F

Nasi Ayam Mudah


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Just sharing resepi lunch hari ni..... simple je...lagipun ank2 suka.


Bahan2
1 ekor ayam - potong ikut citarasa sendiri
4 tin susu beras (ikut suka sendiri..... kalau byk tambah air)
5 ulas bawang putih [ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 btg serai [ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan [simpulkan]
garam secukupnya

Sayuran 
Daun salad
timun (tiada.... x da dlm fridge)
tomato
daun sup & daun bawang [racik]
bawang goreng

Sos Cili 
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Penyediaannya:
1. Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.

3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak.

4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.

5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. [Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.]

6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.

7. Sayur dan ayam dipotong kecil.

8. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng. Dan jangan lupa sambal kicap

Bahan-Bahan untuk Kicap 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tomato 
3 sudu besar kicap manis 
5 sudu besar air rebusan ayam 
1 sudu besar gula 

Tips 
Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.

0 Responses

Sahabat2ku.......