MANDIAN AIS. Terapi atau Mudarat?
Assalaamualaikum.... Semoga para pembaca yg mengunjungi blog ku ini sentiasa diberi nikmat kesihatan yg berpanjangan. Ceria dan Bahagia selalu.
Hari ini aku nak kongsi satu terapi yg baik utk tubuh badan. Terapi mandi ais. Ianya membawa aura baik dlm tubuh. Secara peribadi aku sendiri pernah melakukan terapi mandi ais ni. Mmg sangat menyakitkan, entahlah aku tidak pasti perkataan "menyakitkan" sesuai atau pun tidak kerana kalau terapi semua akan berfikir bahawa ianya menenangkan. Betul tak??? Tetapi ini pengalaman aku, dan aku nyatakan perkataan "menyakitkan" sesuai utk aku...rasanya lah....
Di sini aku shared pengalaman aku mandi air rendaman ais. Asasnya mandi ais boleh berfungsi sebagai alat pengurusan tekanan yang baik, membolehkan anda berehat,dan berasa tenang. Mandi ais juga boleh meningkatkan daya tahan mental, dan tumpuan serta sesabar manakah anda😆. Tetapi dlm masa yg sama anda akan berasa "kesakitan" ketika kulit tubuh ditenggelami air rendaman itu. Sukar nk aku gambarkan cuma ianya mmg sakit dan aku tak mampu bertahan lama. Aku mampu betahan sekitar 5 minit pun dah cukup hebat dah tu. Aku akan berhenti setiap kali 5 minit dan masuk semula sehingga ais mencair. Dengan penuh kesakitan dan kenikmatan silih berganti. Apa pun utk kekal menikmati sesuatu manfaat kita perlu lah tempuhi sesuatu yg sakit juga. Namun ianya pasti berbaloi!
Cara aku buat mandian terapi ni mudah:-
Di rumah aku tidak ada bathtub...jadi guna apa yg ada saje. Sediakan
sebuah takungan air yg besar (seperti dlm gambar ini) atau apa-apa bekas takungan yg sesuai yg dpt menempatkan keseluruhan badan anda. Lagi baik kalau anda dapat merendamkan semua diri anda termasuk bahagian kepala anda.
Kemudian aku beli kiub ais di kedai berhampiran rumah aku...dalam 30kg mcm tu (30 pek). Penuhkan sebahagian bekas takungan dengan air dan anda ada 2 pilihan :-
- sama ada nk masuk badan terus ke dlm air dan tuang semua kiub ais tu ketika anda dalam bekas rendaman air tersebut atau;
- anda boleh masukkn dulu kiub ais tu dlm bekas takungan air dan baru anda ceburkan badan anda ke dalam bekas takungan tersebut. Pilihan atas diri anda!
Rumusan aku...
Aku menggigil kesejukan selama lebih dari 2 jam...
Aku selubungkan diri dalam selimut tebal masih jugak aku menggigil kesejukan dan akhirnya aku terlena...lena yg amat sangat. Walaupun selepas aku terjaga dari lena ku, aku masih dapat rasa dingin tubuh aku, gigil bahagian tangan ku masih dirasai juga, namun ianya semakin berkurangan. Yg jelas...minda aku sangat relaks dan indah...susah nk aku gambarkan...tubuh rasa segar sangat. Bila makan sup daging tetel..perghhh nikmat sgt!
Cubalah...ikut kesesuaian diri...kalau boleh bertahan lama lebih baik, namun apa sekali pun semua ikut kemampuan sendiri, jangan ikut org lain kerana kita yg berhak pada diri kita sendiri. Baik pada orang tidak bermakna ianya baik pada diri kita...jahat pada kita tidak bermakna jahat utk org lain. Namun antara baik dan jahat, semua perlu berada pada tempatnya iaitu manfaat kepada diri/makhluk sekeliling.
Amal dan yakini....baru menjadi!