TAHUN 2020...... Performance on "Google Search"
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Apa khabar sahabat semua? Semoga dikurniakan dengan segala kebaikan oleh Allah S.W.T. Dan yang penting sentiasa dlm rahmat dan redhoNya.😊 Siapa lah kita tanpa redhoNya.
Tergerak hati ni hendak menjenguk blog, itu pun kerana ada notifikasi, rupanya ramai jgk yg masih mengunjungi blog ini. Terima kasih semua. Dan ramai pulak yang buat carian posting berkenaan PEMILIK GARDENIA (published Julai 2009) dan GARDENIA (KL) & QAF LIMITED (published April 2013). Posting tu dh lama, namun masih relevan, namun apa pun saya berharap agar kita ni sebagai pembaca perlu membaca dengan bijak dan buat research sendiri sebelum mempercayainya dan akhirnya menyebarkannya pada orang lain.
Mungkin......... carian berkenaan artikel tu begitu "hot" sekali sebab kempen #BMF, kot 

Opss... berbalik pada posting saya tu.... apa-apa pun jadilah pembaca yang bijaksana, dalam menilai bahan bacaan kita. Apabila melihat sesuatu artikel dalam sesuatu blog ni, yang penting "tabbayyun"! Tengok tarikh diterbitkan@ published. Kadang-kadang dah tak relevan lagi dalam senario masa kini.... maka jangan terus terima bulat-bulat... okay. Ianya ingatan utk diri saya sendiri juga dan sahabat yang saya hormati.
Wallahualam.