F

Alhamdulillah....CUTI Sekolah sudah tiba!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah....Cuti Akhir Tahun.... saat yg dinanti2kan oleh para pelajar dan ibu bapa juga....Murid-murid bersorak riang, ibu bapa apa tah lagi...seronok kerana aktiviti rutin menghantar anak menjemput anak, menyemak homework anak terhenti seketika.... Rumah dah tentu ceria dengan sorak gembira suara anak2... kalau anak ramai... amboi lagi lah meriah... suasana yg sangat dinanti2kan oleh para ibu bapa. Sudah pastinya pada kesempatan inilah ramai antaranya pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tersayang dan sahabat handai yang telah lama tidak bertemu. Seronok! Sepanjang cuti ini pun banyak undangan ke majlis perkahwinan yang diterima. Kepada yang menerima menantu...tahniah diucapkan... kepada yang melangsungkan pernikahan, tahniah moga sampai ke Jannah... kepada anak2 yang berkhatan...ermmm...tahniah...moga jadi anak yg soleh dan macam2 perkara berlaku di musim cuti ni.

Dan ucapan;
TAHNIAH KEPADA ANAK2 YG TELAH BERJAYA DENGAN CEMERLANG DI PEPERIKSAAN UPSR.... Tahniah angah (jgn sentiasa berpuas hati, terus berusaha)Beating Heart

Bagi anak2 yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa... UPSR bukan penamat segalanya... masih banyak lagi cabaran yg ada di hadapan. Anggap ini semua suatu permulaan ya anak2... ianya satu pengalaman.... kita semua belajar dari setiap kegagalan.... gagal sekali bkn gagal selama2nya...... Pasti ada hikmah yg menanti anak2 semua. Para ibu bapa berikan kredit atas segala usaha anak2 anda.... tetap terus berusaha dan berdoa ya anak2.... 
Semoga kejayaan menanti anak2 tak kira dalam apa jua bidang.Valentine hand heart

Wahai Ibu Bapa...... Walau pun seronok mana pun, yang pasti jangan biarkan anak2 menghabiskan masa dengan begitu sahaja, jadikan cuti sekolah ini suatu percutian yang sihat dan menyeronokkan. Rancang cuti anda.... cuti bkn semata-mata pergi bercuti ke pulau2, sewa 5 star hotel dan sebagainya, tetapi cuti yang sihat adalah cuti yang digunakan dengan melakukan aktiviti2 yang berfaedah dan bermanfaat buat diri dan keluarga. In sha Allah moga cuti anda akan sentiasa dirahmati dan diberkahi oleh Allah SWT.

Di samping bergembira dengan cuti sekolah, buku sekolah tidak wajar diketepikan. Jadual belajar perlu disediakan dan ibu bapa perlu bersama anak2 mengulang kaji apa-apa subjek/modul yang bermasalah. Jadi masa yang ada bolehlah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat. 

Berikut dikongsikan beberapa tip santai yang boleh di amalkan semasa cuti ini.....

1. Mengamalkan prinsip belajar “sedikit demi sedikit”

Belajar dalam jangka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan bahasa english selama satu jam setiap pagi.

2. Baca buku untuk Tahun depan (2015)

Saya percaya sebelum anda cuti, guru-guru anda telah memberi buku teks  sekolah untuk sessi 2015 kan?? Jadi baca dan pelajari lebih awal. Nanti bila sessi pembelajaran bermula di sessi baru 2015, anak2 akan lebih yakin dan lebih faham. Ianya akan menjadikan sessi pembelajaran anak2 lebih mudah.

3. Menyemak nota-nota

Jangan lupa untuk menyemak nota-nota anda setiap hari. Jika terdapat nota yang tidak lengkap, anda harus kemaskini dengan segera. Anda juga boleh merujuk kepada nota-nota kawan yang telah lengkap atau merujuk kepada buku rujukan. Apabila nota anda sudah lengkap, ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada tahun hadapan.

4. Menjawab soalan berformat UPKK, UPSR, PSRA, PT3, SPM, STAM atau STPM.

Ambillah kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPKK, UPSR, PSRA, PT3, SPM, STAM atau STPM. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut. Antara set soalan yang boleh anda jawab ialah koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Bertanyalah pada kawan2 untuk mendapatkan set-set soalan tersebut. Sekarang ni banyak rujukan yg boleh diambil dari internet dan sebagainya.

5. Tubuhkan kumpulan belajar

Sesekali belajarlah secara berkumpulan. Anak2 boleh berkongsi idea dan maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, anda juga boleh melakukan perbincangan dan membuat nota ringkas mengikut topik yang telah ditetapkan........Dalam suasana yang baru...in sha Allah

6. Membaca bahan bacaan tambahan

Anak2 boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.

Gunakan masa cuti sekolah ini dengan sebaik2 mungkin. Jangan membazirkan masa anda dengan melepak, mengadap komputer dn bermain PSP berjam2,  berkunjung ke pusat-pusat game dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anak2. Semoga anak2 lebih berjaya pada masa akan datang.

Kepada para IBU BAPA ........ awasilah pergerakkan anak anda. Sepertimana kita ketahui sekarang adalah musim hujan dan banjir, jangan biarkan anak-anak bermain air untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Dan "bermain" lah atau turut serta dengan permainan anak2 anda... jangan biarkan mereka melakukan aktiviti dengan rakan2 sebaya dan adik beradik sahaja...kita sebagai ibu bapa juga boleh turut bermain dengan mereka. 

Akhir kata, layani  anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan anda seadilnya. Apa juga aktiviti, beri kesempatan untuk anak2 lelaki dan perempuan turut serta. Pilihlah aktiviti yang sesuai. Jadikan percutian ini satu percutian yang sangat indah dan bermakna. 
Bertakwalah kepada Allah layani anak-anak anda [kecil atau dewasa] dengan adil (dengan keadilan yang sama)." (Al-Bukhari dan Muslim) 
"SELAMAT BERCUTI……………….”


جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Sahabat2ku.......