F

Wahai anak......Selamat Menjawap Kertas UPSR!

ssalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Esok....30 September 2014, in sha Allah ulang periksa  kertas BI...semoga angah akan dpt menjawap dengan baik dan lancar dan dipermudahkan olehNYA. Ada dua kertas, sains dan BI utk esok dan 9hb Oktober kertas subjek maths. Apa2 pun situasinya....semua pelajar2 yg terlibat akan dapat menjawap dengan tenang dan lancar. Saya sendiri selalu menasihatkan si angah apa yg jadi semalam jangan dikenang...terus mara ke hadapan. Orang yg dah mmg bersedia akan sentiasa bersedia pada bila2 masa tak kira apa jua keadaannya. Itulah nasihat yg selalu saya ucapkan buat along dan juga angah. Ambil hikmah baik sahaja atas apa jua kejadian yg Allah berikan... Sebagai ibu pasti kita mengharapkan yg terbaik, tp apa jua keputusan yg anak kita akn dpt kelak, itu adalah perkara terbaik yg telah mereka buat dan usaha. Jadi hanya ucapkan Mabruk ‘alaiki (tahniah ke atas awak ). 


Buat angah tetap terus berusaha, berdoa dan bertawakal.... in sha Allah akan dipermudahkan segalanya. 

Apa sahaja yang kita lakukan, usaha sahaja tidak mencukupi. Sebagai seorang yang beragama Islam, perlu diiringi dengan doa dan tawakal. Barulah membentuk keimanan dalam diri yang sebenar.

Mungkin ramai yang melihat bahawa cukuplah sekadar berusaha. Tetapi tahukah anak2, usaha itu tidak akan memberikan kita kejayaan jika Allah SWT tidak mengizinkannya. Maka apa yang kita perlu lakukan ialah berdoa.

Sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaKu. Nescaya akanKu perkenankan kepadamu.”
(Surah Ghafir: Ayat 60)

Oleh itu anak2, rajin-rajinkanlah berdoa dan lakukan solat sunat hajat memohon kepada Allah SWT. Insya-Allah, jika anak2 berterusan dalam berdoa, maka Allah SWT akan membalasnya dengan kejayaan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan.


Kepada ibu bapa...... yang sangat mementingkan keputusan cemerlang anak-anak dalam peperiksaan, namun jangan dilupakan, disamping keputusan cemerlang, usah pula kita terlupa untuk mendidik dan memastikan sikap anak-anak kita juga turut cemerlang.

Ikuti perkongsian menarik dari Ustaz Asraff Ayobb (lulusan tahfiz dari Mesir, seorang usahawan dan pengasas Kaedah Jibril) bagaimana beliau berjaya melonjakkan diri dari seorang pelajar biasa-biasa kepada seorang yang luar biasa dan berjaya mencapai keputusan cemerlang bukan hanya dalam peperiksaan tapi juga dalam hidup hanya dengan menukar SIKAP beliau.

Sekarang heboh soalan UPSR dah banyak bocor. Kata orang, soalan ‘ganti’ selalunya lebih sukar. Saya tak pasti. Tapi yg saya pasti ialah :

Jangan risau sangat jika anak tak dapat A dlm UPSR, tapi kita perlu lebih risau jika mereka tak dapat A dalam sikap.

Maksudnya begini : saya sering melihat, kejayaan hidup sebenarnya bukan atas faktor ‘pintar’ semata tetapi atas faktor sikap. Kata psikologi, bukan IQ tapi EQ.

Saya bahkan tidak segan mengaku satu rahsia di sini, sebenarnya saya pelajar ‘biasa’. Bukan ‘cream student’ yg otaknya gred A, bagi apa sahaja dia terus hafal / faham.

No. Saya ni lembab sikit. Dulu ketika menghafaz, ada rakan yg boleh hafaz satu mukasurat dalam masa 10 minit, saya pula ambil masa rata-rata 45 minit. Maknanya lembab 4 kali ganda.Tapi akhirnya dia gagal hafaz keseluruhan Quran sementara saya Alhamdulillah, ketika itu setahun lebih cepat khatam dari waktu yg diberikan.

Apa rahsianya? SIKAP.

Saya berikan contoh di sini. Ketika SPM saya amat jahil matematik. ‘Math moden’ itu pun saya anggap sukarnya seperti ‘Add math’. Markah asyik 30 sahaja. Kalau dapat 45 rasa macam dapat 95! Cikgu matematik punya risau sampai masukkan saya bersama beberapa rakan lain dalam kelas ‘emergency’. Matematiknya nazak!

Itu tahapnya. Dalam pada sama, saya cemburu dengan seorang rakan yang markahnya asyik 90 ke atas sahaja. Saya perlahan-lahan belajar darinya, cuba korek rahsia.

Memang mulanya susah nak faham. Tapi saya perlu buat latihan 10 kali ganda. Jika dia buat latihan 2 buku hingga 10 malam selama sebulan, saya perlu buat latihan 20 buku hingga 2 pagi selama 3 bulan!

Itu yang saya lakukan. Formulanya begini : dah tahu ‘otak lembab’, gandakan usaha.

Alhamdulillah sungguh tak sangka bila SPM keluar, hasilnya dapat A1 ! Ia saya anggap ’10 perkara ajaib yg berlaku seumur hidup’. Cikgu matematik pun ternganga macam tak percaya.

Tapi itulah rezeki. Dan Tuhan akan beri apa yg kita mahu jika kita yang mulakan dahulu. Ubah sikap. Saya belajar bahawa kejayaan boleh datang dgn sikap yang betul walaupun otak anda taklah ‘cream’ sangat.

Sikap seperti sanggup bekerja keras, kuat berdoa, yakin padaNya, tidak mudah menyerah kalah, be humble untuk belajar dengan orang lain dan bersyukur atas sekecil nikmat.

Saya percaya jika sikap ini ditanam kepada anak kita, jangan risau walau apapun keputusan UPSR nya, dia tetap anak terbaik anda kerana sikapnya ‘A’.

Bila sikapnya ‘A’, yakinlah walau apapun ‘peperiksaan’ yang dilalui, dia tetap akan dapat ‘A’ juga.

‘A’ permanent. Ia bermula dari kualiti sikap. Sikap terhadap Tuhan, diri dan orang lain.

SALAM JUMAAT 1 Zulhijjah 1435H

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
biar gambar yg berbicara......

















Khasiat Dari Pokok Kari


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Entri pasal daun kari yer..... boleh dikatakan pokok kari ni kat rumah mesti ada. Lagi pun pokok kari ni senang sangat ditanam.... ambik bijinya dan semai.... in sha Allah.... tumbuh.... Dah tu bila bijinya jatuh ke tanah..... tahu2 dah bertunas lagi....senang sgt nak tanamnye..
Rasulullah saw. Bersabda:    "Seorang Muslim yang menanam pohon atau tanaman-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala". (HR Anas r.a)
Saya sendiri suka buat pes daun kari..... Giling @ tumbuk daun kari, kelapa, daun pudina dan campurkan sedikit perahan limau, ditambah sedikit garam. Boleh dimakan bersama nasi panas dan juga makanan lain seperti roti. Cuba lah mana tau berselera!

Pokok kari berasal dari India dan Sri Lanka. Nama Saintifiknya Murraya Koenigii. Daunnya diguna sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari, rasam, chutney, murukku dan sebagainya.

Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:
66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber

Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit najis berdarah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Buat teh dari daun kari yang kering dan minum airnya. Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Wallahu a'alam.

Tawaran 10 hari di bulan Zulhijjah

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Zulhijjah merupakan salah satu bulan istimewa dalam Islam. Terutama, pada sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah itu. Setiap Muslim wajib merebut kemuliaan dan tawaran yg telah Allah SWT berikan di sepanjang Zulhijah dengan mengambil iktibar dan inisiatif menjana akidah tauhid dan menjalin ikatan ukhuwah dalam usaha mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan sejagat.


Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (HR. Bukhari)

"Tidak ada hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk beribadah kepadaNya melebihi sepuluh hari bulan Zulhijjah. Berpuasa pada setiap hari daripadanya menyamai ganjaran berpuasa setahun, dan beribadah pada setiap malam daripadanya menyamai ganjaran beribadah pada Lailatul Qadr." (HR. Imam at-Tirmidzi)

"Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR. Imam Ahmad)

Wahai sahabat, pendek kata penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Semoga bermanfaat serta kita dapat melewati sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah ini dengan meraih pahala yang berlimpah, in sha Allah.

Wallahu a’lam.

HUKUM IBADAH KORBAN...SUNAT ATAU WAJIB?

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah....lama benar tidak menjenguk blog.... Hari ni di beri kesempatan......
In sha Allah, umat Islam di negara ini akan menyambut Aidil Adha pada tarikh 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah1435 Hijrah, demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia. Saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat seluruh umat ISLAM.... 

Umat Islam dianjurkan agar memperbanyakkan ibadat pada malam Aidiladha berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadat), maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dari mengingati Allah). (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w. Moga kita sama-sama dapat menyelami erti sebenar sebuah pengorbanan... 

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, KECUALI Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Berkata Imam as-Syafi’ie;
“Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu)

Terdapat banyak hadis yang menganjurkan ibadat korban antaranyab di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”.

(Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.)

GANDAAN PAHALA KORBAN

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

"Barangsiapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" (Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu' dan lain-lain kewajiban.

TAK MAMPU NAK BUAT KORBAN?

Jangan mudah kata TAK MAMPU....Allah tahu kita mampu ke tak....Usahakanlah untuk kumpul RM30-50 sebulan dan masukkan ke dalam "tabung korban".

Jika kita tak mampu utk berkorban di Malaysia yang rata2 harga 1 bahagian lembu rm550...kita boleh join korban di Kemboja (penduduk miskin). 1 bhgian hanya RM270. Nanti tahun2 depan bila dah ada bajet lebih, kita boleh join pula ibadah korban di tempat kita pula.

~Allah melihat usaha kita~

Sahabat2ku.......