F

Mini Pizza simple






Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ini nk share resepi....pizza mini yg saya buat pg tadi... Jam 4.30 pg saya dah uli doh dn perapkan selama 1 jam dn dlm kul 5.45 pg, bakar. Untuk sarapan suami dan ank2, dn bekalan angah ke sekolah.

Pizza saya simple je.... alhamdulillah boleh dimakan dan ank2 pun suka.





Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara buat doh:
  • Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
  • Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
  • Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
  • Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dan lembut.
  • Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.
  • Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 45min - 1 jam. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.
  • Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.
Bahan2 topping
Keju - tak kira la ape jenis keju. Saya guna cheesedale je mudah.
Untuk sos - saya letak soso tomato dan sos cili botol je jenama Maggie..... boleh jgk buat sendiri....ikut suka hati lah....
Mayonis - ikut suka nk letak byk mana.
Sosej
Isi Ketam.
Chicken fillet
Tuna dlm tin
Tomato cherry
Capsicum hijau dan merah
Bawang hollands
Mozarella cheese - ni utk taburkan di atas semua topping tadi.... bagi pizza tu chewy skit...

Cara cara:
  • Sediakan bahan bahan untuk dibuat topping. Hiriskan sayur sayuran dan bahan yang akan digunakan.
  • Sapukan sos piza di permukaan doh dengan menggunakan belakang sudu. 
  • Letakkan bawang besar, red capsicum, mushroom atau apa apa sayuran disukai.
  • Masukkan chicken fillet, sosej, crab sticks dan susunlah ikut suka.
  • Akhir sekali, taburkan cheese. 
  • Bakar dengan suhu oven yang panas ia itu 240 C selama 5 minit dan lepas itu dikurangkan ke 220 C. Bakar selama 15 minit lagi.

SELAMAT MENCUBA!

Keysha dah mula berSOLAT!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah...... Keysha dh mula nk belajar solat........ usianya 3 thn 6 bln.... mula2 dier hanya tgk2 je...pas tu perlahan2 minta telekung... Masa tu solat Zohor hari Sabtu, biasanya kami (saya, along dan angah) akan bersolat bersama2...... dan tidak semena2 Keysha beriya2 sgt nak telekung utk join solat jemaah.... sebagai seorang ibu of course dengan pantas menyuruh along mencarikan telekung lamanya...... along mula lah menyarung ke kepala nyer...... dan tiba2 Keysha bersuara....

Keysha :  Along, tak nak lah pakai, alang lum basuh muka lah.... mksdnyer berwuduk...(x tahu nk sebut)
Along    :  Okay... sori along luper..... jom ambik wuduk dulu....
Keysha  :   Apa? Apa tu... cam mane bunyi.... ambik ape......(Banyak betul pertanyaan)
Angah   :  Bestlah alang..... mcm angah jgk kecik2 dh solat.... bagus2
Along    :  Eh along pun sama jgk...... 

Akhirnya ank comel ku ini telah pun menyertai jemaah solat kami. Saya terharu benar. Pada hari itu juga, apabila azan Maghrib berkumandang, Keysha segera mengambil sejadah dan dihamparkan nya di ruangan solat. (Tapi tunggang langgang lah arah kiblatnyer...hehehhe). Papanya yg ada ketika itu, terkejut dan bertanya pada ank dara keciknyer tu.... kak Lang buat pe tu? Nak solat lah, pa.... Pastinya si papa tersenyum bangga sambil mengusap2 kepala Keysha.

Sejak Keysha mula berjinak2 dgn solat, jadi setiap waktu solat, saya akan pastikan dia turut serta. Saya terus pupuk rutin solatnya. Begitu juga solat subuh, of course waktu yg susah utk mengejutkan ank2 bangun, namun saya tetap bangunkan. Walaupun mula2 tu dia merengek2, tapi saya pujuk, katakan padanya skrg waktu solat subuh, dan pastinyer dia akn jawap....kan dah solat, ma..... kan dah solat tadi... Namun, saya jelaskan bahwa skrg waktu solat subuh dan pimpin tangan terus ambil wuduk, ermmmm setiap kali kene air wuduk tu, segar aje.... so dari situ Keysha tetap terus bersolat..... alhamdulillah, pernah sekali ketika solat maghrib, pada sujud terakhir...selepas kami memberi salam dia tak bangun2 dari sujud...ermmmm rupa2nyer tertidur.... Kami tersenyum.
Ni masa solat Maghrib....tertidur masa sujud,
 (angah sempat ambik gambar adiknyer)

Pernah juga dia tidak bersolat Asar, kerana kebiasaannya tidur petang sekitar jam 3.30 ke 5.30 ptg baru bangun.... dan hari tu dia terlajak tidur sampai kul 7.00 ptg, dan saya biarkan saje..... tapi saya akan tanya pada dia, alang tak solat Asar tadi kn... dia akan diam.....  Jadi saya saya akan nasihatkan dia...solat tak boleh tinggal. Lain kali jangan buat lagi tau..... Dia akan menganggukkan kepala..... Jadi kalau terjadi lagi dan lagi kita tetap terus bagi nasihat yg sama.... agar ianya mampat di dalam kotak fikiran si anak.


Begitulah Keysha mula mempelajari solatnya..... skrg dah mula Iqra' 1, setiap kali lepas solat sama ada saya atau kakak2nya akan mengajar Iqra'.... In sya Allah selagi kita istiqomah mengajar dan mengajak anak2 kecil utk turut serta bersama utk bersolat.........semuanya akan menjadi mudah dan lancar. Yang paling penting dalam mendidik anak kecil bersolat :-
  1. Wujudkan "suasana" bersolat
  2. Cerita akan kelebihan solat berulang2 kali
  3. Ajak anak2 bersolat... walaupun pada ketika itu mereka sedang asyik menonton atau melakukan aktiviti mereka.
  4. Bila tiba waktu solat..... kita minta anak kecil ni ajak kakak2 atau abang2 nya utk bersolat.
  5. Beri anak kecil kita ini tugasan seperti menghamparkan sejadah dan menyediakan telekung di ruangan solat.... biar pun keadaannya bertaburan...tetap terus berikan mereka tugasan tu.
  6. Ke mana sekali kita pergi, shopping mall, rumah saudara mara atau ke mana2 pun, pastikan diri kita bersolat dan bawa anak kecil itu sekali bersolat.
  7. Biar pun terlewat terutama waktu Subuh, tetap terus ajak anak kecil ini bersolat. Biar mereka tahu bahawa Solat tak boleh ditinggalkan.
  8. Selepas bersolat.... berikanlah pujian pada mereka atas solat yang dilakukannya tadi.
  9. Jangan lupa selesai solat berdoa. Biasanya saya baca doa seperti biasa. Dan akhirnya saya akan nyaringkan suara, berdoa khusus utk anak dengar, doalah agar si anak menjadi anak yg soleha, yg tidak meninggalkan solat dan macam2 doa lagi yg khusus untuk anak...sebut nama penuh si anak dan doanya dengan jelas.......... Amin. (Pernah selepas saya berdoa, saya tidak bacakan doa utk dia (kdg2 nak cepat)...mama, doa Eccha mane....tak ada doa Eccha ke?.... Brows)
  10. In sya Allah........ istiqomah lah dlm mengajar anak kecil kita ini.
(Nota kaki : Skrg.... Khadijah pun dh mula nak mintak2 telekung....ermmmm, bagi je tudung si angah....Crazy, ikutkan aje.......)

DARIPADA Abu Hurairah ra; Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “sesungguhnya yang mula-mula dihisab pada seorang hamba pada hari kiamat daripada amalannya ialah solat.

Jika solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi.”(Riwayat Tirmizi, Nasaei & Ibnu Majah)

Sahabat2ku.......