F

MENYUSU di mana-mana saje!



Assalamualaikum....


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah....ank sy kini dh berusia 3 bulan....masih diberi susu ibu secara eksklusif.... 

 Inilah SITI KHADIJAH MAISARAH..... Alhamdulillah dpt sy susuinya hingga kini....


Inilah KEYSHA DAMIA ZAHIRAH..... (ank ke3) klu mengenang puteri ku ini pasti hati akan terasa pilu aje..... (nnt sy ceritakan yer....)

Berikut sy nk kongsi artikel tentang menyusui bayi di khalayak ramai.....pasti anda mengalami pelbagai perasaan ketika  ingin menyusukan bayi di khalayak ramai kn....sy pun dulu masa ank pertama dan kedua sehingga usia ank 6 bln sy x g umah kwn2 ke saudara-mara ke....bukan apa kerana sy segan bila nk menyusu di khalayak ramai..... ntahlah mcm perasaan bercampur baur.....tp bila dh ank ke 3 dan ke 4 ni, alhamdulillah dh pandai menyesuaikan diri ketika menyusu di khalayak ramai....insyaallah artikel ini dpt memberi manfaat kepada semua ibu......

++++++++++++++++

Menyusu Di Khalayak Ramai
Kebanyakan wanita yang baru menjadi ibu merasa gelisah untuk menyusukan bayi dikhalayak ramai. Jika anda pun sedemikian, berikut adalah beberapa tip yang bolehmembantu anda menyusukan si manja di tempat awam dengan lebih selesa.

Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Paediatrik dan Penasihat Penyusuan Susu Ibu

Di Malaysia dan di banyak negara lain di seluruh dunia, menyusu susu ibu di khalayak ramai bukanlah satu fenomena yang ganjil atau dilarang. Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu-ibu untuk menyusukan bayi secara eksklusif sehingga bayi berumur 6 bulan. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan sehingga umur 2 tahun atau lebih dengan tambahan makanan pelengkap.
Menyusu Di Khalayak Ramai
Walaupun dengan galakkan yang kuat bagi pengalaman yang begitu indah dan memuaskan ini, ramai ibu-ibu di Malaysia masih merasa gelisah atau kurang selesa untuk menyusukan bayi di khalayak ramai atau dalam kehadiran ahli keluarga lain. Sebagai masyarakat yang konservatif, ramai yang masih memandang amalan menyusukan bayi di khalayak ramai sebagai sesuatu yang tidak dilakukan.
Tambahan pula, menyusukan bayi dengan selesa di khalayak ramai bukanlah satu kemahiran yang boleh disesuaikan dengan cepat oleh kebanyakan ibu. Ramai wanita terkial-kial dengan cara untuk menyusukan bayi di rumah, apatah lagi di tempat awam. Tetapi, jangan bimbang; dengan pengetahuan dan sedikit persediaan, anda pun boleh menyusukan bayi di khalayak ramai dengan yakin dan selesa.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu apabila bayi anda rasa lapar di tengah-tengah tempat membeli-belah yang sibuk atau semasa anda sedang membuat kerja-kerja di luar:
  • Buat persediaan awal!
    Apabila meninggalkan rumah dan jika anda tahu destinasi anda, buat perancangan awal seperti di mana tempat yang sesuai untuk berhenti dan menyusukan bayi apabila dia lapar. Dengan begitu, anda tidak perlu panik apabila bayi perlu disusukan.
  • Pakai pakaian sesuai
    Terdapat pelbagai jenis pakaian dan coli yang sesuai untuk menyusukan bayi yang boleh membantu anda seperti yang ada kelepet, berbutang atau berbelah. Pakaian-pakaian tersebut dapat mendedahkan payudara secukupnya untuk bayi menyusu dan pada masa yang sama menutupnya daripada pandangan orang ramai. Anda juga boleh membawa sehelai selendang berwarna gelap atau cuba gunakan penyandang bayi sebagai penutup agar tiada sesiapa pun yang perasan anda sedang menyusukan bayi.
  • Bawa peralatan bersama anda
    Anda patut sentiasa bawa semua peralatan seperti kain selendang, selimut atau kain lap untuk menyusukan bayi ke mana-mana anda pergi bagi memudahkan anda apabila ia diperlukan.
  • Cari sudut yang sesuai
    Anda perlu bijak memilih tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi di khalayak ramai kerana ada sesetengah tempat yang mungkin tidak berapa sesuai. Jika anda berada di gedung besar atau tempat membeli-belah, ambil kesempatan untuk menggunakan bilik penyusuan yang selalunya ditempatkan bersebelahan dengan tandas. Jika anda berada di restoran, cari meja di sudut atau di belakang sebatang pokok atau tiang. Anda juga harus menyerongkan tubuh jauh daripada khalayak ramai atau gunakan kad menu untuk menyelindung diri anda. Jika tiada tempat yang sesuai bagi membolehkan anda menyusukan bayi, pertimbangkan untuk menyusukan bayi di dalam kereta.
  • Berlatih, berlatih, berlatih!
    Berlatih akan membuat anda mahir, oleh itu berlatihlah menyusukan bayi secara berselindung di rumah sahabat anda atau di tempat yang lebih terbuka. Anda juga boleh berlatih di hadapan cermin untuk melihat bagaimana rupa anda apabila menyusukan bayi anda.
  • Ketahui hak anda
    Ketahuilah bahawa anda mempunyai hak untuk menyusukan bayi anda pada bila-bila masa yang diperlukan. Ia adalah satu proses semulajadi; oleh itu janganlah berasa malu untuk menyusukan bayi secara berselindung di khalayak ramai.
Menyusukan bayi di khalayak ramai boleh menimbulkan beberapa cabaran kepada anda tetapi ia berbaloi untuk diatasi kerana bayi anda akan mendapat khasiat terbaik daripada anda setiap masa. Berbanggalah kerana anda seorang ibu yang menyusukan bayi dan anda boleh melakukannya!

Bila JANTUNG kita diserang????



Assalamualaikum....


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Saje nk kongsi artikel yg telah diforward oleh seorang teman melalui email...tysm my friend... harap ada manfaatnyer....

################


Ajal maut bukan kita yang menentukan, tapi kita juga tidak seharusnya berserah kepada takdir semata. Sebab itulah kita disaran berusaha mencari penyembuh bila jatuh sakit.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ‘Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah’. Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.
Begitu juga bila anda berada diambang maut, bila dada terasa sempit, bila nafas terasa sukar untuk ditarik…apa yang harus dilakukan ?
Andaikan…anda dalam perjalanan balik ke rumah setelah sehari suntuk berada di pejabat.
Tiba-tiba dada terasa sakit yang amat sangat. Kesakitan menular ke tangan dan rahang. Hospital paling dekat terletak kira-kira 8km dari rumah. Tapi, anda tak pasti samada dapat bertahan memandu sejauh itu.
Apa yang harus dilakukan? Anda telah dilatih dalam pertolongan cemas – CPR (CardioPulmonary Resuscitation). Tapi mereka yang mengendalikan kursus tidak mengajar cara melakukan CPR untuk diri sendiri.
Bagaimana untuk menyelamatkan diri dari serangan jantung bila bersendirian?
Lazimnya, serangan jantung berlaku bila anda keseorangan. Tanpa bantuan, anda hanya ada 10 saat sebelum masuk ke tahap ‘hilang sedar’.
Apa yang harus dilakukan?
Jangan gelabah. Tarik nafas panjang, batuk berulang kali sekuat hati seolah-olah anda sedang cuba mengeluarkan kahak dari dalam dada.
Lakukan selang 2 saat tanpa henti sehingga tiba bantuan. Atau sehingga degup jantung anda kembali normal.
Tarikan nafas panjang menyebabkan oxygen masuk ke dalam paru-paru. Batuk membuat jantung anda bergerak aktif dan membantu pengaliran darah. Tekanan (squeeze) pada jantung membantu mengembalikan denyutan seperti sediakala. Dengan yang demikian, anda boleh sampai ke hospital untuk rawatan lanjut.



Bila anak ambik UPSR

Assalamualaikum....


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Esok UPSR..... insyaallah anak sulung sy akan menduduki peperiksaan tersebut....sy pula yg terasa bahangnya. Biasanyer dengar anak2 rakan2 yg menduduki peperiksaan besar seperti ini, jd tak terasa sangat, mula2 tu terasa juga pelik rakan2 bgtau seram sejuk bila ank2 ambik periksa siap solat hajat, baca Yaasin dan ada yg ambik air penerang hati untuk ank.... Kini bila ank sendiri menduduki peperiksaan baru tahu perasaan rakan2 tu...hehehhe...apa2 pun sy sering menasihati anak2 sy bahawa, "mama hanya mampu berdoa dan segalanya terserah kepada izin Allah SWT dan usaha ank2 mama",...itulah petikan ayat2 cinta sy buat dua org puteri sy yg sedang membesar...dan 2 org puteri lg yg sedang membesar akan sy berikan nasihat yg sama....insyaallah.

(Credit to Fropki.com for the nice photo)

Bercerita pasal peperiksaan ank sy....sebenarnya kehidupan sy tetap seperti biasa...tiada yg berubah.....sy sering memberitahu ank2 sy menduduki peperiksaan ini seperti persiapan kita untuk berperang (walaupun x pernah pergi berperang....hehehehe)....semua persediaan mesti dari awal....bila saja kita tahu kita bakal menduduki peperiksaan, maka segala kelengkapan dh mesti tersedia....tiada preparation di saat akhir....jgnlah ckp ini x sedia, masa x cukup dn pelbagai alasan kerana semua itu di tangan kita....hanya orang yg berusaha dan bersedia saja yg akan berjaya.

Sy juga x lupa mengingatkan ank2 sy agar selepas semua siap sedia.,...bertawakal lah.... Pernah ank2 sy tanya sy,......"mama, kalau kita dh berusaha, tp x berjaya jugak mcm ne????",  dengan senyum sy menjawap...."itu tandanya usaha along dn angah belum sampai 100% lg....," ank2 x puas hati...."mama, tp kita dh berusaha ke 120% masih belum jgk berjaya...mcm ne???". Sy memandang ke muka ank2 dan memberitahu mereka...."itu tandanya Allah SWT masih belum memberi izinNya, dan sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui apa yg terbaik untuk hamba2nya...so Redholah atas apa yg Allah SWT kurniakan, namun tetap istiqamah dlm berilmu dan beramal......dn Allah SWT pasti ada hikmah di sebalik semua yg Allah SWT berikan pada hamba2Nya". Along dan angah menganggukkan kepala....so sy rasa mereka faham......

Alhamdulillah...apa2 pun kita sebagai ibu dan bapa pasti mengharapkan sesuatu yg baik untuk ank2...apa pun yg kita doakan pasti yg terbaik, namun semua perkara mesti berlaku serentak dan seimbang......ibubapa dan anak2 itu sendiri mesti istiqamah dalam bersikap dan melakukan sesuatu perkara baik dari segi ilmu dan amal. Ada juga ibubapa yg apabila ank2 hendak menduduki peperiksaan besar....mulalah rungsing, berdoa, berwirid, paksa baca buku, mengaji AL-Quran.....sedang semua itu x dibuat sebelumnya...tp bila nk periksa aje dibuat...manakala ank pula "cool" aje...buat "derk" aje (kata budak2 skrg)....dn doa pastinya nk anak dpt yg terbaikkkkkk....... ADAKAH AKAN MENDAPAT JAWAPAN YANG BAIK DARI ALLAH SWT???? 

Apa2 pun buatlah sesuatu dengan ikhlas.....  tetaplah beristiqamah dlm berdoa dan beramal....sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui dan maha mendengar.... 

Coretan ini untuk mengingatkan diri sy sendiri dan mgkn ada manfaatnya untuk ibubapa di luar sana..... insyaallah.

P/S :  Buat anak ku....NUR NADIAH NATASYA BT ABDULLAH
Peperiksaan UPSR hanyalah sekadar ujian di dunia....sesungguhnya ada lg ujian yg besar menanti mu    diakhirat....jadilah ank yg soleha dan istiqamah dlm berilmu dan beramal.....ingat mama sentiasa mendoakan kebaikan untukmu....




Aidilfitri oh Aidilfitri

Assalamualaikum....



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Masih ada masa nk ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri walaupun Syawal telah hampir ke penghujungnya.....Moga Syawal yg kita lalui ini memberikn seribu kebaikan untuk diri kita dn keluarga dan janganlah bulan Syawal ini pula byk kita lakukan perkara2 yg tak berfaedah....dan diharapkan aktvt Ramadhan akan terus dikekalkan dan dimantapkan lagi....

Dalam menyambut kemeriahan Syawal diharapkan pula jgn terlalu berlebihan gembiranya....bak kata orang berpada-pada lah.... pembaziran dielakkan....silatulrahim dieratkan.....moga bulan Syawal ini akan memberi banyak kebaikan buat kita sekeluarga....insyaallah.

Diharap semua kebaikan dalam kedua2 bulan akan tetap diteruskan di dalam bulan2 berikut.....apa2 pun semua bulan pun membawa kebaikan sekiranya amalan2 murni dan semua perkara yg baik kita lakukan....insyaallah.

Sahabat2ku.......