F

Israk Mikraj - ubati kesedihan Nabi Muhammad, Rasulullah

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Berkongsi cerita tentang Israk Mikraj 1435H.....
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam mencatat dua peristiwa sedih memilukan hati dalam sejarah perjalanan hidup rasul kesayangan kita, iaitu Nabi Muhammad. 

Dua peristiwa sedih ialah kewafatan Saidatina Khadijah, isteri yang sangat disayangi Baginda. Saidatina Khadijah dengan penuh ikhlas dan rela hati menyumbang semua harta miliknya untuk kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah. 

Kematian bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu rapat dengan hidup Nabi. Justeru, Abu Talib bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela dan melindungi Rasulullah daripada ancaman orang kafir Quraisy.

Pemergian kedua-duanya berlaku dalam tahun yang sama. Hal ini begitu terkenal dalam sirah sehingga sejarawan telah menamakan tahun tersebut sebagai 'Tahun Kesedihan' ('amul huzni’). 

Peristiwa Israk Mikraj perlu diingati seluruh umat Islam kerana ia membuktikan kebesaran Allah SWT dan kebenaran ajaran Islam. Kurniaan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW itu sebagai mengubat kesedihan Baginda itu. Apa yang penting,  di sebalik kesedihan dirasai Nabi Muhammad SAW, peristiwa Israk Mikraj perlu diingati kerana hikmah daripada perjalanan baginda dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha), seperti mana yang dirakamkan dalam al-Quran itu adalah untuk meningkatkan keimanan kepada kekuasaan Allah SWT. 

Firman Allah SWT, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’: 1)

Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa, tetapi ia juga membawa pelbagai hikmah yang besar, ditunjukkan kepada Nabi SAW sebagai bukti kebesaran Allah SWT. Di dalamnya juga diperintahkan ibadah yang terbesar di dalam Islam iaitu ibadah solat.

Israk dan Mikraj juga merupakan medan ujian bagi manusia, sama ada selepas mendengar kisah ini akan terus beriman kepada Allah SWT atau mengingkarinya lalu kembali kepada kekufuran.


Ia juga adalah pengukur bagi iman seseorang, jika seseorang itu tidak mempercayai dan menafikan kisah ini, maka imannya terbatal. Justeru, akurlah bahawa akal dan diri kita ini amat lemah berbanding dengan kerajaan dan kekuasaan Allah SWT.

Justeru, umat Islam perlu menghayati ajaran al-Quran serta memahami sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW termasuk peristiwa besar membabitkan Baginda dalam menyebarkan syariat Islam kepada seluruh ummah.

Sukatan sajian Makanan yg PERLU kita ambil tahu!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Terpanggil untuk berkongsi tentang kadar sajian makanan yg kita ambil pada setiap hidangan makanan kita. Bukan apa, biasanya saya tak mengambil berat pasal saiz hidangan ni, sbb biasanya kalau saya makan pun dlm kuantiti sederhana saje. Cuma skrg ni, saya lebih berhati2, ye lah usia pun makin lama makin meningkat, jadi setiap makanan yang  dimakan perlu sgt kita jaga.....tambahan pula ank2 saya terutamanya si angah.... badan macam di pam2... bukan apa masa kecik2 ni comel lah... tapi nanti bila dah meningkat sklh menengah nanti... malu plak pada kawan2. Itu yang saya selalu bgtau pada angah. Jadi apa pun yang dimakan oleh nya saya akan ingatkan. Saya beri garis panduan padanya agar mudah untuknya mengikuti. Saya tidak melarang utk ank2 makan apa sahaja....namun kawal kuantiti pengambilan makanan yg diambil. Macam angah dia tak suka pun makan "junk food" tapi dia suka apa saja yg dimasak oleh saya...ermmm...terutama nasi dan pasta....budak2 ni biasanya mereka suka makan.... terutamanya makan malam....padahal dah makan sebelum pukul 7.... tapi tetap nak makan lagi! Itulah tabiat anak ku si Angah.... (mohon berubah ya anak mama....jaga diri,  jaga kesihatan).

Pasal sajian makanan, kdg2 sebagai orang dewasa pun kita tersasar juga akan kuantiti makanan yg kita ambil..... buakan apa sering terkeliru, nak guna sukatan cawan ke, mangkuk sup ke dn macam2 lah...akhirnya ambik suka hati aje lah....Cara mudah yg boleh kita praktikkan adalah seperti berikut:-


Nilai sukatan sajian ini kadangkala sukar untuk dikira disebabkan penggunaan ukuran isi rumah seperti cawan, sudu teh, sudu makan, senduk yang berbeza.


Di sini, terdapat beberapa panduan mudah untuk kita sendiri mengira berapa sukatan sajian makanan kita dengan hanya menggunakan tangan kita!

1 ounce = 28g
1 teaspoon = 5ml / 5g




Gunakan tangan anda untuk anggarkan saiz makanan anda.

Merujuk kepada gambar, satu saiz penumbuk (fist) bersamaan dengan 1 cawan. Jika diambil contoh nasi, 1 sajian nasi ialah 2/3 cawan, maka anda telah mengambil 1 suku sajian nasi.

Begitu juga dengan penggunaan marjerin, satu tip ibu jari bersamaan dengan 1 sudu teh, jadi jika anda mengambil marjerin mengikut saiz ibu jari anda, ia sudah cukup dikira 1 sajian.






Kita semua telah sedia maklum akan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan pemakanan secara seimbang dan sihat. Di piramid makanan tersebut, ada dinyatakan saiz sajian yang perlu diambil bagi setiap kumpulan makanan dalam sehari. Namun, adakah kita tahu apa itu sajian? Bagaimana nak kira bilangan sajian sesuatu makanan itu?

Setiap kumpulan makanan telah dianggarkan saiz hidangan dengan bilangan gram yang ditetapkan seperti berikut :

1) KARBOHIDRAT (nasi, mi, kentang, tepung dll) = 15g Karbohidrat (1 Sajian)
2) PROTEIN (ayam, daging, telur, ikan, keju dll) = 7g Protein (1 Sajian)
3) LEMAK (minyak, butter, santan dll) = 5g Lemak (1 Sajian)

Berikut merupakan contoh makanan beserta dengan saiz sajian :
1) 1 Sajian = 15g Karbohidrat
Makanan Gandum / Berkanji
Nasi : 1 senduk, 2/3 cawan
Nasi Bubur : 1 cawan
Mi Kuning : 1/2 cawan
Roti Putih / Mil Penuh : 1 keping
Biskut kraker (segi empat sama) : 6 keping
Ubi Kentang : 1 biji bujur (7 x 4 cm)

Buah-buahan
Betik, Tembikai, Nenas, Tembikai Susu : 1 potong
Mangga, Epal, Lai, Limau (Oren), Pisang Berangan, Ciku : 1 biji
Jambu Batu : 1/2 biji
Rambutan : 7 biji
Anggur : 8 biji
Kurma : 3 biji
Duku : 6 biji
Durian : 3 ulas

2) 1 Sajian = 7g Protein
Ayam : 1 ketul (utk setiap bahagian peha, dada, kepak, thigh, drummet)
Daging : 1 ketul saiz kotak mancis (3 x 4 x 2.5 cm)
Ikan : 1 ekor sederhana (200 x 50 cm) - kembung, selar, kerisi, sardin
Telur : 1 biji (semua gred kecuali gred AA)
Tauhu : 1 keping
Sotong : 1 ekor
Udang merah ros : 10 ekor (sederhana)
Keju : 2 keping nipis

3) 1 Sajian = 5g Lemak
Minyak Masak : 1 sudu teh
Marjerin : 1 sudu teh (aras)
Santan Kelapa : 1/4 cawan
Kacang Tanah : 1/3 cawan
Kelapa Parut : 2 sudu makan (membumbung)
Mayonis : 1 sudu teh (membumbung)

4) Sayur-sayuran Hijau (1 Sajian) = Bebas Kalori
Sayur daun hijau : 1 cawan (mentah), 1/2 cawan (masak) - sawi, bayam, kangkung.

Sekarang, kiralah berapa sajian yang perlu anda ambil dalam sehari dengan cara mudah ini. Amalkan gaya hidup sihat. Kita mampu merubahnya....In sya Allah

Cuci Buah Pinggang dengan Daun Sup - Mudah



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Dah lama tak update blog...Jadi hari ni nak berkongsi petua yang saya sendiri pun baru tahu.... terima kasihlah wahai sahabat yang sudi berkongsi petua ini... Jasamu amat dikenang.... Alhamdulillah saya amalkan.... perkara baik jangan ditunda2kan..... khasiat daun sup.....ternyata ianya dapat mencuci buah pinggang. Buah pinggang organ dalam badan yang dah bekerja lama dan banyak baktinya pada kita ... tentu banyak benda-benda yang tersaring kat dalam buah pinggang ... maklum lah kan .. buah pinggangkan kerja nya menapis darah dengan membuang garam dan racun yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita ... jadi, kita perlukan pembersihan buah pinggang .. Bagaimana buah pinggang kita berfungsi....macam mana caranya ... jom kita perhatikan gambar kat bawah ni .. 


Ini adalah gambar buah pinggang .. gambar yang besar tu adalah gambar buah pinggang dibelah .. lihat kat dalam buah pinggang tu .. ada ketulan yang menghalang di saluran buah pinggang ... ini yang menyebabkan buah pinggang tak dapat bekerja dengan sempurna .. bila buah pinggang tidak dapat menjalankan tugasnya, akibatnya tubuh badan kita yang menanggung deritanya.


Rahsia Daun Sup, Mampu Mencuci Buah Pinggang 

Antara rahsia tersembunyi sayuran yang mungkin kita kerap makan tanpa kita ambil peduli tentang khasiatnya ialah daun sup. Daun sup telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! Ketahuilah rahsia daun sup melalui tips dibawah.

Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang kita dalam proses biologi badan.

Kandungan garam dan racun yang ada didalamnya tidak kita ketahui betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja.

Namun begitu, tahukah anda dengan "daun sup" anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini...

Cara dan penyediaan
Ambil daun sup, cuci bersih-bersih , potong kecil2, masukkan ke dalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.

Sejukkan rebusan air daun sup tadi, tapis dan masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.

Amalkan meminumnya segelas sehari...Insya Allah anda akan rasa perubahannya...Anda akan lihat akumulasi garam dan racun lain akan keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil. Juga anda akan dapati diri anda berasa lebih segar dan sihat berbanding dulu ... 

Berusaha - Berikhtiar - Allah jua yang menyembuhkan.

selamat mencuba ...

Info Ringkas Tentang Daun Sup/Saderi 
Daun sup atau daun saderi mempunyai banyak vitamin. Ia merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B kompleks dan C dan magnesium.

Daun saderi ni banyak khasiatnya .. selain dapat membersihkan buah pinggang .. ia jugak dapat menurunkan tekanan darah tinggi ... caranya sama iaitu dengan mengamalkan minum air rebusannya setiap hari ... khasiat daun saderi yang lain adalah dipercayai dapat mengubati keracunan ... seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman dibahagian luka dalaman ... 

Bagus sebenarnya daun saderi ni .. banyak khasiat ... selama ni kalau dalam makanan ada daun saderi ni main kuis tepi jek .. lepas ni kena makan daun yang original dan air rebusan dia sekali ... mudah-mudahan dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan ... kita berusaha, Allah jua yang memakbulkan ... semoga mendapat keberkatan dariNYA ... amin .. 

Ulangtahun Pernikahan ke 15 tahun


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Salam pagi Jumaat yang penuh barakah.... moga setiap amalan kita akan sentiasa mendapat Rahmat dan barakah dari Allah SWT....


Alhamdulillah kini usia pernikahan kami menginjak ke 15 tahun...... Moga doa sahabat semua bersama kami dan moga kasih sayang kami hingga ke Jannah.... in sya Allah.

Ya Allah,
Kau ciptakan kami dari tiada, menjadi ada
Kemudian Kau kembalikan kami kepada-Mu
Kehidupan kami bejalan dan berputar
sesuai dengan kehendak-Mu

Ya Allah,
Hari ini tiba juga kami di usia  ini
15 tahun pernikahan kami
Hari di mana kami harus menjadi lebih bijaksana
Hari di mana kami harus menjadi lebih dekat dengan-Mu
Hari di mana kami harus bisa menjadi teladan bagi orang lain

Ya Allah,
Panjangkanlah usia kami agar hidup kami menjadi lebih bermanfaat bagi orang lain
Panjangkanlah usia kami agar kami  dapat lebih memandang hidup
dengan penuh makna dalam kebesaran-Mu
Panjangkanlah usia kami agar kami dapat membimbing keluarga kami
untuk dapat tunduk dan berbakti kepada-Mu
Panjangkanlah usia kami agar kami dapat lebih bersyukur
atas nikmat dan rezeki  yang Engkau anugerahkan kepada kami.
Ya Allah,
Jadikanlah aku menjadi hamba-Mu yang khusyu’ dan tawadhu’
dalam menerimah hikmah dan berkah-Mu
Bertambah usia dalam hitunganku
berkurang pula usiaku dalam hitungan-Mu

Ya Allah,
Terima kasih Engkau telah mengangkat kami
menjadi makhluk dengan derajat yang tinggi
Terima kasih engkau telah memberikan cahaya keimanan kepada kami
sehingga kami dapat lebih mengenal-Mu,

Ya Allah,
kami percaya bahwa Engkau akan selalu berikan yang terbaik
untuk diri kami, keluarga kami, orang tua kami dan
semua sahabat sejati kami, yang selalu peduli pada kami
Hanya pada-Mu lah kami senantiasa mengabdi dan
Hanya pada-Mu lah kami memohon pertolongan

Kabulkanlah do’a hamba-Mu ini Ya Allah..
Amin..amin..amin.. Yaa Robbal ‘Alamin..

Sahabat2ku.......