganlah berasa malu untuk menyusukan bayi secara berselindung di khalayak ramai.
Menyusukan bayi di khalayak ramai boleh menimbulkan beberapa cabaran kepada anda tetapi ia berbaloi untuk diatasi kerana bayi anda akan mendapat khasiat terbaik daripada anda setiap masa. Berbanggalah kerana anda seorang ibu yang menyusukan bayi dan anda boleh melakukannya!
1 Response
  1. Antara faktor buat ibu2 bf ni malu dan segan nak NIP sebab ada orang usha pelik. Tapi demi baby, buat tak tau je. Mental kena kental. Hehe. Kang kalau baby kita nangis, kita jugak yang jenuh nak pujuk. Bukan diorang, ye dok? As long kita tak buat dosa, move on je dengan cara kita with the right way. :D


Sahabat2ku.......